ADA YANG BERTANYA KENAPA??
KENAPA AKU TAK BERANI?
KENAPA AKU TAK KUAT??
KENAPA AKU TAK MENCUBA??
KENAPA AKU TAK YAKIN??
huh!!
soalan demi soalan
aku ditanya tanpa henti
aku di soal tanpa nokhtah
hingga aku sendiri kelu
lidah tidak lg setajam dulu
minda tidak sepintar dulu
senyuman tidak semanis dulu
KENAPA??
KENAPA X LUAHKAN ISI HATI MU??
KENAPA X UCAPKAN APA ADA DI HATIMU??
KENAPA X UNGKAPKAN APA YANG TERPENDAM??
terima kasih kerana kamu sntiasa bertanya
tp maaf
soalan itu terpaksu ku biarkan
kerana aku sangat lemah untuk bicarakannya
kerana aku sedar
kemampuanku tak setanding luaran ku...
KENAPA??
KENAPA KAMU MASIH MENDIAM??
KENAPA KAMU MASIH MEMBISU??
KENAPA KAMU MASIH MEMBIARKANNYA??
KENAPA KAMU TIDAK CUBA??
Cukup!!
soalan itu terlalu pedih
walupun sekadar soalan
tetapi hatiku sudah luka
hatiku sudah menangis
hatiku sudah tercalar
dan aku tidak berani untuk menempuhnya lg
*andai dye untuk aku
aku terima seadanya wahai kawan
andai dye adam ku
aku terima dengan redhanya wahai kawan
andai dye tercipta untukku
aku terima dengan rasa seribu syukur
andai aku tercipta dr tulang rusuknya
aku terima dengan langkah kaki menuju ke SYURGA
*cintaku membawa ke sinaran baru
sayangku membawa kebahagiaanmu
kasihku membawa ke lembah yang baru
ikhlas ku membawa kte ke syurga..
sedarlah kawan
teman mu ini terlalu lemah
tidak berdaya dan tidak berani
tidak percaya dan tidak kuat
tidak sedar dan leka dalam mimpi kayangan~