Thursday, November 18, 2010

Hari Terakhir Ku Disini ( 2 )

penat mengenangkan hari yang berlalu
keluh mengenangkan diri tidak pulang - pulang
bosan mengenangkan hari - hari yang lepas

ku pandang kiri dan ku pandang kanan
suasana ini bagai lesu
umpama sukar nak melepaskan ku pergi
melangkah keluar dari tempat malang ini

andai langkah kaki ke tempat bahagia
pantasnya masa berlalu tak kira saat
andai langkah kaki ke tempat kesedihan
terasa masa seperti seribu tahun lamanya

Disaat ku cari seribu kebhagiaan
terselit pula satu kesedihan
disaat diri cuba mengelakkan malapetaka
kebhagiaan hilang entah kemana

lantas pada siapa harus ku adukan
kekosong dan kesnyian dihati
biar mereka semua thu
aku lara mati di dalam banggunan yang gah

diluaran aku serba kelebihan
didalaman aku umpama insan yang malang
terus ku ajukan langkah aku
terus ku capaikan tangan itu

Ya, ada insan yang menghulur bantuan
insan yang baik budinya
yang sudah lama memerhati
aku di lembah penyeksaan

maka aku sujud di malam hari
tanda terima kasih tak terhingga
dek Dia yang banyak membantu
dek Dia yang selalu bersama
dalam diam
dalam sepi....

Aku gagahkan diri
hingga ke akhir perjuangan
kini aku telah berakhir
tak sabarnya mahu lari dari kesepian
tak sabarnya mahu jauh dari tmpt penyeksaan
kerana aku hanya bisa bersama teman - teman....

No comments: