bahagianya saat ini
berdua bersama sidia
tiada apa yang menganggu
ku renung matanya
dia renung ke mataku
tiada apa yang mampu kulihat
kecuali cintanya kepadaku
makna bahagiakah itu??
bahagianya....
bersama dengan sidia
berdua di tepi tasik
memerhati keindahan alam
melihat burung berkicau
menyanyi lagu rindu
mendengar desiran air yang berkocak
oh indahnya!!!
ku baring kan kepala ku di bahunya
tangannya merangkul pinggangku
berborak mengenai masa depan
merancang untuk bersama mengecapi bahagia....
makna bahagiakah itu??
indahnya detik bersamamu
sehingga tiada ruang untuk waktu yang lain
bersama mu bagaikan bunga sakura luruh
sehinggakan masa berlalu dengan pantas
cemburu dengan keasyikan cinta kita
indahnya saat bersamamu
sehingga setiap hembusan nafasku hanya untukmu
ku habiskan ruang hidupku setiap bersamamu
mengenang kenangan yang manis denganmu
mencari masa depan untuk kita
makna bahagiakah itu???
tapi hakikatnya ku hanya peneman sepi
duduk memerhati setiap insan bahagia
menunggu entah bila ku tidak pasti
semua yang diangan entah bila ku dapat
bukan ku tak cari
bukan ku tak mencuba
hakikat ku sedari kelemahan diri
hanya tunduk lemah dan terus jatuh
mungkin tak ada ruang untukku seperti mereka
mungkin tak ada masa untukku seperti mereka
mungkin tak ada kenangan untukku seperti mereka
mungkin tak ada masa depan untukku seperti mereka
seribu kemungkinan dan entah bila terjawab
lantas ku diamkan diri dengan membiarkan soalan itu
dan seribu harapan
jangan ada soalan lain lagi untukku
KERANA AKU TAK MAMPU MENJAWAPNYA
MAKNA SEBUAH KEBAHAGIAAN