rindu saat belajar
rindu saat belajar bukanlah satu perkara biasa, yelah dlu bukan kemain lagi an, x sabar la nak kerja, x sabar la nak itu dan ini. Tp hakikatnya memang merindui zaman persekolahan dan juga poli..Memanglah masa kat poli dlu slalu jarang nak ke kelas.. Ingat lagi taw, ada satu saat tu sampai berdoa supaya pensyarah tu batalkan kelas. Memang jahat betulkan. Masa tu bertahan dan ke kelas pun kerana kawan2 yang paksa dan berterima kasihlah pada mereka.. Inilah orang kata, saat yang lepas dikenang2 sedangkan masa melaluinya, kita berdoa untuk melalui dengan pantas.. Sekarang dah berasa sukar hidup diluar ini kan? Mana tak nya, mencari kerja bukan satu perkara yang senang.. Bila aku bukak FB je banyak orang post kan kat wall diorang mengenai kerja dan aktiviti2 harian yang membuatkan mereka bosan.Mana tak nya, melakukan perkara yang sama. Tidak terkecuali aku ini hah...aduh, boring laaa...
Kalau dulukan, ada masalah keluarga je, boleh lari balik rumah sewa dan bergumbira dengan dak rumah..Sekarang nak lari kemana, memang kat sini je aku kena duduk..Memang aku tidak sangkalkan la, duduk dengan kawan memangla satu perkara yang best...BIla buka wall orang2 kat fb, ada yang kata rindu saat kat poli, tp masa kat poli dlu bukan main lagi slalu balik...jd salah siapa kah itu?
Andai diberi peluang belajar aku masih lagi ragu2 kerana adakah aku akan mendapatkan situasi yang sama semasa aku belajar kat poli dlu.. Bak kata abang faizal(sepupu), dia kata tak sama langsung..Masa kat poli kita boleh lagi ketawa2 masa nak exam tp kalu masuk U lg dalam DEGREE mmg susah nak ketawa..Bukan apa, tkot lebih tinggi markahnya berbanding mood KETAWA...Boleh dikirakah itu?
Sekarang aku memikirkan masa depan aku yang masih lagi tidak nampak hala tuju..Rmai sangat yang cuba untuk menunjukkan jalan untukku tp diorang tak thu kemampuan yang aku ada..Kalau satu perkara tu aku tak mampu macam mana aku nak lakukan..Mereka tu cuma nak mengarah dan mengarah tp tak tahu aku suka atau tidak..aku yang LURUS ini ikut jelah kemahuan mereka agar puas dan tidak membebel..pelik, perlu ke nak mendesak dan memaksa aku untuk mengikut jalan yang aku tak ingin..tolong!!aku ada akal dan fikiran..pertolongan yang aku perlukan dan aku yang tentukan jalan aku..andai aku jatuh, aku tak akan nak blame orang lain,koz semua itu jalan yang aku pilih an??
~the end~
No comments:
Post a Comment