BAB 1
Pandangan dia masih lagi menuju ke arah rumah itu. Sudah lama dia menunggu untuk melihat kelibat seseorang yang dia sayangi dalam diam. Kalau tak kerana anak-anak, dia sendiri tidak kuasa untuk mencuba nasib lagi setelah pemergian insan yang disayangi enam tahun dulu. kini dia mencuba nasib lagi, dengan pula seorang wanita yang bergelar guru kepada anak-anaknya di tadika.. Segalanya nampak rumit, kerana wanita ini bukan senang untuk dimiliki. Sudah banyak kali dia mencuba nasib untuk memulakan perkenalan, tetapi semuanya tidak nampak jalan untuk dia dan wanita itu berkenalan.
Haikal melihat jam di dashbord . Jam sudah menunjukkan pukul 9.45 malam tetapi hatinya masih lagi tidak berpuas hati. Menunggu guru itu keluar bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Tiba-tiba sebuah kereta proton wira berwarna merah berhenti di hadapan rumah guru itu. Bagaikan seorang penyiasat, dia membaringkan kerusi keretanya supaya tidak dikesan oleh sesiapa yang melintas dan lebih lagi pemuda yang baru turun dari kereta proton wira itu. Pemerhatiannya masih lagi tertumpu kepada rumah yang sama. Seorang wanita lingkungan 40 an keluar dari rumah itu, dan menyambut keriangan kehadiran pemuda itu. 'mungkin mak ciknya yang dipanggil mak teh kot.' Fikir Haikal bersendirian. Akhirnya penantiannya tidak sia-sia kerana guru itu turut keluar dan sambut kehadiran pemuda itu. Siapa pemuda itu? Apa hubungan pemuda itu dengan guru muda itu? Persoalan demi persoalan berligar di kotak fikirannya. Lantas Haikal menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan rumah itu dengan penghuninya.
"Angah, apa khabar?" aku menyambut salam pemuda itu sambil tersenyum. aku tahu kepulangan abang sepupunya itu. Sudah menjadi kebiasaan lelaki itu pulang ke rumah emaknya setiap hujung minggu di Seremban. Kini aku yang menumpang dirumah mak teh itu turut terbiasa dengan kehadiran angah itu.
Aku yang baru memulakan perkerjaan sebagai guru tadika di taman perumahan di mana tempat mak teh duduk. Atas bantuan mak teh, aku dapat menjadi seorang guru tadika sedangkan kelulusan aku berbeza sungguh dengan perkerjaan aku sekarang. Kelulusan dalam Diploma Sains Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson bagaikan tiada erti langsung dalam hidup aku. Mana tidaknya, pelabagai cara pemohonan telah dilakukan, tetapi satu pun tidak melekat dengan aku. Pekerjaan sebagai guru bukanlah minatku. Rela atau tidak, aku tetap menerima khusus yang ditawarkan oleh mek teh sewaktu dulu untuk mendapatkan perkerjaan yang lebih menjamin
"Sihat memanjang je. Macam mana dengan kerja along tu? Seronok jadi guru tadika?Senang tak jadi guru tadika?" angah ketawa selepas menyudahkan soalannya yang berdas-das itu. Soalan angah itu turut disambut oleh ketawa mak teh dan Kak Ju iaitu anak sulung mak teh.
"Banyak betul soalan yang along kena jawab."Ujar aku yang membahasakan diri sebagai along. Aku menjeling tanda tidak puas hati dengan soalan yang diberi oleh angah.
"Sudah, jangan nak gaduh-gaduh lagi. Along pergi masuk tidur. Esok bukan ke tadika ada buat sukaneka?" Mak teh yang sudah faham dengan perangai aku dan anak-anaknya mula meleraikan dan mengubah topik perbualan kami.
"Ye, esok ada sukaneka. Malasnya nak pergi. Rasa malas betul nak duduk bawah tengahari terik dengan nk cover budak-budak lagi. Aduhai..." Aku mengeluh. Kak Ju mula bangun dan masuk kebilik kerana mendengar anaknya, mira yang berusia 2 tahun menangis.
"Dah, jangan nak banyak komen. Pergi masuk tidur. Esok mulalah liat nak bangun. Kalau kau tu jenis yang senang bangun tak apalah juga. Karang heboh lah lambat nk ke tadika nanti." Mak teh dah start membebel. Aku pun apa lagi, angkat punggung sebelum telinga aku berasap dek kerana bebelan mak teh yang kemungkinan tidak akan berhenti. Aku masuk kebilik yang memang khas untuk aku di tingkat dua. Rumah yang besar ini memiliki 5 buah bilik. Dua bilik ada di tingkat bawah dan tiga bilik berada di tingkat atas. Mak teh dan bibik memilih untuk tidur dibawah manakala aku dan anak bongsu mak teh yang bernama Zahira berkongsi bilik di tingkat atas. Begitu juga Kak ju dan juga Angah. Masing-masing memilih bilik di tingkat atas.
Aku menghempas tubuh ku di atas katil empuk itu. Katil yang bersaiz queen itu amat muat untuk dua orang tubuh. Untuk sementara waktu ini, aku yang menguasai katil ini kerana Zahira masih lagi study di Universiti Institut Teknologi Mara dan menngambil jurusan Sarjana muda.
"Memang itu kereta Encik Haikal." kata aku sendirian. Bukan aku tidak pernah perasan kereta Proton Inspira berwarna merah itu selalu berada dihadapan rumah mak teh pada waktu malam. Kadangkala mencuit kerisauan aku andai mak teh sedar dengan kehadiran kereta itu setiap malam. Entah apa yang dia nak aku pun tidak pasti. Banyak kali aku menolak pelawaan untuk makan malam bersama Haikal dan anak-anaknya. Bukan apa, aku tidak mahu mendatangkan fitnah nanti andai guru tadika lain dapat tahu sedangkan aku adalah guru baru di sekolah tadika swasta itu. Memang aku sendiri tidak faham tentang perancangan Haikal dan anak-anaknya itu. Anak-anaknya itu memang manja sangat dengan aku.Haikal yang memiliki anak kembar perempuan itu, selalu datang dan mengadu kepada aku andai ada yang tidak kena. Masalah dirumah seperti papanya mungkir janji untuk bawa mereka keluar pada hujung minggu pun diceritakan kepadaku juga. Sebagai guru aku sentiasa mendengar apa yang mereka katakan untuk memuaskan hati mereka. Teringat gelagat mereka petang tadi. Aku tersenyum mengenangkan mereka.
"Cikgu tahu tak, ayah sayakan tak bawa saya dengan kakak keluar pun semalam. Dia dah janji dengan kami nak keluar tapi dia mungkir janji." Adu Dayana sambil membuat mimik muka yang sedih. Rasa nak tergelak pun ada.
"Kenapa tak jadi pula?"tanya aku cuba memancing hati Dayana dan Diana.
"Dia kata ada meeting dengan client la. Sedih kami tau. Dah lama kami tunggu papa nak bawa kami jalan-jalan. Alih-alih tak jadi pula."Adu Diana pula. Mulut itu terjuih-juih apabila menceritakan kepada aku. Mereka ini memang petah berkata-kata. Aku tersenyum mendengarnya.
"Betul betul betul." Dayana anggukkan kepala meniru gaya Upin dan Ipin. Budak-budak sekarang. Itulah, selalu tiru apa yang dilihatnya.
"Sabarlah, tak baik tau marah papa macam tu. Dia kan cari duit nak bagi adik dan kakak hidup senang. Kesian kat papa kerja kuat. Adik dengan kakak kena sayang papa dan janganlah marah papa. Adik dengan kakak kan anak yang baik. Anak yang baik disayangi Allah, kan?" aku cuba memujuk sambil memeluk bahu kakak. Mereka anggukkan kepala dan diam. Mungkin masih lagi fikir apa yang aku katakan pada mereka. Harap mereka faham.
No comments:
Post a Comment