saat orang bertanya pada diri ini
mana jalan yang harus ku ikut
kerana dihadapan kini
jalan yang penuh onak duri
sedang menanti untuk ku lalui
dan kini aku memikirkan lagi
lantas akal fikiran ligat memikir
penat dan keluh
shingga rasa diri ini tidak mampu menampung takdir
takdir yang bakal aku lalui nanti
kerana setiap jalan yang aku pilih nanti
semuanya ada risikonya tersendiri
cuma di penghujung jalan yang di ambil kira kini
bahagia dan tidak bahagia
atau
terang atau malap
itu yang masih ku fikirkan lagi
dikanan dan kiri orang yang ingin membantu
untuk memilih jalan yang sebenarnya betul
dan ada juga untuk memperdajalkan aku
mereka boleh memilih dan aku yang bakal lalui
dan percaya atau tidak
aku masih lagi tidak tahu jalan mana yang aku ikut
kerana setiap kali aku memilih jalan untuk hidup
pasti di penghujung jalan
adalah jalan yang masih lagi bersimpang
dan masih lagi menuntut aku untuk membuat pilihan yang sukar
dan adakala pula,
aku memilih untuk menutup mata dan melangkah maju kedepan
dan menempuh saja cabaran yang bakal aku lalui nanti
kerana tuhan tak akan memberi cabaran yang tidak termampu dilakukan oleh hambaNya
itu yang aku percaya dan kini aku masih lagi melangkah
untuk menentukan jalan penghujung hidup ku
tanpa aku sedari
banyak lagi jalan yang harus aku ikut dan pilih
dan kadangkala aku harus undur dan mula dari semula
dan aku mula belajar dari kesilapan yang aku lalui..
dan berdoa jalan yang aku lalui itu selamat untuk aku jalani..
the end
No comments:
Post a Comment