Saturday, June 2, 2012

cinta hakiki n cinta nafsu

Assalammualaikum kepada mereka yang membaca.. Permulaan untuk mereka yang sudi membaca kisah hidup aku..kisah seribu duka dan suka untuk tatapan kalian dan boleh menjadikannya sbg tauladan dan pengajaran dalam hidup mereka...


Kita bercerita mengenai cinta hakiki dan cinta nafsu.. Percaya atau tidak, sekali kita melangkah itu adalah pengalaman kita. Itu adalah langkah dimana kita kena membuat keputusan yang mungkin keputusan itu boleh mengubah hidup kita slama2nya. Kejadian yang berlaku dihadapan mata aku dan aku sendiri terlibat didalam kisah hidup mereka yang dikatakan cinta hakiki.


"Cinta hakiki ini, dimana ko dan dia menempuhi pelbagai dugaan bersama2 dan menerima kau seadanya." (petikan dari seseorang yang rapat dengan aku)


Ya, aku tahu itu. Memang itu cinta hakiki tapi persoalannya adalah dimana kau meletakkan itu sebagai cinta hakiki. Adakah kerana kau bercium2 dengan alasan ko sekadar untuk menghilangkan rasa rindu yang lama dah terpendam dalam hati? Orang ada mata dan boleh membezakan apa itu cinta hakiki dan cinta nafsu..


Ye sebelum ini aku ada katakan, lain orang lain rasa dan pendapat cinta itu. Tapi terletak pada perbuatan yang kau buat. Andai cinta kau berdasarkan cium dan pegang-pegang ( ringan-ringan) adakah itu dinamakan sebagai cinta hakiki? Jadi apa pulak bezanya cinta hakiki dengan cinta nafsu?? Fikir sendiri perbezaan diantara dua itu. Bila aku kasi nasihat ko kata :


"Tunggulah bile ko pulak bercinta, kau tahu lah apa rasanya dan apa akan kau buat."


oke, oke, oke!!! Aku mungkin faham sebab aku pernah macam itu dulu. Tapi aku ini mmg padan lah sebab usia aku. Tapi ko tak boleh buat macam itu, kau ada suami, ada anak2. Kau lebih pentingkan 'cinta hakiki" yang kau agungkan tp kau lupa hakikat yang sebenarnya kau patut hadapi. Bak kata pepatah :


"Untuk apa kau menganyam impian yang tinggi andai permata kat bawah tidak kau cari?"


Aku ada rasa aku sendiri, aku ada mata aku sendiri dimana aku melihat, mendengar dan aku mentafsirkan.. Aku bukan buta, bodoh sampai aku tak tahu bezakan mana yang baik dan yang buruk. Sperti apa yang aku katakan, aku tak mampu nak membetulkan keadaan dan aku hanya mampu berdoa agar kau mampu berubah dan tidak lagi seperti ini. Tak salah kau nak enjoy. Jangan kau gunakan kebebasan yang diberi oleh mereka sesuke hati. Takot memakan diri. 


The end