Monday, July 30, 2012

Ketidak Puasan Hidup

Assalammualaikum, semalam ada update blogger. Saya beritahu yang saya sengaja menyembunyikan kewujudan blogger saya. Hari ini saya nak ceritakan mengenai tentang blog kazen saya..


Dia ada kesempurnaan. Malah saya rasa dia hampir memiliki kesemuanya.Sehingga saya rasa bila berdampingan dengan dia, saya rasa sangat kerdil..Dia memiliki semua anugerah yang telah di beri oleh Yang Maha Esa.


............................................................................................................


Adakah manusia tidak pernah rasa puas dengan hidup mereka? Seperti aku, Ada mama yang memahami dan teman2 yang memberi semangat. Tetapi aku rasa masih lagi benda2 yang  x ada pada aku.Aku sedar, bila menempuhi alam perkerjaan, aku inginkan seribu satu kesenangan dan kemewahan. Pelbagai harta yang ingin di banggakan. Tetapi kenapa aku seperti sukar untuk memiliki??


Kalau ditengok2an karya2 yang tidak rasmi yang aku keluarkan pada hari2 sebelumnya, semua mengenai ketidakpuasan hidup. Ye, aku ada keinginan. aku nak ini, Aku nak itu.. Tapi aku tak dapat memiliki. Adakah usaha aku kurang atau aku sebenarnya gopoh untuk memiliki dalam waktu yang singkat? 


Mungkin, memang itu lah jawapan pada soalan aku.. 


Haruskah aku menilai sejauh mana usaha aku?? Apalagi yang kurang pada aku sehingga aku tak di beri kesempatan untuk memiliki sedikit kesenangan hidup? Bukan aku tak reti bersyukur. Aku sangat bersyukur apa yang ada pada aku sekarang tetapi aku ingin yang lebih terbaik untuk keluarga aku , untuk orang sekeliling aku.


Apa yang aku kaji, aku tengok. Kebanyakan kita bergaduh mengenai duit. Keluarga dan sahabat boleh berantakan gara - gara duit. Sedarkan? Malah ayah aku ada kata pada aku serta adik, 


"Hanya kerana duit seringgit along dengan apit bercakaran, inikan pula bila dah besar nanti. Bila along dah kenal apa itu duit dan memiliki duit. Kita tak akan ingat apa itu kenangan manis hanya gara2 DUIT..."


Petikan pertama yang aku taip tadi pun mengenai ketidakpuasan hidup di mana aku memperbandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan aku. Kadang2 aku cuba positifkan diri. Itu dan Ini tapi pada hakikatnya aku tak boleh tipu diri aku sendiri apabila melihat teman2 lain sudah memiliki sedikit harta untuk dibanggakan.


"Jangan suatu hari nanti kau terpaksa bergantung pada orang lain."


Itulah yang selalu aku pikirkan. SUMPAH, aku akui, aku ini sangatlah manja.sangat manja untuk disakiti..Mungkin orang tengok aku ini KUAT. Ye, pandangan seseorang dari luaran. Orang seperti aku yang GEMUK, dan GARANG.. Tapi mereka lupa apa ada pada kudrat seorang perempuan.


Ye, mereka lupa aku seorang PEREMPUAN...


Pelbagai kata2 semangat yang diberikan untuk aku. Itu dan Ini lagi... Hah, mereka boleh kata ' kau kena'..'kau patut'... Bukan aku tak pernah mencuba. Tapi kemampuan aku tak boleh lebih dari keinginan aku. Untuk memenuhi keinginan aku, aku terpaksa bergantung pada seseorang. Patut ker?


the end

No comments: