Sperti tajuk entri pda malam ini, Tiada lagi mukadimah, tiada lagi Salam pengenalan dan sebgainya. Ye, Adik lelaki saya mahu kawin dengan gadis pilihan saya. Bayangkan umur saya 21 tahun dan dia berumur 20 tahun. Bukan terlalu muda ker untuk mendapat gelaran 'suami'?
Tetapi mak ikotkan je kerana adik saya sudah mengalami sindrom seperti gatal2 dibahagian
Mungkin dia fikir hidup selepas berkahwin ni senang sehingga dia lupa mengenai realiti kehidupan sebenar. Kami dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba pincang. Mak ayah bercerai. Dicaci famili sebelah ayah tetapi saya sabar menghadapi kerana saya fikir semua ini akan berhenti dengan sendiri seiring dengan masa. Tidakkah adik saya berfikir dan jadikan diri dia sebagai satu tauladan seandainya dia membuat keputusan drastik yang melibatkan maruah keluarga. Saya tak kata, keputusan dia itu tidak baik. Memang baik daripada dia buat semua kerja2 haram bersama gadis tu. Tapi kena fikir sama tentang apa yang akan jadi pada masa akan datang. Itu semua melibatkan kesukaran kehidupan. Tentang ekonomi, tentang perbelanjaan dan sebagainya.
Saya lebih setuju mengatakan perkahwinan ibarat satu percaturan. Di mana kita memperjudikan seluruh hidup bersama pasangan kita. Memang setiap insan akan merasa semua itu tapi tidak adil rasanya diperhujung hidup kita memikirkan kebahagiaan kita sendrii tanpa memikirkan orang sekeliling yang sayang dan sentiasa support kita.. Mungkin setiap orang hanya memikirkan jalan penyelesaian terbaik tapi tak fikir apa akan jadi selepas kata sepakat diambil?? Bukan senang nak menjalani hidup kita yang serba sukar ini. Dengan benda yang banyak nak di fikirkan.
Semua orang ingin yang terbaik dalam hidup mereka. Begitu juga orang sekeliling saya. Tetapi saya takut andai kebahagiaan pada permulaan. kita tak boleh fikirkan pada permulaan. Tetapi kita kena fikir pertengahan, klimaks dan pengakhiran. Jalan cerita kehidupan bukan seperti membuat novel, dengan segalanya dirancang dan PASTI terjadi., Itu semua sangat mustahil. Kengkadang, kita merancang tetapi tuhan yang tentukan, Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Fikirkan orang lain juga. Kesengsaraan bukan nak dirasakan untuk selamanya.. kebahagiaan bukan singkat untuk dirasakan.. Perjudian hidup kadang2 melelahkan hati. Meresahkan jiwa. Kadang2 kita hampir jatuh untuk mengenangkannya. Jatuh dan tersungkur hingga rasa tiada tangan untuk membantu. Itulah balasan diatas keputusan yang diambil dan dipanggil RISIKO.
No comments:
Post a Comment