Assalammualaikum~
Salam penghormatan pada pagi yang hening ini. Permulaan hari yang baru tetapi aku masih lagi terasa seperti semalam. Seperti tajuk di entry aku hari ini. "Aku Tidak Malu".
Bukan tak malu sehingga nak tanggal baju di khalayak ramai. Itu dah kira tiada akal dan kurang waras gamaknya. Aku tidak malu adalah simbol dimana aku dengan tidak malunya meminta gambar abang beliau dari teman baik aku sendiri. Sangat gila dan aku sendiri mengaku aku ni dah kira mengigau tahap gaban.
Nak dimulakan kisah, pada suatu hari terbetik dihati aku nak minta gambar 'abang anip' dari teman karib aku iaitu Nur Amira Ramlee atau lebih dikenali sebagai MEK. Yes, aku sangat malu rasanya sewaktu minta sendiri dengannya tapi entah kenapa aku naik gila malam tu sampai semua malu aku itu hilang. Tapi Alhamdulilah la kawan aku tu bagi jek gambar abang dia sebab dia memang sedia maklum yang aku memang gilakan abang dia semenjak sekolah lagi. 'Sporting' kan teman baik aku tu? Ini gambar penuh beliau.
Kini gambar dia menjadi teman dekstop aku supaya ia sentiasa di mata aku walaupun jasad kami jauh. Kalian tahu apa yang dipanggil se emangnya orang seperti aku?? Angau women. Aku tak kisah. Nak kata apa pun dan aku terima. Sampai suatu hari nanti hati ini milik insan lain barulah aku berenti mengintai dia.
Aku tak arap pun untuk dia membalas cinta kepada ku tp cukup untuk lihat dia bahagial. Cukupu untuk itu. Andai dia kata tak ada perempuan tak nak dengan dia disebabkan penyakit dia itu, aku lah insan yang akan menghadirkan diri, keluar dari kelompok dan berithu dia, aku lah insan ingin bersama dia walupun susah payah untuk menghadapi. Walupun sementara saja hubungan kami nanti. Aku tak kisah. Asalkan aku akan buat dia bahagia dengan kehadiran aku. Itu janji aku.
the end

No comments:
Post a Comment