Assalammualaikum kengkawan yang dirahmati Allah,
*tajuk entri yang selalu ada di benak fikiran, selalu melanda jiwa.
#Bestnya andai HIDUP sesenang khayalan. Tapi itu sume MUSTAHIL.
Kenapa dan mengapa permulaan aku seperti itu? Mesti menganggu fikiran korang sume dengan persoalan2 yang agak sukar untuk dirungkaikan. Oke, aku tolong korang bukak mind korang dan menjawap seribu satu persoalan di benak fikiran korang sekarang.
Buku ini membuatkan aku terawang2 memikirkan masa depan dimana memilih masa depan dengan kesempitan kehidupan.
#Nak tahu, sila beli dan baca sendiri kisahnya.
Sebenarnya banyak lagi novel yang aku dah aku bacakan. Dan kadangkala semua itu tinggal kesan dalam hidup aku. Dalam benak aku yang terutama sekali. Nak tahu kenapa? Aku tak melalui semua benda dalam hidup ini. Tuhan tetapkan aku lalui jalan yang telah takdirkan untuk aku. Dengan membaca novel, aku rasa aku sendiri dapat lalui kehidupan orang lain. Walupun semua itu hanyalah khayalan dari penulisnya sendiri dan pengakhiran adalah pemilihan penulis sama ada happy ending or sad ending. Tapi semua itu berdasarkan kisah benar yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Cuma diolah dan digubah mengikut peminat pembaca. Seperti kisah2 dalam drama dan filem. Semua itu kalau nak diikotkan, semua itu ada benarnya. Bukan kita yang lalui tapi ada sorang insan terpilih dan bertuah untuk melaluinya.
Bukan niat dihati nak berbelit2 cerita. Sebenarnya aku memikirkan kisah hidup aku. Kadang2 aku rasakan kehidupan yang aku lalui ini dibiarkan bgitu saja. Maksud aku tak ada yang bermakna. Hidup aku hanya tiada cabaran kehidupan. Aku mencari juga, tapi cabaran kehidupan aku kebanyakan berlandaskan nak mencari pekerjaan. Aku akui mmg agak sukar nak mencari pekerjaan dalam dunia sekarang. Seperti cerita gadis2 cuci movie, dimana dorang nak teruskan hidup dorang dalam dunia metropolitan dengan berkerja sebagai gadis cuci kereta. Tapi kadangkala sampai bila nak mencuci kereta? Sampai dah tinggal gigi satu?? Tentulah tidakkan? Setiap orang nak hidup dorang umpama puteri. Tapi tak sume yang dapat. Kalu nak diikotkan impian masing2 sume nak jadi bos tp mereka lupa sape nak jadi kuli kan??? Allah bagi setiap orang kelebihan masing2.. Dimana kehidupan mereka susah dengan kewangan tapi mereka bahagia bersama keluarga mereka. Dimana dikelilingi dengan kasih sayang. Tapi manusia pula mana pernah puas dengan diri mereka masing2.. Mcam aku jugak. Aku cume nak yang terbaik dalam hidp aku.
Aku mula memikirkan masa depan aku. Macam mana agaknya ye?? Senang ke aku?? Susah ke aku?? Aku pening, keliru dengan diri aku sendiri. Aku msih lagi mencari jalan dan hala tuju aku. Tak tahu lagi apa aku akan jadi. Kadangkala aku menyerah kepada takdir tapi aku tahu, andai aku tak berusaha bila lagi kan? Entah, nak buat tapi aku tak ada sokongan untuk lakukan apa2. Hanya nasihat dan kata2 saja tapi tak ada sokongan fizikal. Kalu nak difikirkan balik, hidup dalam keadaan mencabar pun kadangkala best juga. Ada kenangan, ada cabaran, ada style dan sebgainya. Susahkan nak puaskan kehidupan kita? Aku cuma nak jalan jek. Jalan dimana harus aku lalui. Ke kiri ke, ke kanan ke atau pun terus jek.
Aku manusia biasa, nak juga diperlakukan seperti gadis2 lain. Merasai apa itu cinta. Tapi orang kata itu sume belum untuk aku lagi. Mungkin Allah sayang kan aku dan tak bagi aku merasai sakitnya di permainkan. MUNGKIN KAN?? Sape tahu kuasa Allah? Kalu Allah kata KUN FA YA KUN!! Jadi maka jadilah. Tak ada siapa dapat menghalang. Tak ada siapa dapat menepis. Itu kuasa Allah. Dan tiada siapa boleh menidakkan. Aku percaya suatu hari nanti ada insan untuk aku. Insyaallah.. Semoga Allah sentiasa bersama aku. Hidup mati aku kerana Dia.
the end

No comments:
Post a Comment