Thursday, September 27, 2012

Wanita, Kepuasan & Kesempurnaan~

Assalammualaikum pertama kali diucapkan kepada seluruh umat islam yang sudi berkongsi cerita dan pendapat serta menerima kahadiran blog ini tanpa ragu2 dan was2.

Permulaan yang cukup baik tentang kehidupan yang memuaskan.. Sedar atau tidak, setiap wanita didunia ini memang inginkan KESEMPURNAAN & KEPUASAN dalam diari hidup mereka. Lihat sekeliling, mana ada wanita yang inginkan hidup mereka sekadar cukup2 makan dan dalam serba kekurangan. Tiada istilah 'malaikat' dalam hidup seseorang. Aku bercakap dasar fakta dan kehidupan sebenar, bukan khayalan ataupun titipan dari sesiapa pun.

Wanita lebih gemar katakan OK sekadar untuk memuaskan hati seseorang. Tetapi jarang perempuan sebut Perfect pada insan lain. Kenapa? Setiap wanita dilahirkan dengan rasa ketidakpuasan yang menebal. Dengan hadirnya KETIDAKSEMPURNAAN itu maka lahirlah sifat2 negatif seperti iri hati, hasat dengki dan sebagainya. Itu mmg lumrah. Pergilah mana pun, jumpelah siapa pun, asal ia bergelar wanita, istilah KETIDAKSEMPURNAAN itu mesti ada. Kadang2 wanita banyak mengalah untuk memuaskan hati pasangan mereka tanpa memikir kehendak diri. Itu lah peliknya wanita. Pasangan pula, kebanyakan bila wanita kata 'ok' itu bermakna wanita itu suka dan setuju 100%. Wanita memang pelik. Aku sebagai wanita mengaku diri aku pelik. 

WHAT WOMEN WANT, banyak mengajar aku tentang realiti kehidupan. Kadang2 tanpa sedar, apa yang kita lalui itu sebenarnya kelakar bagi orang lain sekiranya kita ceritakan pada mereka. Rasa malu, Ego yang menebal itu semua sangat2 kelakar mengenai kehidupan. Kita yang melalui ini punyelah merasai seribu satu debaran, seribu satu amukan, seribu satu misteri dan sebagainya. Sifat itu semua tidak boleh lari dari hidup kita. Tanpa kita sedar, kadangkala kita bersikap HIPOKRIT. Yes, mak cik kakak..HIPOKRIT~


THE END

No comments: