Assalammualaikum kalian~
dari tadi aku meniliti setiap blogger yang ada dan masing2 membawa seribu satu cerita yang sukar untuk di ungkapkan melalui lisan dan mereka meluahkan melalui blogger masing2.. like me too. kengkadang sangat sukar untuk meluah sesuatu dan cara terbaik adalah meluahkan semuanya di blog aku sendiri untuk dikongsikan kepada kalian.
aku ada baca satu kisah mengenai penyanyi yang menjadi pujaan ramai. Yes, she is SHILA AMZAH..
Tanggapan aku mengenai dia =
1. sepatutnya dia bersyukur kerana dapat merasai apa itu cnta wlupun percintaanya tidak berakhir dengan gembira. Tapi itu semua tidak menjadi kesan padanya. Pernah tak dia sedar, Allah S.W.T ingin menolongnya daripada dizalimi? Sedarlah, setiap insan tidak sama pada pandangan mata kasar. Mereka boleh berubah begitu saja. Trust me. DIA turunkan seorang lelaki yang pernah kamu cintai supaya kamu merasai SEDIKIT rasa cinta dan apa yang kamu rasa adalah SEDIKIT rasa SAKIT apabila cinta kamu tidak direstui. Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu dengan melalui dugaan yang besar (pada tanggapan kamu) kecil (pada tanggapan orang lain). Kunci kepada dugaan ini adalah sabar dan jangan cepat melatah.
2. Shila Amzah seorang yang manja dan mudah tertekan dengan sesuatu perkara.. pada pandangan aku dia seorang yang manja. Siapa kata anak sulung tidak manja? manja ok? Aku anak sulung dan manja jua. Jadi, bila cinta tidak direstui, perasaan manja menjadi keadaan tertekan. Mula memikirkan untuk melarikan diri daripada orang sekeliling.
3. Percayalah dengan orang tua kamu. Mereka lebih tahu apa yang terbaik walaupun mereka sendiri membuat kesilapan dalam hidup mereka. Jangan kerana orang yang baru kamu kenali, kamu mengabaikan insan yang menjaga kamu dari kecil hingga kamu dewasa dan menjadi wanita cantik serta berkerjaya. Itu semua hasil daripada usaha mereka membantu kamu serta memberikan semangat kepadamu sepanjang kamu menjadi anak seni. Aku sedar, bukan senang nak menjadi anak seni. Orang dengki dan cemburu berada di mana2 saja. Merekalah banyak melindungi kamu. Lelaki itu bersama kamu disaat kamu sudah berjaya. disaat kamu sudah berada di puncak. Ingat, Allah nak tarik rezeki hambanya dengan mudah saja. Kun fa ya kun~
## Tetapi aku faham bukan mudah untuk melupakan kenangan manis yang telah kita lalui. Lagi sukar untuk kita lupakan apabila cinta kita menghadapi pelbagai dan kita mengharunginya dengan baik. dipenghujung kisah kita sebenarnya ada kisah manis yang akan kita semat sampai penghujung nyawa kita.
## Bila cinta sudah tiada maka benci mula terbit. Tahu dari mana? dari cinta juga benci itu terbit.. kalau kita tidak sayangkan seseorang kita tak merasai kebencian itu sangat mendalam. kita tidak mengendahkan orang sekeliling kita kerana kita tidak menyanyangi kita. Jadi kamu membenci pada orang yang kamu selalu perhatikan, yang kamu sayangi betul kan saya punya pandangan.?
=> semakin melalut aku menaip, baik aku log out n switch off lappy ni n tdo saja. esok nak keje, banyak benda nak kena hadapi.
the end~
No comments:
Post a Comment