Wednesday, March 27, 2013

kosong dan itu rahsia aku!!

Selamat Pagi Kengkawan ~

Banyak benda nak stori tapi tertiber jek blur. Actually aku sbnrnya rasa unfeeling la . entah la nape, Rasa kosong sangat. 

Aku nak bagithu satu rahsia yang selalu aku abadikan dalam jiwa tanpa ada orang pun dapat tahu perkara yang sebenar. Entah kenapa tetiber rasa seperti ingin kongsi dengan satu dunia tentang apa yang aku rasakan saban hari. 

Situasi demi situasi aku lalui bersama teman-teman. Kengkadang membawa perasaan ini kelembah yang paling dalam. Sakit yang mengusik jiwa, pedih yang menghimpit perasaan. Entah kenapa aku rasa kosong bila berada di dunia aku sendiri. 

Bila berhadapan dengan mereka yang berpasangan aku dapat rasakan kegembiraan mereka walaupun mereka dalam keadaan tidak stabil dengan perasaan sendiri. Aku akui, aku rindu untuk merasakan saat manis dalam perhubungan bersama seseorang. Kehangatan disaat aku merasa kecundang, aku luahkan pada sidia dan sidia memberi kata kata perangsang. Aku rasa lagi kesedihan itu hadir dalam diri ini. 

Seringkali aku mendengar mereka mengeluh kerana sidia yang mereka sayang. Ada yang rimas, ada yang bosan dengan kerenah mereka sehingga mereka tidak sedar aku ini seorang yang yang amat malang yang merindukan rasa tersebut. 

Aku lihat mereka menangis, aku pernah rasakan dulu. Jujur aku akui, aku sangat takut dilanda kekecewaan tapi aku memerlukan rasa cinta itu hadir. Aku perlukan seseorang untuk ada disaat mesin penggera kecemasan berbunyi didalam diri ini. 

Kosong, dan itu memang apa yang aku rasakan. Kosong!!!

Kadangkala tertanya juga pada diri, adakah rasa kosong ini akan kekal lama dan berlapuk begitu saja????

P/s : kamu beruntung diberi peluang untuk dicintai tapi kamu mengabaikan atau menolak rasa cinta itu. Tahukah kamu ada mereka yang ingin rasa seperti apa yang kamu dapat tetapi mereka tidak dapat??

the end

No comments: