Assalammualaikum.
Banyak mukadimah yang ingin aku luahkan. Pelbagai perkara yang aku tempuhi sepanjang April ini. Kiranya kalau ingin aku terjemahkan satu persatu aku punye cerita mahu smpai esok aku menaip. So, aku ringkaskan sedikit demi sedikit mengenai hal aku di April yang indah ini.
1. Alhamudulilah, rezeki aku tak putus-putus. Setelah aku menamatkan kontrak aku di KLB, aku diterima berkerja di APM AE di Tanjung Malim sebagai Kerani di gred 5. Mula-mula masuk, aku dah ditawarkan di gred 5 sedangkan orang yang lama berkerja disini masih lagi di gred 4. Setelah dibincang-bincang, aku bakal dinaikkan supervisor pada tahun depan sekiranya performance aku baik. Sekarang aku masih lagi follow the flow yang dorang bagi. But sometimes, really serious aku pening dengan kerja aku di sini. Banyak cabaran, banyak benda yang di ambil kira seperti persekitaran aku. Buat masa ini aku tak aim sesiapa lagi nak dijadikan musuh. Aku buat style berkawan dengan semua orang and ignore dengan orang yang annoying.. Mungkin itu saja yang membuatkan aku sukakan kerja aku.
2. Mengenai persahabatan. Mereka semakin mengikut aliran yang mereka inginkan. dan kadangkala sebagai teman aku terabai. Tapi aku mengambil sikap ignore jua pada mereka yang ignore dengan aku. Ada dua tiga orang kawan aku yang bebtul take care dengan aku, kerjaya aku, kegembiraan aku n i am really appreciate them soo much.. Dan kini aku menambahkan seorang lagi teman lelaki yang dianggap sebagai BFF aku. Yes, dia BFF aku. Pengakuan dua insan yang akan menjadi BFF smpy bebila.. Kata pun, BFF kan???? Tapi kadangkala aku seperti dipergunakan. Ye, dia seperti ingin dekat dengan aku untuk mengetahui cinta ati dia. Atau itu hanya mainan akal dan hati aku saja?? Malas nak fikir, asalkan aku ikhlas di atas hubungan persahabatan. Terserah pada dia untuk meletakkan harga pada sebuah persahabatan yang aku berikan.
3. Matlamat dan impian makin dekat. Apabila aku semakin melangkah ke hadapan untuk memajukan diri, aku semakin dekat dengan matlamat dan impian aku yang selama ini hanya tinggal angan-angan. Ingin memiliki aset tersendiri membuatkan aku memikirkan langkah yang harus aku tuju. Cepat atau lambat bukan target aku. Tapi yang menjadi target aku adalah memilikinya dalam tahun ini. Aku tak nak mempersiakan semua masa dan usia aku dengan sekadar buang masa. Aku kena ada tujuan untuk hidup. Ada tujuan untuk aku melangkah dan ada tujuan untuk aku bernafas.
4. Perubahan demi perubahan ingin aku lakukan ke atas diri aku. Masih lagi mencuba walaupun dilanda dengan seribu satu dugaan yang datang. Kadangkala menyakitkan jiwa tapi aku cekal kan hati agar aku tak terkilan. Aku mudah terjatuh dan tersungkur. Tapi aku tetap bangun walaupun mengambil masa yang sangat lama untuk aku bangun. Aku kena berubah ke arah kebaikan. Demi kebaikan aku jua nanti.
P/Ringkas : Majulah diri untuk diri sendiri dan keluarga. Peliharalah maruah untuk diri dan keluarga. Aku mampu mengubahnya...
the end
farie.
No comments:
Post a Comment