Sunday, June 9, 2013

kerjaku

Assalammualaikum,

Alhamdulilah, hampir dua bulan berkerja di tempat baru. Suasana baru, kengkawan pun baru dan cara kerja pun baru. Banyak benda dah belajar dan banyak benda yang perlu dipelajari lagi untuk kemahiran dan kepentingan diri sendiri pada masa akan datang. Senang nak cakap, kita berkenalan dengan seribu orang tetapi dalam seribu belum tentu dapt jadi teman baik kita. Oke honestly aku cakap kat sini tak ada pun teman2 aku yang anak dara. Yang ada pun aku jek lah yang dara. Ada pun ada tapi budak contract but lain2 agama. Kebanyakan indialah so susah sikit nak buat kawan. Dept pun lelain. Nak tak nak kita berkawan dengan mereka yang sudi berkawan dengan kita.

Mereka oke sangat. Layan aku sangat baik. Mungkin kerana pengaruh mak aku sangat besar walupun mak aku berpangkat agak kecil saja. Orang kata kabel besar padahal besar tak besar la. Dekat sini aku buat style teman sekadar di tempat kerja. Tak boleh aku buat teman ketawa dan menangis. Sorry to say, but aku kena biasakan diri dengan suasana baru. Aku masih mentah disini. Banyak benda aku kena pelajari lagi-lagi  disini mengamalkan 'lepas tangan' , 'ditindas' dan sebagainya. Sangat menakutkan dan aku kena pelajari sendiri bagaimana dan mempertahankan diri seandainya aku di situasi itu nanti. Nak tak nak mmg aku akan dihadapkan dengan situasi macam itu.

Sometime sangat takot untuk berkawan rapat. Bukan kerana apa, mereka memasing mempunyai kekuatan memasing. Aku tidak mempunyai pelbagai kuasa untuk melawan atau sbgnya.Honestly aku malas nak bermulakan pergaduhan kerana akan melibatkan nama baik keluarga aku. Biarkan semua menjadi khabar angin dan aku sentiasa pastikan ia tidak menjadi kudis dalam nadi aku.

Berceritakan pasal teman2 se ofis dengan aku, Alhmdulilah aku dikurniakan teman2 ofis yang baik dan saling membantu. walupun kadangkala mereka turut terikot untuk melepaskan tangan di saat menghadapi masalah. Tapi tak semua perkara. Mereka kadang2 membantu walupun tanpa di pinta. Itu yang aku salute pada mereka. Masing2 ada perangai masing2 yang kena aku hadapi. Begitu juga meraka, mereka kena menhadapi perangai aku dan segala kelemahan aku. kesian mereka...... Kadang2 rasa kesian kerana mereka turut dimarahi seandainya aku melakukan kesalahan jua.

Hari ini bos tak masuk so yang dah berkahwin bercerita mengenai perkahwinan, anak2, teman2 dan rumah yang baru di beli. Ada benda aku boleh masuk dan ada benda aku tak boleh masuk langsung contohnya berkenaan kondom la, langkah pencegahan untuk hamil awal  selepas bersalin la. aku jadi malu wlupun benda itu umum dan aku sptutnya kena ambil tahu. Almaklumla, kengkadang nak mencelah macam aku ini anak dara gatai pulok..ehehhehe... so aku decide untuk diam dan dengar saja. Sambil tu aku menyibukkan diri dengan kerja.

Itulah serba sedikit mengenai harian aku. Akhir kata aku mmg sukakan kerja aku koz busy dengan kerja dan tidak menghiraukan benda remeh yang lain. Kadang2 aku tenggelam dengan kerja aku. itu yang membuatkan aku suka dengan kerja aku. itu saja...


thank you

the end

No comments: