Salam u alls,
Tebal gila dengan habuk blogger aku ni. Sangat sukar untuk mencari masa untuk mengupdate semua cerita 'rahsia hidup' selama ini. bayangkan banyak benda terjadi tetapi terlupa aka sibuk sangat sehingga tak diberi ruang untuk membuka blogger ni.
Ramai sangat happy stori dari kengkawan ada jugak sad stori. Paling sedih adalah aku dipilih lagi untuk menyendiri tanpa sesiapa. Ada kawan dah putus dengan si dia, ada kawan on the way nak putus kerana tidak sepadan dah dan aku mencari untuk bersama dengan orang tersayang.
Tahun baru makin tiba. sedikit demi sedikit sebanyak benda dah tercapai dan aku sangat berasa bersyukur diatas apa yang aku dah terima. Aku tetap aku, manusia biasa memang mempunyai sikap yang tidak puas hati.Meminta tetap meminta sehingga kengkadang itu meminta pada diluar kemampuan aku sebagai manusia.
Tapi aku memegang satu benda ini iaitu tiada yang mustahil dalam dunia yang dipinjamkan Allah untuk hambanya selagi kita meminta pada tuhan yang Esa.
Kematangan itu tetap hadir sedikit demi sedikit. Ye, matang dengan merancangkan langkah demi langkah untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Bukan mudah rupanya nak planning for go on my life....
Rindu sangat ingin merasakan rasa disayangi oleh orang tersayang. Aku pilih untuk terus mencari. Lagi satu bufday aku disambut dengan rasa suram. Tiada kiriman kad, tiada kek yang berlilin cantik. Semua itu tiada. Yang ada hanyalah peringatan rasa tua itu dari teman-teman rapat serta mama tercinta. sambutan biasa saja.tiada yang meriah. tiada gelak tawa.
Sedikit demi sedikit aku merasai diri ini rasa kekurangan. Aku inginkan cinta orang bernama kekasih. Sometime aku sengaja positifkan diri tapi benar kata orang aku tak boleh tipu diri sendiri. seperti lagu ini :
LOOK AT ME, U MAY THINK U SEE WHO I REALLY I AM
BUT U NEVER KNOW ME
NOW I SEE, IF I WEAR A MASK,
I CAN FOOL THE WORLD BUT I CANNOT FOOL MY SELF..
WHO IS THAT GIRL I SEE,
STARING STRAIGHT BACK AT ME,
WHEN WILL MY REFLECTION SHOW
WHO I AM INSIDE...
I AM NOW,
IN A WORLD WHERE I HAVE TO HIDE MY HEART
AND WHAT I BELIEVE IN
BUT SOMEHOW I WILL SHOW THE WORLD
WHATS INSIDE MY HEART AND BE LOVED FOR WHO I AM..
so itu lah aku sedikit demi sedikit. ada kisah tersendiri dan kengkadang cuba jadi yang terbaik tapi aku paham bukan senang.
The End......