Alhamdulilah, hari ini adalah hari terakhir aku di sekolah kebangsaan dato' idris ni. Banyak kenangan dan banyak perkara terjadi dalam hidup aku. Nak disenaraikan rasanya macam dah tak larat dah. Terlalu banyak sehinggakan ada yang merubah hidup aku sikit demi sedikit.
Alhamdulilah again coz tomorrow aku akan di interview oleh company yang tak lah berapa besar sangat but lebih kukuh berbanding JIWASENI yang pernah aku kerja dulu. Still swasta. Hopefully esok akan merubah hidup aku hundred persen. Sebenarnya secara jujur aku sangat gentar juga. Nak interview, nak menghadap orang baru dan kerja baru, hidup sendiri tanpa mak ayah lagi, tanpa kengkawan yang ada disekeliling aku. ALONE!!
Aku sebenarnya tak berapa yakin nak duduk seorang diri tanpa sesiapa. Tapi bila mengenangkan peluang pekerjaan itu ada, aku harus tabahkan diri aku untuk hidup sendiri. Eh, bukan ke prinsip aku adalah 'hidup sendiri, hadap sendiri even dalam susah atau senang?' Aish, nak create that princip tu mmg sangat senang but nak lakukan its not easy.
Seterusnya, aku sangat terasa annoyed gler dengan mamat sorang ni kat dalam wechat aku. Dye tak hbis2 story psl peperangan palestin, guru ni baik , pm kita itu dan ini. Kalau kau rasa kau tu terlalu tinggi ilmunya, kenapa tak kau saja yang jadi PM. Aduhai, PM kita dah buat yang terbaik untuk negara kita. Macam mana dia buat itu adalah caranya. Lain orang lain caranya. Engkau tak tahu apa apa tapi pandai pandai nak bersuara. Itu la ini la, semua tak betul. Dan yang paling ketara adalah di mana kau menjatuhkan hukum pada orang lain. Tak layak duduk atas muka bumi ni lah kalau tak nak ikut undang-undang tuhan, hanya setan yang takut mendengar Al Quran. Ya Allah..
Sedangkan Nabi kita pun tak menjatuhkan hukum sesama manusia malah baginda memberi nasihat kepada hamba-hambanya dengan lemah lembut serta sopan santun. Itu ISLAM yang sebenarnya.
Kita terlalu angkuh dengan apa yang kita tahu. Sedikit ilmu saja. Membuat manusia semakin alpa. Muhasabah diri. Insyaallah, kita akan sentiasa tersedar dari khayalan yang dicipta si syaitan untuk anak-anak Adam A.s. Memberi nasihat ada caranya. Bila orang itu tak mendengar nasihat kita cukuplah kita mendoakan yang terbaik untuk orang itu. Tak perlulah nak menjatuhkan hukum kepada sesama manusia. Tengok dalam kain kita dulu. Oke ke tak amalan yang nak di bawa ke sana nanti. Sama samalah kita muhasabah diri. Insyaallah.
Luahan hati yang tak terluah dari pagi tadi lagi.
The end........