Assalammualaikum,
Kali ini aku tampilkan stori the mori berkenaan aku dengan nada sedih. *siap ada side effect sedeyh lg..* lalalalla ~
Sekali lagi aku ditimpa musibah tapi tak la berat sangat nak dipikul. Boleh lagi ditanggung dek badan kerana sampai sekarang aku masih makan sampai menjilat siku. masih lagi minum air 4 gelas sambil menunggu kawan aku menonton bola sepak (JDT vs FELDA). Haaa. Sejak dua menjak ni aku memang dah tahu cara nak tengok bola sebenarnya. Dan kadangkala sampai aku rasa nk masuk padang bola dan sekeh pemain2 bola yang lembab dan tak boleh main dan menyebabkan kekalahan yang maha berat. Tapi kalau aku kena p main dalam bola tu aku rela menjadi panjaga gol tiang tak pun bendera kat tepi padang tu. sedih tak.. hihi. Yela daripada aku berlari mengejar bola yang satu. tak sio teman di buatnyee.
Oke dah melalut sangat ni. Berita sedih itu ialah aku sedang bergaduh dengan rakan baik aku di ofis. Sedih tak berita aku? Sedih kannnn?? Ye lah, manakan tidak sedih. Dah tiga bulan kowt aku berkawan dengan dia. Biarpun banyak suka duka kami lalui, banyak perkara terpaksa kami pendam dengan mulut yang masing2 macam puaka. But pls honestly, kalau ada benda yang tak suka cakap saja la. tak perlu ko havoc bagai nak rak. Apakata, ko cakap dengan kami, aku ada benda yang tak puas hati, kita duduk bincang sambil makan twitis. Duduk pulak tepi kolam . Masing - masing menadah telinga dan bincang togeher. serius dan gelak bersama. Itu baru dinamakan perhubungan yang matang. Kita kena pandai handle masalah persahabatan, baru kita boleh handle masalah perhubungan yang lain. because semua perhubungan datang dari perkenalan persahabatan.
Kalau aku ada salah, bagi tahu.. aku akan terima dengan hati yang baik lagi murni. wakakkaa. Jujur, aku ingat dia memahami aku. tapi rupa2nya tidak. Betul kata orang. jangan anggap semua kenalan kita faham perangai kita macam mana. kadangkala mereka bukan tahu dan faham semua perkara.
Kau hadir saat kami dalam kesenangan. Bila kau susah kau datang, bila kau senang kau lupakan kami. Kau rasa kami tempat perlindungan sementara. Jangan cakap "tak dak ampa, aku boleh hidup laa".. Sebelum kami, kami tak tahu pun siapa yang kau susahkan. Mungkin si cleaner yang baik hati tu. Jangan cakap berlagak,. Bukan kami tak kenal siapa kamu sebenarnya wahai kawan.
Aku kalau bab berkawan memang amek serius kalau setakat mengata aku belakang2 aku tak ada hal. nobody is perfect. but kalau smpy tak puas hati, bile dah gaduh baru aku tahu satu per satu perangai dan apa perasaan kau selama ini dekat kami. kan ke ko tak puas hati. Mesti sakitkan hati dan perasaan ko selama ini sebab pendam perasaan?kenapa lah kau sanggup seksakan diri kau dengan memendam perasan sendiri?Aku simpati. Aku tak kejam kawan. Aku boleh mendengar, aku boleh memahami. aku boleh semua itu. selama ini ko tak nampak ke selama ini aku berpotensi menjadi guru kaunseling??? Aduhai kawan, Jujur aku sayangkan persahabatan kita. Jujur aku kata aku ikhlas dalam persahabatan kita. Jujur kawan. Aku jujur sangat... mungkin kau tak faham, mungkin kau tak tahu, dan mungkin aku tak tunjukkan.
#mengeluh
#notakaki
the end.
No comments:
Post a Comment