Sunday, August 16, 2015

Hari ini

Assalammualaikum u alls...

Bnda pertama yg aq nk ukirkan disini ialah perasaan hati.
Hurmm, tetibekan rasa mcm nk berhenti bermain dgn perasaan cinta cintun. Dah tiba masa aq pikirkan masalah kerjaya aq. Bina kerjaya dan lepas tu baru fikir pasal cintan cintun. Tak gitu encik n puan puan sekalian?

Dari aq seksakan diri dari perasaan yg ntah apa apa ni, y not aq tumpukan perhatian mengenai impian aq.kerjaya, cuti cuti serta keluarga. Kan???  Tak perlulah nk jadi kolot semata mata kerana cinta. Biar masa menentukan, biar tuhan yg membuat keputusan untuk aq dan biar aku enjoy dgn setiap jalan yg aq ditakdirkan untuk aq lalui. Kan????

Hurmmm, ku wanita berkerjaya, punyai impian dan cita, hak bergantung harapan untuk berdikari....

Tetibe feling feling lagu jaclyn victor. Hahahaha

The end

Friday, July 24, 2015

Aq yg tersakiti

Assalammualaikum kalian,

Alhamdulilah genap 3 bln aq keje kat speedmart as a asst manager. First yg aq nk ckp, bkn snang nak handle staff. Pelbagai ragam dan kebanyakkannya buat aq sakit hati n kecewa. Tp kadangkala menghiburkan hati bila kepala gila gila.

Xthu kenapa bila kita rapat,kita harapkan hubungan yg berpanjangan x kiralah sbg teman pun. Tp bila kita seorg saja yg mengharapkan hubungan yg berpanjangan membuat diri rasa lelah.. Sgt penat merasainya tp x mampu berkongsi.

Antara kawan kawan aq yg sudah lama kenal aku, mereka mmg memahami cara aq bersahabat.bila aq pk blek, kenapa aq jumpa teman pasti teman yg bwh umo. Yup bg aq mereka x matang. Malah bkn pnfai menhormati. Sedih plak bila fikirkan balik.

Kelemahan aq iaitu mudah menyanyangi insan biarpun teman tp x rapat. Ini lah aku. Puas didik hati ini tp ttp x berubah.. Selalu memberi kasih syg pd org yg salah dan aq x thu kenapa. Kalau tuhan kata aq akan berjumpa org yg salah sebelum jumpa org yg betul tp kenapa ambil masa yg lama?

Aku sekadar ingin berkongsi rsa kasih dan sayang dr hati yg ikhlas ini. Memberi dan menerima bukan ke amalan mulia..???huhuhu..mulia la sgt..

The end

Sunday, May 10, 2015

Kita dalam rumpun

Assalammualaikum and hai geng.

Sesuai dgn tajuk hari ini, kita dalam rumpun bererti kita dalam organisasi. Dalam satu carta organisasi kita x lari bertemu dgn plbagai ragam. Carta atas dan bawah bkn patut kita letakkan dinding malah sepatutnya kita kena letakkan cermin. Siapa org bwh kita bermula siapa diri kita. Baik kita maka baiklah carta bawah kita.

Seterusnya ialah dalam organisasi kita pasti ada sikap yg berbeza. Bila bertemu pelbagai sikap ini yg kebanyakan menyatukan kita sebagai sebuah kumpulan / organisasi / carta. Memang mengambil masa yg lama untuk menjadi sebuah kumpulan yg gagah lagi persefahaman kuat, tapi sedar atau tidak perbezaan sikaplah yg membuatkan kita semua bersatu.

Percaya atau tidak, terserah pd diri sendiri.

The end.

Monday, May 4, 2015

Permulaan hari

Assalammualaikum..

Permulaan hari yg baik. Insyaallah, mengharap hari ini akan berterusan dgn jayanya dan juga hari hari akan datang.

Sepanjang aq menulis blog ni, rasanya semua org thu betapa aq obses nak berbisness. Alhamdulilah ditakdirkan Allah untuk aq membuka bisnes sendiri. Sangat susah nak stabilkan bisnes kita. Dgn tiada org yg boleh bergantung, tiada pengalaman serta kewangan yg terhad membuatkan aq give up. Lastly aq decide untuk masuk kerja balik. Senang cerita yg bisnes aq menemui jalan yang buntu. Tapi aq memanjatkan kesyukuran sebab aq skrg mempunyai pengalaman sendiri dalam bidang bisnes.

Atas alasan aq terlalu mentah untuk membuka bisnes membuatkan bisnes aq tak berapa maju. Lgpun fikiran aq x spt mereka yg membuka bisnes. Nak tak nak aq terpaksa berkerja semula. Aq redha.

Aq belajar banyak bnda sepanjang aq bkk bisnes. Andai kata aq mula balik berbisnes insyaallah aq buat yg terbaik.. Tapi buat masa sekarang aq tak berminat berbisnes dah.hahahaha.

The end.

Serik

Assalammualaikum semua silent reader ku..

Mcm ramai plak peminat aq an?  Hahahha. Well sempena tajuk yg aq berikan hari ini adalah serik. Jujur, aq serik!!!

Tak tahulah dari mana punca. Tak tahulah dari mana mula dan tak tahulah apa kesebabnya. Tiba tiba berubah sekelip mata. Allah maha kuasa. Kalau nak diterbalikkan hati org, sekelip mata saja. Sampai satu saat aq tak sempat nak kaji dari mana salah silapnya. Betul kata org, tak semua nak lihat kejayaan kita. Ramai nak melihat jatuhnya kita berbanding bangunnya kita. Aq pun tak salahkan takdir, aq pun tak salahkan org. Mungkin semua ni datang dari diri aq juga.

Kalau dikatakan untuk membuka satu muka surat baru untuk insan bernama kawan, rasanya serik. Sebenarnya sangat sakit apabila kita menyerahkan kasih sayang kita pada seorang manusia yg digelar kawan. Sungguh ?! Aq tak tipu. Semakin dewasa kita, semakin bnyk asam garam yg TERPAKSA kita tempuhi tanpa sedar. Dan kebanyakkannya apabila melibatkan seorang teman.

Andai harga sebuah persahabatan boleh dibayar melalui duit, rasanya aq teringin nak tahu berapa nilai kasih sayang yg jujur ikhlas?  Mahalkah atau boleh dikutip di tepi jalan?

Bukan niat aq nak sama tarafkan nilai persahabatan itu semurah sampah, tp semakin majunya kita, semakin kita ditelan arus zaman, nilai persahabatan tiada makna lagi. Yang ada kini siapa cepat dia dapat. Siapa pantas dia maju. Yang lambat akan terus lambat sekiranya tak tukar gear yg lebih laju.

See, simple kan?

Biar apapun tanggapan org pada penulisan aq, biar apapun cerita org tntang aq, tp aq tetap berdiri tegak dan masih sibuk melalui frasa kehidupan yg sibuk dan pesat membangun.

Sedikit ayat buat teman / kawan / sahabat:

Andai aku jatuh, tlg hulurkan tgn untukku, andai aku alpa dgn duniawi, tlg hulurkan tgn buatku, andai aq terleka dibuai kemewahan, tlg hulurkan tgn untukku. Aq ni manusia biasa yg jauh dari sifat sempurna. Andai tiada teguran maka tiadalah sifat kasih syg diantara kita.

The end.

Friday, February 6, 2015

Mimpi

Assalammualaikum semua,

Rasanya dah lama tak update sume story yang terkini kat sini.  Nak kata sibuk tu tak adalah but adalah beberapa perancangan yang dah dibuat. Kalau nak di story kan everything rasanya mungkin take time la.  but yang terkini ialah, semalam aku bermimpi sesuatu yang aneh

aku lupa pukul berapa yang aku mimpikan masa tu . sebab aku tidur dua kali. opsss!!!

Jujurlah, aku bangun pagi tadi around 7 oclock then i wake up and i watching tv. around 8 oclock i feel bored and then i sleep again. and i wake up around 11 something like that. because of that i forgot, waktu tidur yang mana aku mimpi aneh tu. story dye macam ini.

Rumah aku yang kat bukit beruntung dilanda banjir  or tusunami like that. but before i sleep, aku tak fikir langsung pasal banjir or tsunami or bencana alam macam tu. So dalam mimpi tu aku start aku dah kat luar and aku nampak banjir tu memang nak sampai kat tempat or rumah kami.aku pegang dua adik beradik aku dan aku lari.  aku tengok mak aku dah kat depan and lari sambil tu panggil, cepat along cepat!!! aku pegang dua adik aku dan lari sehabis laju. aku pandang belakang ada bapa tiri aku yang masih berlari anak or better panggil jalan kaki biasa sambil hisap rokok. Mungkin pada pandangan aku masa tu ialah, dia kan kuat sembahyang. mungkin dia redha dengan apa yang terjadi. andai dia mati sewaktu banjir dia redha. orang yang kuat iman adalah orang yang redha dengan apa yang terjadi. Lainlah macam aku. masih lagi berlari lari nak dapatkan perlindungan kerana iman tak kuat. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Masa tu aku buntu.. yang aku tahu aku lari. Kat depan aku masa tu ada bukit tinggi dan ramai menuju ke bukit tu.Lepas tu aku dengar orang cakap " Along, meh duk dalam masjid. " Rupa rupanya bapak tiri aku. so aku masih lagi pegang dua adik aku n masuk dalam masjid. Aku tengok ikut tingkap n aku nampak banjir tu nak menghampiri masjid tu. aku pandang kedua adik aku dan aku peluk. Kesian, diorang dalam ketakutan dan aku harus selamatkan diorang. Air banjir tu masuk but tak kuat. just masuk seperti air sungai yang tenang saja. rasa macam aku basah tapi kami tak lemas.  lepas tu .... aku sedar dari mimpi.  apa maksudnya???

Aku ada bacalah dalam beberapa blog yang menceritakan pasal firasat mimpi like tsunami ni.

teori spt di bawah :

 1. mungkin nak dapat jodoh
 2. mungkin pasal rezeki sama ada rezeki kita melimpah seperti tsunami atau musibah.
 3. Mungkin pasal kesihatan.

Tapi yang paling penting aku sendiri tak faham maksud mimpi tu. aku harap sangat aku dan sekeluarga baik baik saja kesihatannya. Rezeki kami pun biarlah melimpah ruah kesenangannya.  Insyaallah...

The End....