Assalammualaikum semua silent reader ku..
Mcm ramai plak peminat aq an? Hahahha. Well sempena tajuk yg aq berikan hari ini adalah serik. Jujur, aq serik!!!
Tak tahulah dari mana punca. Tak tahulah dari mana mula dan tak tahulah apa kesebabnya. Tiba tiba berubah sekelip mata. Allah maha kuasa. Kalau nak diterbalikkan hati org, sekelip mata saja. Sampai satu saat aq tak sempat nak kaji dari mana salah silapnya. Betul kata org, tak semua nak lihat kejayaan kita. Ramai nak melihat jatuhnya kita berbanding bangunnya kita. Aq pun tak salahkan takdir, aq pun tak salahkan org. Mungkin semua ni datang dari diri aq juga.
Kalau dikatakan untuk membuka satu muka surat baru untuk insan bernama kawan, rasanya serik. Sebenarnya sangat sakit apabila kita menyerahkan kasih sayang kita pada seorang manusia yg digelar kawan. Sungguh ?! Aq tak tipu. Semakin dewasa kita, semakin bnyk asam garam yg TERPAKSA kita tempuhi tanpa sedar. Dan kebanyakkannya apabila melibatkan seorang teman.
Andai harga sebuah persahabatan boleh dibayar melalui duit, rasanya aq teringin nak tahu berapa nilai kasih sayang yg jujur ikhlas? Mahalkah atau boleh dikutip di tepi jalan?
Bukan niat aq nak sama tarafkan nilai persahabatan itu semurah sampah, tp semakin majunya kita, semakin kita ditelan arus zaman, nilai persahabatan tiada makna lagi. Yang ada kini siapa cepat dia dapat. Siapa pantas dia maju. Yang lambat akan terus lambat sekiranya tak tukar gear yg lebih laju.
See, simple kan?
Biar apapun tanggapan org pada penulisan aq, biar apapun cerita org tntang aq, tp aq tetap berdiri tegak dan masih sibuk melalui frasa kehidupan yg sibuk dan pesat membangun.
Sedikit ayat buat teman / kawan / sahabat:
Andai aku jatuh, tlg hulurkan tgn untukku, andai aku alpa dgn duniawi, tlg hulurkan tgn buatku, andai aq terleka dibuai kemewahan, tlg hulurkan tgn untukku. Aq ni manusia biasa yg jauh dari sifat sempurna. Andai tiada teguran maka tiadalah sifat kasih syg diantara kita.
The end.