Assalammualaikum kepada penggemar blogger. Terima kasih kerana sudi membuka ruangan ini, (walupun tertekan / nk tengok2 sesaje) kerana anda semua di alu2kan untuk membacanya..
Mengenai hati yang ingin saya katakan dan jelaskan disini ialah perasaan yang dulu sudah tenggelam tetapi kini timbul kembali tanpa disengajakan. Betul kata orang, hati dan perasaan usah dipermainkan kerana semua itu sangat sensitif. Betul juga kata orang - orang yang lebih dahulu makan garam before saya, hati dan perasaan memang tak boleh nak dipaksa. Kalau cinta maka cintalah ia. Tetapi kalau benci maka benci lah ia. Susah nak dipersoalkan bila mengenai cinta. Kadang - kadang tidak masuk dek akal. Kalau orang yang tidak kenal erti cinta, memang akan kata 'benda bodoh', 'nothing about love' dan sebagainya.
Dahulu kita suka dengan dia tetapi kini tidak. Dahulu kita benci pada dia tetapi kini?? Jangan dipersoalkan kerana memang kita tidak tahu dan tidak akan pernah faham tentang cinta. Samalah dengan perempuan. Kadang - kadang ada lelaki kata, "Dah setahun bersama tetapi masih lagi tak dapat kenal perangai pasangan saya."Ada pulak tu, "Dah lama saya cuba faham perasaan dia tetapi dia lain daripada yang lain. Orang lain mudah nak ungkap cinta tapi dia??" Tak perlu nak khuatir or risau. Memang itu lumrah. Tak perlu nak sakit kepala atau nak hantukkan kepala kamu dekat dinding. Itulah dikatakan asam garam bercinta. Anda memang tidak akan faham apa itu cinta.
Bagi saya, makna cinta itu tiada pada orang yang tidak merasai keikhlasan cinta. Sesetengah orang merasakan cinta itu terletak pada satu objek atau benda yang mudah untuk kita lihat. Tetapi sesetengah orang pula, cinta itu terlalu sensitif dan terlalu berat untuk diungkapkan. Pada mereka yang merasakan perkataan "I LOVE YOU" itu adalah satu perkataan keramat di mana apabila dia merasakan betul - betul jatuh cinta barulah dia dapat menyebutnya. Jadi perkataan itu memang terlalu keramat untuk pasangan mereka.. Perkataan itu juga boleh mengubah hidup seseorang contohnya, dulu dia rasa cinta itu palsu tetapi kini dia bahagia dengan cinta yang dia miliki. Jadi cinta itu terlalu luas.
~the end~
No comments:
Post a Comment