Friday, March 23, 2012

Seribu Kehendak Terhad Memiliki

Assalammualaikum ku ucapkan kepada mereka yang sudi meluangkan masa membaca kisah hidup serta pendapat dalam ruanganku ini......


Permulaan kisah mungkin semuanya normal bagi mereka yang memiliki impian dan kehendak.. Sungguh, aku meingingkan seribu kemahu serta kehendak tetapi terhad untuk memiliki. Mungkin boleh dikatakan, semua kehendak diturunkan satu persatu. Ye lah bak kata orang, rezeki tak datang bergolek. Tidak semua kehendak boleh ditunaikan begitu saja kan? Tetapi kengkadang aku merasakan tidak semua akan bertuah untuk memiliki apa yang mereka kehendaki. Begitulah lumrah hidup. Kadang2 hidup kita diperjudikan dengan seribu satu masalah dan akhirnya itu lah menjadi satu penyelesaian dalam sebuah kehidupan. Faham tak apa yang ingin aku cuba sampaikan. Nak kata aku berpuitis, itu tidak lah kan? 


Bermula sebuah kisah dalam hidup kita tetapi kita tidak tahu pengakhiran menjadi satu konflik dan bagi aku itu lah sebuah kenyataan yang harus diterima oleh setiap insan di atas muka bumi ini. Kalau tak ada konflik, maka tak meriahlah hidup kita ini, betul tak? Ada orang kata, sesebuah konflik yang dapat kita selesaikan akan menjadi satu pengalaman bagi seseorang untuk menempuh kehidupan mereka pada masa akan datang. 


Mengenai seribu kehendak yang ingin aku kupaskan, dimana kehendak yang berluak dalam hati tetapi terhad untuk menjadi kenyataan. Ada orang yang perkenalkan dirinya dan mengatakan boleh membaca sikap dan perangai seseorang. Aku mencuba dan apa yang dikatakan oleh dia memang betul. Sikap yang dia katakan pasal aku memang tepat. Bukan nak kata dia hebat, tapi mungkin dia boleh baca dengan cara aku bercakap, atau perilaku aku yang lain. Bukan itu yang menjadi persoalan. Dibawah adalah senarai yang dikatakan mengenai aku:



  • Aku seorang yang bercita - cita tinggi (Actually, semua orang memang bercita- cita tinggi tapi yang membezakan ialah mereka memiliki cita - cita tersebut atau hanya tinggal cita - cita)
  • Aku seorang patriotik (Aku masih lagi tertanya - tanya bagaimana aku nak tahu yang aku ini sikap patriotik?)
  • Aku seorang yang kelakar dan mudah ketawa (Mungkin kot. Sebab aku tak tahu yang aku ini kelakar ke apa.
  • Aku seorang yang mudah marah dan mudah 'slow down' (Itu memang betul, bila aku marah aku tak pedulikan perasaan orang lain dan yang paling penting aku luahkan apa yang terbuku kat hati aku. Tapi lepas tu aku boleh di ajak bergurau. Cuma masalahnya ialah, orang yang aku maki itu akan mengambil masa yang lama untuk memaafkan aku.)
  • Aku seorang EGO  yang tinggi tetapi tak menjadikan ia sebagai satu sebab UTAMA untuk tidak bertoleransi.( Maksudnya, aku masih lagi boleh dibawa berbincang. Cuma ada benda yang aku tidak boleh dibawa berbincang. Tetapi aku sendiri tidak tahu apakah itu.)
  • Aku jenis mementingkan KEKELUARGAAN berbanding benda - benda lain. ( ITU MEMANG TEPAT LAGI BETUL )


Actually banyak lagi yang aku kena perkatakan di atas, tetapi kepenatan jari mencoteng di keyboard ini serta otak yang memeras setiap patah perkataan yang berbentuk ayat skema tidak mengizinkan. Jadi lebih baik aku teruskan dengan MOTIF UTAMA aku mencoretkan lakaran  seribu satu perkataan ini. Mengenakan Kehendak yang aku inginkan. Mungkin kadang - kadang keinginan itu tidak mungkin terjadi. Maka ia akan tinggal dalam sebuah angan - angan atau lebih mudah disebutkan mimpi yang akan tinggal mimpi. Menginginkan kehidupan senang serta tidak ingin menyusahkan ke dua ibu bapa mungkin tidak akan menjadi kenyataan. YA!! Itu yang aku inginkan. Aku perlukan kesenangan untuk tidak meminta bantuan dari ibu bapa lagi. Sebenarnya mereka tidak pernah merungut tetapi aku yang tidak sampai hati untuk menyusahkan mereka. Pernah tak anda fikir bahawa dengan kesenangan hampir 70 % masalah akan hilang dengan serta merta. Sungguh, semuanya kerana kesenangan.

the end~

No comments: