tidak sehening hati aku,
Dingin malam ini,
tidak sedingin hati ku,
lakaran demi lakaran
terpampang dalam luaran hidup ini..
Tubuhku melonglai tatkala pagi menyinsing,
Cuba melangkah untuk mendapat sedikit kekuatan,
Setiap langkah ku sentiasa iringi dengan doa dan tawakal
agar diselimuti rahmat Mu Ya Allah..
Mereka menyapa ku,
mereka memandang aku,
mereka lihat aku ramah,
mereka lihat aku tersenyum dan ketawa,
tapi...
mereka tidak lihat hatiku..
Jari masih lagi menaip data2 kerja,
minda dikerah untuk berjalan,
tubuh dipaksa untuk melakukan bnda yang tak rela.
sungguh, memang tidak rela..
Dengan berkat yang ada
mereka gigih membimbing aku
dengan kata2 nista,
kata2 hina
kata sindiran..
tp aku relakan apa yang berlaku..
kerana untuk mendapat sedikit rezeki
Lalu ku tahankan jua.
Untuk menghilangkan kebosanan yang melanda,
hati mula bermain2 dengan semua,
ada cuba untuk mengetuk pintu hati,
ada pula yang memang sudah untuk diketuk hatinya..
Bukan kerana menggatal,
tetapi kerana ingin menjadikan ia sebagai lakaran.
Lakaran demi lakaran,
aku sekatkan dalam minda,
lakaran demi lakaran,
aku pendamkan dalam jiwa..
biar mereka lihat aku ketawa,
biar mereka lihat aku tersenyum
tp cukuplah sekali mereka lihat aku menangis..
kerana hati ini mudah rapuh..
keraskan hatimu
untuk KLB....
the end....