Wednesday, November 28, 2012

aku seorang diari

Aku seorang diari,
Panggilan diari dari dulu mmg manja.
Bukan sume layak untuk mendapat panggilan seperti itu.
Kenapa?
Kerana setiap satu kisah yang diceritakan,
aku semat dalam jiwa..
Aku semat dalam hati..
Biarkan ia menjadi melodi
Biarkan ia menjadi lagu dalam minda ku..

Aku seorang diari,
Aku cuba lakarkan sebuah kisah dalam sang buku,
Tapi aku tak mampu,
kerana layaran kenangan hanya bermain diminda
terusik di hati..

Aku seorang diari,
ingin menceritakan seribu satu kisah mengenai mereka,
ingin meluahkan pada mereka yang ingin mengetahui,
tapi aku????
Biar diari menjadi diri aku sendiri,
biar gelaran itu terus pada aku,
biar diri terus menjadi diari kepada sesiapa yang mempercayai,
kerana aku tak sanggup suatu hari nanti disalahkan,
dalam erti lain, mereka mencaci aku mengherdik aku
kerana sikap ingin meluahkan ini..

No comments: