Thursday, November 8, 2012

Bila pasangan bertukar menjadi binatang~

Salam untuk semua yang membaca dan menilai blogger aku.. Oke first skali aku nak bagi thu yang aku sangat2 terkejut dengan apa yang terjadi dihadapan mata aku. Nak tahu??? Sungguh korang nak tahu apa yang aku nampak?? Pasti korang akan menilai apa yang korang nampak dengan akal yang diberi oleh Allah.

Kebahagiaan seseorang tu bukan terletak di tangan orang lain. Begitu juga dengan aku... Bila melihat kebahagiaan orang tu, kita berasa sperti: "Oh, sweet!!" Tapi bila melihat kekecewaan orang lain pasti ayat ini keluar : "kesian dia". Memang aku akui, itu ayat yang sering keluar bila berhadapan dengan orang  yang sedang kecewa atau menderita. Kini, aku dengan bangga nya bagi thu yang aku juga dikalangan orang seperti itu.

Memang kesian, Sungguh tak asing lagi.  Bila pasangan kita berubah menjadi BINATANG!! Sebelum berkahwin, kita tak mengharapkan seperti itu. Kebahagiaan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin tu berbeza..Bila dah berkahwin kita akan bersama dia..Tidur disebelah, mkan disebelah. Dialah teman berborak kita bila berada dirumah nanti. Tapi entah kenapa, mengapa, semua tu berubah. Sekelip mata berubah.. Kenapa? Kenapa tak sebelum ini dia tunjukkan perangai dia? Bila dah sah menjadi pasangan hidup kita, kenapa sekarang dia tunjukkan perangai kebinatangan dia? 

Bila isteri kata tak nak, perlu ke dipaksa. Aku orang luar, aku tak boleh menilai dengan apa yang aku boleh lihat hari ini. Mungkin sebelum ini ada yang berlaku tapi diluar akal fikiran kita. tapi tolong lah, jangan jadikan pasangan kita sebagai lawan. Dia tercipta untuk kita. Dia dijadikan oleh tuhan untuk menjadi pelindung kita. Tapi kenapa dia tegar mengasari kita? Andai dia sendiri tidak melindungi, jadi siapa lagi yang akan melindungi kita. ??

Seribu satu sebab dan kisah yang tak boleh diungkaikan dalam kehidupan seharian kita. Aku faham. Aku sudah terlebih faham..Malah aku dah menjadikan itu sebagai satu perkara yang agak rumit untuk di ungkaikan. Siapa aku untuk menjatuhkan hukuman? Aku bukan DIKTATOR yang dengan senang hati untuk menjatuhkan hukuman tanpa menilai kebaikan seseorang atau keburukan seseorang.. Tapi bila situasi hangat seperti ini, jadi layakkah aku untuk menilai BINATANG itu???

Luahan demi luahan aku luahkan dalam blog ni. untuk menceritakan pendapat aku, Aku tak hirau apa orang kisah dengan luahan hati orang..itu aku..ini aku..biar aku.. Sungguh bila jadi seperti ini, aku rasa tak perlu ada pasangan andai untuk menyakitkan...tak perlu ada cinta andai itu menderitakan..Tak perlu rasa sayang andai itu mengecewakan..

Wahai adam, kamulah pelindung kami. Kamu tercipta untuk melindungi kaum wanita dari segala pancaroba kehidupan.  Usah biarkan diri kamu menjadi seperti binatang dengan menganiayai kaum wanita seperti kami. 

#jangan biarkan aku serik melalui kehidupan berpasangan~

the end

No comments: