Sunday, March 17, 2013

Aku Perubahan Serta Kesilapan

Assalammualaikum,
permulaan madah untuk kalian yang sudi membaca. *senyum manis ni*

entry kali ini berkenaan AKU! 

Aku dan Perubahan.. *senyum sinis*

Memang payah bila ingin membuat satu keputusan untuk kebaikan kita sendiri. Yes aku ingin berubah. Berubah untuk lebih baik. Untuk lebih baik daripada yang terbaik sebelumnya. Aku ingin menjadi seorang wanita yang tabah, solehah, sabar serta penyanyang,. Ye, aku tegaskan disini aku ingin berubah.

Berubah bukan satu yang mudah. Banyak benda yang kena di bersihkan dalam hidup kita. Aku disini masih lagi dibelenggu dengan kesilapan. Bukan aku tapi mereka. Dikelilingi dengan kesilapan bukan satu yang menggembirakan. Saat ini aku masih lagi diam membisu tanpa menegur dan memberontak diatas kesilapan ini.

Bukan aku tak pernah menegur malah kadangkala aku takut untuk menegur. Iya, takut benda ini akan terbalik pada diri kita sendiri. Saat itu mungkin diri ini akan ditempelak oleh mereka yang pernah kita tegur.

Aku ada belajar mengenai ada tiga cara untuk mengatasi kemungkaran iaitu tangan, mulut dan hati. Orang yang berkuasa/ mampu membuat tindakan diatas mereka yang melakukan kesilapan terletak pada golongan tangan. Setinggi tinggi iman adalah kita di tahap kuasa tangan. Mulut pula adalah menegur seseorang melakukan kesilapan tersebut serta hati adalah membenci perbuatan yang salah itu dan sesungguhnya itu adalah selemah lemah iman.

Pernah terdengar orang berkata, sekiranya inginkan perubahan kita perlukan persekitaran yang elok, ajaran yang elok serta kena gigih serta kuat melawan dugaan syaitan. Ye aku pernah dengar semua itu. Pokok pangkal hati. Itu kata orang orang zaman dulu.

Aku pernah cuba untuk berubah malah aku tetap gigihkan hati ini untuk terus berubah tapi malang aku tetap kecundang kerana kealpaan aku. Kerana aku tidak kuat melawan dugaan Syaitan nirajim.. I need someone to help me. I need someone to protect me..

Sesungguhnya aku selemah-lemah manusia dan selemah-lemah wanita. Harap aku di beri kesempatan untuk membetulkan kesilapan disekeliling aku. Berikan aku jalan untuk membetulkannya. Berikan aku hidayah untuk membantu kesilapan tersebut.

the end 

No comments: