Saturday, March 16, 2013

Belon dan Aku

"mak, tengok belon tu." suara kanak2 teriak mengejutkan aku dari memerhati mereka yang sibuk dengan barang-barang di tangan.
aku memandang kearah yang ditunjuk oleh budak lelaki itu.
ye, belon itu terbang ke langit.
bukan secara berkumpulan tetapi satu belon saja.
aku memandang dan terus memandang.
mereka turut memandang 
tapi tafsiran kami berlainan.
ada yang memandang kosong
ada yang tersenyum 
tetapi aku....
ye aku memandang belon itu penuh simbolik..

andai aku belon,
siapa boleh mentafsirkan aku dengan perkataan andai??
aku bebas ke udara
tanpa ikatan tali
tanpa pegangan empunya
aku masih lagi bebas..

aku teruskan penilaian aku.
andai aku belon,
aku mahu terbang tinggi
nun langit tinggi ke angkasa
tanpa memikirkan akibat
tanpa memikirkan nasib

Biar mereka terus memandang aku
paling tidak ada suara berbisik
"beraninya dia bersendiri terbang tanpa teman."
Aku tidak kisah kerana aku yang merasanya kebebasan
tidak seperti mereka masih lagi dengan belenggu sendiri..

Lantas aku terbang dan terbang
aku lupakan apa yang berlaku
aku lupakan kesan hitam dalam hidupku
aku lupakan siapa aku untuk mereka

Bila sampai waktu
andai ditakdir yang Esa
untuk aku jatuh ke bawah
aku redha
kerana saat itu aku sudah terbang ke angkasa
dan menikmati keindahan yang maha Esa.
Alhamdulilah.

The End

No comments: