Monday, April 29, 2013

kisah aku ini.

Hello Malaysia..
Wah bercerita bagaikan aku seperti org terkenal-kenal bagai. Padahal, sorang pun tak kenal n paling tidk pun confirm orang tak baca blogger aku ni. But nevermind...

Aku nak stori pasal dak fika yang akan berenti esok. Aku ni dah la sedang belajar tentang step2 n bila dia wt keputusan untuk berenti aku jadi gabra... banyak step yang aku kena belajar dalam masa dua hari. its not fair oke..mereka belajar adalah dalam sebulan.. tapi aku dalam dua hari. korang ingat aku punye otak ni sama dengan komputer??? not my dear.. tak sama.. sangat sakit kepala aku ..aku dapat rasakan yang akan datang aku akan sakit kepala plus stress. oh my dear vincci...

Cerita pasal jodoh membuatkan aku terimbas kembali dengan cinta ati aku yang lelama... wah banyak yang aku stori kat dia pasal kisah yang lepas.. terasa seperti ingin air mata jatuh satu per satu di pipi ini  tp aku sedar kena kuat.. tadi pun aku izinkan airmata aku jatuh tanpa sedar..  entahlah, sesungguhnya ati ku rapuh seperti nyanyian yang jep sepah pernah nyanyi dalam karoot komedia x waktu babak berpuasa bersama family..hehehehheeh.....

aku sedih tapi aku tak izinkan mereka tahu. tapi kengkadang aku tewas juga. ye, aku tewas...Dan terpaksa jua aku izinkan mereka melihat kesedihan aku. melihat kepayahan aku. sangat susah untuk dilindungi...

the end
thank you,
farie

Monday, April 22, 2013

aku dan jodoh

Assalammualaikum korang sume,

So stori the mori pasal aku arini... Firstly aku nak stori pasal budak contract yang bernama fika. Actually dia sorang jek yang rapat dengan aku aku kat APM ni. so dengan dia la aku stori mori, ngumpat ngumpatan dan sbgnya.. dia ni kira bestfrends aku in APM la...

So bila dah stori d mori, confirm terselit kisah kekeluargaan kan??? Dia stori pasal abg dia yang dah frust menonggeng sbyk dua kali n dia serahkan tanggungjawab untuk mencari jodoh kepada mak dia. so dia pun ada la stori pasal makcik-makcik yang nak satukan dengan anak2 kepada pakcik dorang. macam cerita orang dolu dolu..

Kisahnya, nak dijodohkan pula spt anak dara pingitan yang pemalu kepada orang sehinggakan tidak ke sekolah n tidak tahu apa2 yang asas. Kira dalam tv tu lebih advance la dari crite fika. Budak perempuan yang makcik dorang nak jodohkan ni mmg tak ada ape2 yang nak dibanggakan. Abang dia pulok boleh accept jek nak dijodohkan dengan sesiapa pun. Nah, dah kenapa????

Bagi aku, bfore kahwin,  pemilihan tu sangat penting untuk dijadikan pasangan kita. Kita kalau boleh, biarlah ada asas penting dalam diri seseorang. Like what?? Agama, keturunan, ilmu, serta adabnya. Itu semua penting. Entah macam mana nak terangkan seseorang tu dalam bentuk kasar tp bagi aku memang semua tu penting. So aku suggest kan abang dia supaya kena ada pemilihan. bukan pemilihan dari jenis rupa tapi spt yang aku catitkan kat atas tadi.

Dah tetiber, smalam aku just bergurau senda dengan dak fika n aku mintak nombor abang fika. dah dia terus sampaikan kat mak dia pula. Mak dia kata kalau nak kenal boleh, apa kata kalau bagi nombor telefon dan berkenalan dulu. laaa... aku gurau. aku tak bersedia nak melangkah ke alam rumah tangga kerana bagi aku banyak benda nak kena capai. Impian aku banyak. terlalu banyak. walupun dalam salah satunya adalah rumah tangga tapi itu pada era 2018 nanti kowt..hehehehe...

salam manis dari we all kepada u all,

the end
farie.

Lakaran April

Assalammualaikum.

Banyak mukadimah yang ingin aku luahkan. Pelbagai perkara yang aku tempuhi sepanjang April ini. Kiranya kalau ingin aku terjemahkan satu persatu aku punye cerita mahu smpai esok aku menaip. So, aku ringkaskan sedikit demi sedikit mengenai hal aku di April yang indah ini.

1. Alhamudulilah, rezeki aku tak putus-putus. Setelah aku menamatkan kontrak aku di KLB, aku diterima berkerja di APM AE di Tanjung Malim sebagai Kerani di gred 5. Mula-mula masuk, aku dah ditawarkan di gred 5 sedangkan orang yang lama berkerja disini masih lagi di gred 4. Setelah dibincang-bincang, aku bakal dinaikkan supervisor pada tahun depan sekiranya performance aku baik. Sekarang aku masih lagi follow the flow yang dorang bagi. But sometimes, really serious aku pening dengan kerja aku di sini. Banyak cabaran, banyak benda yang di ambil kira seperti persekitaran aku. Buat masa ini aku tak aim sesiapa lagi nak dijadikan musuh. Aku buat style berkawan dengan semua orang and ignore dengan orang yang annoying.. Mungkin itu saja yang membuatkan aku sukakan kerja aku.

2. Mengenai persahabatan. Mereka semakin mengikut aliran yang mereka inginkan. dan kadangkala sebagai teman aku terabai. Tapi aku mengambil sikap ignore jua pada mereka yang ignore dengan aku. Ada dua tiga orang kawan aku yang bebtul take care dengan aku, kerjaya aku, kegembiraan aku n i am really appreciate them soo much.. Dan kini aku menambahkan seorang lagi teman lelaki yang dianggap sebagai BFF aku. Yes, dia BFF aku. Pengakuan dua insan yang akan menjadi BFF smpy bebila.. Kata pun, BFF kan???? Tapi kadangkala aku seperti dipergunakan. Ye, dia seperti ingin dekat dengan aku untuk mengetahui cinta ati dia. Atau itu hanya mainan akal dan hati aku saja?? Malas nak fikir, asalkan aku ikhlas di atas hubungan persahabatan. Terserah pada dia untuk meletakkan harga pada sebuah persahabatan yang aku berikan.

3. Matlamat dan impian makin dekat. Apabila aku semakin melangkah ke hadapan untuk memajukan diri, aku semakin dekat dengan matlamat dan impian aku yang selama ini hanya tinggal angan-angan. Ingin memiliki aset tersendiri membuatkan aku memikirkan langkah yang harus aku tuju. Cepat atau lambat bukan target aku. Tapi yang menjadi target aku adalah memilikinya dalam tahun ini. Aku tak nak mempersiakan semua masa dan usia aku dengan sekadar buang masa. Aku kena ada tujuan untuk hidup. Ada tujuan untuk aku melangkah dan ada tujuan untuk aku bernafas.

4. Perubahan demi perubahan ingin aku lakukan ke atas diri aku. Masih lagi mencuba walaupun dilanda dengan seribu satu dugaan yang datang. Kadangkala menyakitkan jiwa tapi aku cekal kan hati agar aku tak terkilan. Aku mudah terjatuh dan tersungkur. Tapi aku tetap bangun walaupun mengambil masa yang sangat lama untuk aku bangun. Aku kena berubah ke arah kebaikan. Demi kebaikan aku jua nanti.

P/Ringkas : Majulah diri untuk diri sendiri dan keluarga. Peliharalah maruah untuk diri dan keluarga. Aku mampu mengubahnya...


the end
farie.

Tuesday, April 9, 2013

post lama

Tertengok note kat Facebook.
Baru perasan aku meluahkan perasaan kat situ n ramai comment.
really aku rasa masa tu sangat down tp aku sedar,
mereka pun tak minta untuk mengabaikan aku..

the end

Friday, April 5, 2013

tiada tajuk

Semalam aku mendengar luahan hati dari seorang wanita di suria cinta => dari pukul 10 mlm dan 2 pagi.

Dia meluahkan hati mengatakan dia menyintai seseorang yang sudah menjadi milik orang lain. Dengan kata lain 'suami orang'. Well aku pernah rasa apa yang orang ni katakan but sebenarnya aku tak pernah nak memusnahkan kebahagiaan wanita lain. Sungguh, bukan menyintai tapi menyukai insan tersebut. Tapi tak pernah nak lebih dengan lelaki tersebut. Sangat takut nak buat perangai koz bila hari ini kita bahagia di atas kesedihan orang lain, esok lusa orang lain akan bahagia dengan kesedihan kita. So aku tak nak jadi mcm tu. Tuhan nak balas bebiler masa saja. Oh No.. Tak mahu koz ati ni sangat tidk kuat.

the end

Monday, April 1, 2013

luahan hati rasa novel

Sekali sahaja saya ingin mendengar..
tentang rasa cinta awak pada saya,
setiap yang dikeluarkan hanya untuk saya
TANPA herdikan dan hinaan, bolehkan?

Maaf, saya berlalu bukan kerana membenci.
Tapi saya berlalu kerana saya tidak mampu bertahan
dengan setiap dugaan yang diberikan
kerana hati saya sangat rapuh.

Apa yang awak lakukan,
semua masih terlakar dikotak fikiran saya..
dari jauh awak datang untuk mengejar
adakah hanya untuk perli dan sindir menyindir?

Awak marah?
Kenapa?
Adakah kerana mereka yang hadir dalam hidup saya?
atau munkin dihati awak ada secebis sayang untuk saya?

Mereka menghargai saya, awak!
Mereka lihat kelebihan saya,
mereka dapat lihat cinta saya yang besar.
Daripada awak yang buta untuk menilai cinta saya..

Bukan saya tak cuba bertahan,
bukan saya tak cuba mengubah rasa benci awak untuk sy.
tapi saya dah sehabis daya,
siap saya dengar kata master ji sy untuk pikat awak..

Berdirinya awak hari ini untuk nyatakan cinta awak pada sy.
Saya masih lagi ragu-ragu
bukan apa,
saya taknak kecewa seperti yang saya lalui sudah sudah..

saya bertahan kerana mereka sekeliling saya.
Ramai yang sayang akan saya
walaupun saya tidak memiliki rasa cinta awak
saya tetap bertahan dengan kamu kerana mereka.

the end ~