Oke hari ini aku memang sign in dua kali blogspot ni. boring kowt. habis kelas aku terus ke makmal komputer n bukak blogspot ni. Sekarang ni aku tak aktif macam dulu lagi dah. Aku fikir aku nak aktif macam dulu lah. semua luahan kata dan rasa aku luahkan kat blog ni saje.
Lagi tiga hari aku akan menghabiskan zaman mengajar aku. Pelbagai perasaan sebenarnya yang aku rasa. Sedih, tak sabar, gembira dan ada masa yang sama aku rasa sayang nak habiskan masa aku disini. Ini pengalaman aku yang paling seronok apabila bergelar seorang cikgu. Cita - cita aku bukan nak jadi cikgu tapi itulah, apa yang aku tak nak itulah yang aku dapat.
Macam sebelumnya, apa yang aku tak nak jadi, ataupun tak nak dapat itulah yang ada dekat dengan aku. Contoh aku taknak kerja marketing, tapi tawaran yang datang pada aku ialah marketing. Nak tak nak aku tak boleh lari. Contoh yang lain pula cikgu, Aku tak nak jadi cikgu koz family aku semua kebanyakannya cikgu.
Aku nak jadi pekerja biasa. Seketeri or clerk biasa jek yang duduk dalam opis dan buat keje aku. Masuk kerja on time n balik kerja pun on time. Tapi bila aku dapat, mesti ada prob lain like gaji tak dapat, tak ada transpot dan sebagainya. so semua itu menghantui aku. Kadang2 disebabkan itu membuatkan aku jadi down.
Oke, kita check out apa yang aku dah dapat sepanjang aku dah berumur 23 tahun :
1. Aku nak lesen n kereta.
= Aku dah dapat dah walaupun kereta aku masih tersangkut - sangkut nak bayar n kena susahkan orang sekeliling aku. hehehehe
Kita check out pula apa yang aku tak dapat lagi n op koz banyak lagi,
1.kurus.
= i hate to say but i need to kurus. bila kurus baru apa yang aku idamkan aku dapat. contohnya kerja sebagai seketeri maybe. huhuhu.
2. Kerja stabil.
= Dah sememangnya aku nak kerja stabil like orang lain. kerja beribu-ribu n boleh bukak bisnes sndiri. kerja dgn org + kerja sndiri = masyukkkk $$$$... I dunt care la kalau ada orang kata aku mata duitan yang penting aku tak kikis duit mana mana lelaki. aku cari keje halal. itu saja.
3.teman hidup
= malu nak kata tapi aku perlukan teman hidup. Org yang akan ada dengan aku. susah senang aku. Yang boleh menegur setiap kesalahan aku.yang boleh jadi imam aku. yang boleh pimpin aku ke syurga Allah. Insyaallah.
4. Perubahan
=Aku nak berubah. menjadi lebih baik daripada semalam dan hari berikutnya.Bertutup, Sembahyang 5 kali sehari penuh. Puasa penuh. Benda wajib aku tak tinggalkan dan perkara sunat aku lakukan. Its not easy babe.
Try your best Fariehanna. U can do it. Trust by Yourself.
Oh one thing, my friends ada yang dah kawin n aku??????????
The end
1 comment:
jom kita sama2 kurus...jadi sekreteri..hehehe
Post a Comment