Sunday, October 26, 2014

muhasabah diri

Assalammualaikum semua,,

Baru sebentar tadi aku ada terbaca pasal blog milik ibu aku. Well kenangan beliau dengan arwah terlalu banyak kerana beliau mengenali arwah sewaktu kecil walaupun mereka tidak terlalu rapat. Sungguh orang kata, kalau bukan jodoh maka buat macam mana pun tetap bukan jodoh kita. Permulaan kisah beliau dengan arwah bukan permulaan kisah cinta seperti romeo n juliet. Sekurang-kurangnya mereka ada kisah cinta mereka sendiri. Beliau sendiri membesar, menziarah di rumah uwan tapi tak sangka dia akan menjadi salah sebuah keluarga besar kami. See, jodoh itu rahsia Allah. Bila Dia kata Kun Fa Ya Kun, siapa berani menidakkan? Siapa berani bersuara? Dia Maha Besar. Allahu.

Sepanjang mengenali beliau, beliau tidak mempunyai masalah dengan ku dari permulaan mereka berkahwin sehingga sekarang. Beliau banyak menabur jasa dalam keluargaku. Banyak tapi orang tak pernah nampak. Bila aku melihat beliau membuat semua perkara untuk arwah ayah aku, aku dapat melihat kasih sayang yang beliau tumpahkan untuk arwah ayah. Tak terhingga. Dan aku tak pernah menyangkal sehebat itu cinta beliau kepada arwah ayah. Aku bersyukur sebab arwah ayah di beri jodoh buat kali kedua adalah seorang wanita yang kasar dipermukaan tapi lembut di dalam. Seorang wanita yang berdikari walaupun rapuh di dalaman. Dia penguat dan tunggak dalam keluarga. Selepas pemergiaan arwah ayah, aku dah janji yang aku tak akan lupakan dia. Walau macam mana pun, dia tetap ibu aku dunia akhirat. Tak akan putus silaraturrahim yang dibina oleh arwah ayah untuk kami.

Bila kita rapuh dengan ujian Allah, aku harap aku di beri hidayah oleh Allah untuk menguatkan segala bentuk walaupun fizikal dan mental. Sebagai manusia kita terlalu mengikut perasaan sehingga kita lupa yang Allah sayangkan kita sebab itu di beri ujian yang hebat ini. Aku dan ibu, masing2 ada rasa terkilan tak terhingga. Mungkin banyak benda yang pernah kami lakukan dulu dan tak boleh kami tarik balik. Ibu banyak beri pesan kat kami, bila kat dunia ni kita boleh tolong arwah ayah bila dia sakit, dengan cara kita hantar pergi hospital dan berubat dimana-mana walaupun tak mengira kos yang tinggi. Tapi bila kat sana, apa yang kita tolong kalau dia sakit?  Amal jariah yang kita lakukan tu je yang boleh tolong arwah ayah. Dengan cara itu kau boleh buktikan kasih sayang kau. #aku tak akan pernah lupa. #

Bila di beri ujian kita sering tanya, apa salah aku bila dihukum begini? apa yang dah aku buat sampai aku kena lalui kesusahan begini?kenapa aku bukan mereka? Ya allah, Cepat sungguh manusia melatah. Tahukah itu semua ujian yang Allah berikan kepada kita untuk peringatan bahawa kita sudah lupa siapa pencipta kita? Tahukah semua itu berlaku di sebabkan kita terlalu alpa dengan duniawi? Tahukan semua itu berlaku kerana Allah cukup yakin yang kita cukup kuat untuk melaluinya? Tahukah?? Allah uji iman kita. Allah uji semua tentang kita. Sekurang-kurangnya kita perlu rasa bersyukur sebab Allah masih memberikan peringatan pada kita sebab Dia sayangkan kita. Kalau tak , Dia beri kita kesenangan dan biarkan kita dalam kealpaan. Allahu. Insyaallah. Aku boleh berubah kearah kebaikan.

Entry ini sebenar untuk aku muhasabah diri di pagi hari. Insyaallah aku kongsikan pada kalian mungkin kita dapat muhasabah diri bersama-sama.  Niat aku baik, harap korang mendapat faedahnya juga. 

#salahsilategur
#untukmuhasabahdiri
#samasamamanusia
#buatkesilapan

the end

No comments: