Saturday, October 25, 2014

yuyu

Assalammualaikumm..

Ya Allah, Ya Rabbi..

Baru lepas membaca entry dari Yuyu Zulaikha. Tahniah kepada beliau kerana mendapat cahaya mata lelaki.  Allahu, cara dia cerita dekat blog membuatkan aku turut merasai kehadiran cahaya mata itu. Sangat harmoni rasanya. Itu belum aku yang dapat. Aduhai, kalau aku yang dapat mungkin banjir hospital tu dek airmata aku kerana bersyukur. Lengkap sudah menjadi seorang wanita di atas muka bumi ini. Memiliki suami serta anak. 

Tak sangkakan yang kita lalui liku2 kehidupan ini sangat pantas. Dek masa yang tak pernah lupa untuk berhenti walau sesaat. Rasanya baru semalam aku kenal dia melalui blogger. Rasanya baru semalam dia gthu kat entry  yang dia nak nikah. Rasanya baru semalam dia gthu yang dia pregnant. Sekarang dia dah ada anak.  Allahu, Bila kita terleka walau sesaat, kita tak dapat balik masa yang dah berlalu.  

Aku agak tersentuh apabila beliau memberitahu selepas ini dia tak seperti dulu. Tak tahu apa makna sebenarnya bagi beliau. Tapi pada pandangan aku mungkin dia nak kata, tubuh dia tak seperti zaman remaja / gadis lagi sebab beliau buat operation untuk lahirkan putera tercintanya itu. So korang sendiri bayangkan bagaimana rupa lepas ibu bersalin kan?? But bagi aku, rupa seperti kak yuyu kita tu tak lah merisaukan sangat sebab beliau memang cantik malah aku rasa dia punye gen awet muda. huhuhu.. Aku ni memang kalah la dengan dia. isk isk isk ...  #sedeyhhh#

So banyak sebenarnya maksud tak seperti dulu.  Bila dah jadi ibu, komitmen pada keluarga sangat besar. Bukan calang2 orang untuk pegang tittle tu. haaa.   aku tak bersedia kawan nak menanggung komitmen yang tinggi tu.... kena cekal kowt....kena kuat dari segi mental dan fizikal. Kalau mana2 akak kat luar sana yang tak bersedia better tak payah la nk terburu2 nk kawin. Nak halal la, nak zuriat awal la. nak itu la nak ini la.. takut tak sempat zuriat ko dah minta cerai. Jangan main2 kakak. Dunia ni bukan berputar mengikut kehendak kita. Jangan percaya cerita2 princess yang selalunya happy ending. Percayalah.. 

Bukan aku nak kata yang kawin ni ko terseksa ataupun ko akan merana ke apa. Kawin ni bagus. kawin boleh kumpul harta. Tapi yang penting kita kenalah bersedia. Kita hidup lepas kawin ni bukan kena pikir untuk diri kita saja tapi kena pikir untuk berdua. sok sok kalau dah beranak kena pk pasal bertiga dan berempat. Stabilkan kerjaya, insyaallah.. Bukan aku nak kata kalau dah bersedia, ataupun dah berkerjaya itu menjamin rumahtangga bahagia tetapi itu adalah salah satunya selain seperfahaman dan sebagainya. 

Aku ni dah melalut sangat. By the way, aku gembira sangat bila baca entry yuyu zulaikha. Semoga dia bahagia dengan suami serta anak tercinta.  

No comments: