Assalammualaikum,
Selamat pagi, Salam Maal Hijrah untuk kengkawan semua. Sebentar tadi saya menyaksikan gambar2 milik kawan dari kecil. Kami terpisah setelah mak dan ayah berpisah kerana ikut ayah duduk kat umah mak cik di bangsar. Banyak kenangan yang kami bina sepanjang menjadi sahabat dari kecil. Banyak.. Melihat gambar di facebook membuahkan kenangan yang dah lama tersemat di minda dan hati.
Dikirakan dia sangat beruntung memiliki keluarga yang hebat juga. Boleh dikatakan hidupnya tak la susah sangat sebab mampu membeli barang yang dia suka, yang menjadi hobinya. Bukan itu yang aku nak ceritakan sekarang tetapi melihat kegembiraan orang tu. Seronok.
Setiap manusia di atas muka bumi ini ada satu sikap yang wajib iaitu perbandingan. yess. Kita lihat kawan kita bahagia,kalau ada doraemon dah lama kita minta seperti mereka yang bahagia kat luar sana. Tapi pernah tak kita fikir sebenarnya mereka lalui saat - saat yang gentir untuk merasa sekelumit kebahagiaan?? Pernah tak terfikir saat gentir yang kamu lalui SEKARANG adalah saat2 untuk menempuh kebahagiaan?? Apa saja kat atas muka bumi ini, untuk dapatkan sesuatu perlu usaha yang gigih serta hati yang cekal even sekelumit kebahagiaan...
Kita melalui beberapa frasa kehidupan ini. Mengenal, memilih, menempuh, risiko dan nikmat. Semua itu frasa ke arah kebahagiaan. Bila kita tengok sesuatu perhubungan yang baik malah erat dan kita tak rasa apa yang mereka rasa, bukan dengki yang kita lekatkan dalam hati. Sepatutnya azam. Yes azam.. Bila azam ada dalam hati pasti kita inginkan yang terbaik dalam hati. contoh situasi :
"Ali bertemu Fatimah,Mereka berdua sering bergaduh dan bertengkar. Ali dan Fatimah berjalan- jalan di area KLCC dan terserempak pasangan yang bahagia sambil berpimpin tangan. Fatimah pun bersuara, ' Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Berjumpa dan bercinta, tiada persengketaan.'
Tidakkah kamu tahu sebenarnya mereka turut melalui proses perkenalan, memilih serta menempuh seperti kamu jua. Sekarang mereka rasa nikmatnya setelah melalui semua proses kehidupan itu. Nah... jangan kamu bandingkan diri kamu dengan mereka yang sudah diatas malah jadikan ia satu azam. Insyaallah, niat kita sentiasa beriringan dengan doa akan mendapat ganjanrannya..
the end
No comments:
Post a Comment