Thursday, December 29, 2011

azam akan datang

  1. azam nak dapatkan kerja tetap dan membina tapak dengan kaki sendiri
  2. tetapkan pendirian dan cuba untuk lebih matang dalam membuat keputusan
  3. jadi rajin dan buangkan sifat pemalas
  4. hope ada pasangan semoga jodoh aku ada untuk tahun depan..sedih lah bila tengok orang lain dah tunang n ada jugak yang kawin..aku jek yang belum lg..sedih..
  5. semoga keluarga aku sihat waalfiat dan di murahkan rezeki
  6. semoga aku dan keluarga aku dalam kegembiraan
  7. semoga aku dimurahkan rezeki pada masa akan datang
  8. hope aku ada perubahan terhadap diri aku dan berusaha untuk perbetulkan segala kelemahan aku

*aku nak yang terbaik dalam idup dan harap semua orang dapat mendoakan aku..*

Tuesday, December 27, 2011

dah tak ada

salam, try bkk kazen aku punye blog tp x ada..bia btol..aku punyelah mencari n try byk kali tapi tak ada..wei, cm ne ko main tweeter ea?aku bkk tweeter tp ada pe yang nk di buat..aku tak tahu lahhh..asal blog ko padamkan.?sume ok ke ye?kalu tak ok silalah gthu aku senang aku nak backhand spe yang wt ko sedih..aku ni pendengar yang setia dan mudah empati pada orang seperti ko..x faham empati tu apa silalah bkk kamus dewan bahasa ye..malas nk translate an untuk pembaca kerana otak aku pun dah bercampur koz kazen kesayangan aku sorang ni..sayang sweet gler pada kazen jendul aku sorang tu...hheheheh

the end

Wednesday, December 21, 2011

disaat semua orang asyik dengan impian aku
aku turut dilanda impian
dan kini aku akui
byk impian yg aku ingin miliki
mencintai seseorang dan dicintai seseorang 
memang itu impian aku tp ntah keberapa punye impian
tp itulah yang aku inginkan


kini aku ingin merasai cinta dari seorang insan yang aku cintai
oh, dye bkn citarasa aku
dye terlalu berbeza dengan apa yang aku minat..
aku minat dengan sorang insan ini
insan ini terlalu kurus dibandingkan orang yang aku pernah dlu aku sayang
dlu aku dpt and minat org yg chubby2 jek tp kini kurus melengking itu pulak yang aku minat..
ah cinta itu mmg buta..hahaha...


the end

Tuesday, December 20, 2011

DIAM

aku cinta dia jadi macam mana?
aku sayang dia jadi macam mana?
aku rindu dye jadi macam mana?
syuhhhh!!
diam.
biar aku cari jawapan sendiri
biar aku fikir sendiri...
jalan yang aku pilih nanti akan akau tanggung sendri..

Saturday, December 17, 2011

sehidup semati kita

ungkapan demi ungkapan yang aku dengar dari sepasang kekasih di sebelah aku
dan salah satu  ayat seperti ini:
"saya milik awak luar dan dalam,hidup dan mati sy hanya bersama awak"
dan aku mula terpana
sungguh dalam cinta mereka smpy terpahat janji smpy ke mati
hope dye dpt tepati janji dye kepada sang kekasih
jika aku
aku tak berani
bukan apa, aku tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang
wow,
itu tak bermakna aku tak setia
aku seorang yang setia pada lelaki / kekasih / future hubby.
tp tahu jelah 
kita boleh merancang tp tuhan yang tentukan apa akan berlaku pada kita nanti
semua itu kita tak dapat nak duga
lg2 bile suatu hari nanti kita kena mohon maaf atas mungkir janji
ye lah, mungkir janji itukan munafik
so aku tak nak digelar munafik
mungkin suatu hari nanti aku akan dapat elakkan perkara seperti itu kan?
doalah kita sesame supaya kekal dalam kebahagiaan
sabar dan tabah menempuhi dugaan
kalu jatuh tak bermakna kita akan jatuh selamanya
bangun dan berdiri dengan teguh dan mula melangkah lagi
biar mereka berbicara tanpa rasa pilu
mereka tidak tahu apa yang kita rasa..


*untuktatapanumum*


the end

Tuesday, December 13, 2011

rintihan hati

assalammualaikum,
rintihan hati ini sangat musykil untuk aku kupaskan
bila ia melibatkan hati yang sensitif
aku mula menjadi pusing
tatkala hati ini tidak dpt terima tindakan drastik
otak mula celaru
akal fikiran dan hati tdk seiring
yang menjadi kalut adalah aku
saat semua mata mengetahuinya
aku mula rasa sendirian 
saat hati ini ingin rasa dicintai
rasa akal tidak sama
kerana tidak mgkin kami ini akan bersama
biar aku lepaskan seiring dgn yg dikatakan
agar aku tidak sakit
agar aku tidak kecewa
lantas ati mengajar apa eritnya tabah
disaat gurindam jiwa pun berlagu
hati mula menangis rasa kelam
mata ini sungguh berat
langkah mula rasa pendek
aku lepaskan agar tiada yang akan merasa kecewa..




the end

Saturday, December 10, 2011

jalan yang penuh liku

saat orang bertanya pada diri ini
mana jalan yang harus ku ikut
kerana dihadapan kini
jalan yang penuh onak duri 
sedang menanti untuk ku lalui
dan kini aku memikirkan lagi
lantas akal fikiran ligat memikir
penat dan keluh
shingga rasa diri ini tidak mampu menampung takdir
takdir yang bakal aku lalui nanti
kerana setiap jalan yang aku pilih nanti
semuanya ada risikonya tersendiri
cuma di penghujung jalan yang di ambil kira kini
bahagia dan tidak bahagia
atau
terang atau malap
itu yang masih ku fikirkan lagi
dikanan dan kiri orang yang ingin membantu 
untuk memilih jalan yang sebenarnya betul
dan ada juga untuk memperdajalkan aku
mereka boleh memilih dan aku yang bakal lalui
dan percaya atau tidak
aku masih lagi tidak tahu jalan mana yang aku ikut
kerana setiap kali aku memilih jalan untuk hidup
pasti di penghujung jalan
adalah jalan yang masih lagi bersimpang
dan masih lagi menuntut aku untuk membuat pilihan yang sukar
dan adakala pula,
aku memilih untuk menutup mata dan melangkah maju kedepan
dan menempuh saja cabaran yang bakal aku lalui nanti
kerana tuhan tak akan memberi cabaran yang tidak termampu dilakukan oleh hambaNya 
itu yang aku percaya dan kini aku masih lagi melangkah
untuk menentukan jalan penghujung hidup ku
tanpa aku sedari
banyak lagi jalan yang harus aku ikut dan pilih
dan kadangkala aku harus undur dan mula dari semula
dan aku mula belajar dari kesilapan yang aku lalui..
dan berdoa jalan yang aku lalui itu selamat untuk aku jalani..








                                                                          the end

hati mudah jatuh cinta

assalammualaikum kepada sume
pada malam yang dingin
lagi dihiasi dengan gerhana bulan 
sungguh indah ciptaan tuhan
yang dikurniakan pada kita
untuk penghayatan bersama
memuji kebesaran Illahi..

Tajuk yang sungguh tragis pada aku
kenapa?
disaat pengenalan aku di kursus ini
aku terjumpa seorang lelaki
yang juga mengaturkan kursus ini
iya
namanya aku kenalkan sebgai En Talha
berumur kemungkinan 28 thun
orang nya krus kering but ada daya tarikan
dia tidaklah sehandsome hafiz yang aku minat dulu
tak lah setampan amir hariz
tp dye ada daya tarikan tersendiri
dan untuk pengetahuan semua
bkn aku sorang je yang suka dye tp ramai gurlz yg minat dy
dan termasuklah akak bilik aku
oh ye, akak tu ingat aku juz main2 suke kan En Talha koz aku tak tunjukkan ekspresi yang betul2 wt aku minat kat En Talha
oh ya lah,
 takkan lah aku nk tergedik2 dan terhegeh2 mcm minah gedix lak an??
aku ada harga diri
aku ada ego aku tersendiri
tidak perlu aku menagih untuk mendapat cinta yang bukan untuk aku
aku ada cara aku tersendiri untuk meluahkan cinta
aku sedar yang dia mmg bukan untuk aku
spt selalu
meminati dia saja kemampuan yang ada pada aku
tidak kisah pasal orang lain yang turut menyukai orang yang sama
aku tidak kisah
lg2 bila aku dapat tahu yang dia bakal menjadi milik orang lain 
pada bulan tiga ini
so hak orang bkn pilihan aku
aku tak terdesak untuk memiliki seseorang yang digelar pasangan
tp satu perkara yang menjdi masalah besar aku 
iaitu RINDU
ye RINDU
setiap byangan wajah dia sentiasa bermain di mata aku
sakit betul rasa hati ini
menahan rindu
huhuhuhu
bkn salah sesape pun
salah aku kerana tidak berani bersuara..
dan kini aku menanggung akibatnya sendiri
dan memang tidak mungkin untuk aku berani bersuara
tentang hati dan perasaan amat sensitif bg aku
kerana bg aku untuk mendapat kebahagian 
bermula dengan perasaan
begitu juga dengan pekerjaan
semua melibatkan perasaan
dan tidk mungkin aku sakiti perasaan aku lg
untuk entah keberapa kali
mencintai dia adalah terbaik untuk aku
melihat kebahagiaan dia adalah satu keindahan bg aku
dan aku tidak kisah kau dia dan mereka
entah bila cinta sejati akan hadir untuk aku
mungkin esok, mungkin lusa dan mungkin masa akan datang
aku masih lagi menunggu
menunggu benda yang tidak pasti
menunggu kebahagiaan bagai tiada penghujung
dan aku bakal berserah
kerana gara gara
hati ini mudah jatuh cinta
dan lembut untuk sesiapa disakit

the end

Thursday, December 8, 2011

dalam kelas

tengah ada kat dalam kelas sambil tengok gambar2 yang diberikan oleh puan wai..unik n cantik..banyak betul tugasan yang kena buat kali ini. entah kalu balik ini dapat rehat ke tidak.aduh2, aduh. aduh...

pulang ke k.pilah

berada di surau n akanj balik kg petang ni..oh ye, nk kasi tahu orang rindu seseorang but bialah secret dan menjadii rahsia di hatiku..

Saturday, December 3, 2011

bermulanya kebahagiaan

  BAB 1 




  Pandangan dia masih lagi menuju ke arah rumah itu. Sudah lama dia menunggu untuk melihat kelibat seseorang yang dia sayangi dalam diam. Kalau tak kerana anak-anak, dia sendiri tidak kuasa untuk mencuba nasib lagi setelah pemergian insan yang disayangi enam tahun dulu. kini dia mencuba nasib lagi, dengan pula seorang wanita yang bergelar guru kepada anak-anaknya di tadika.. Segalanya nampak rumit, kerana wanita ini bukan senang untuk dimiliki. Sudah banyak kali dia mencuba nasib untuk memulakan perkenalan, tetapi semuanya tidak nampak jalan untuk dia dan wanita itu berkenalan.


     Haikal melihat jam di dashbord . Jam sudah menunjukkan pukul 9.45 malam tetapi hatinya masih lagi tidak berpuas hati. Menunggu guru itu keluar bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Tiba-tiba sebuah kereta proton wira berwarna merah berhenti di hadapan rumah guru itu. Bagaikan seorang penyiasat, dia membaringkan kerusi keretanya supaya tidak dikesan oleh sesiapa yang melintas dan lebih lagi pemuda yang baru turun dari kereta proton wira itu. Pemerhatiannya masih lagi tertumpu kepada rumah yang sama. Seorang wanita lingkungan 40 an keluar dari rumah itu, dan menyambut keriangan kehadiran pemuda itu. 'mungkin mak ciknya yang dipanggil mak teh kot.' Fikir Haikal bersendirian. Akhirnya penantiannya tidak sia-sia kerana guru itu turut keluar dan sambut kehadiran pemuda itu. Siapa pemuda itu? Apa hubungan pemuda itu dengan guru muda itu? Persoalan demi persoalan berligar di  kotak fikirannya. Lantas Haikal menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan rumah itu dengan penghuninya.


     "Angah, apa khabar?" aku menyambut salam pemuda itu sambil tersenyum. aku tahu kepulangan abang sepupunya itu. Sudah menjadi kebiasaan lelaki itu pulang ke rumah emaknya setiap hujung minggu di Seremban. Kini aku yang menumpang dirumah mak teh itu turut terbiasa dengan kehadiran angah itu. 


     Aku yang baru memulakan perkerjaan sebagai guru tadika di taman perumahan di mana tempat mak teh duduk. Atas bantuan mak teh, aku dapat menjadi seorang guru tadika sedangkan kelulusan aku berbeza sungguh dengan perkerjaan aku sekarang. Kelulusan dalam  Diploma Sains Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson bagaikan tiada erti langsung dalam hidup aku. Mana tidaknya, pelabagai cara pemohonan telah dilakukan, tetapi satu pun tidak melekat dengan aku. Pekerjaan sebagai guru bukanlah minatku. Rela atau tidak, aku tetap menerima khusus yang ditawarkan oleh mek teh sewaktu dulu untuk mendapatkan perkerjaan yang lebih menjamin


     "Sihat memanjang je. Macam mana dengan kerja along tu? Seronok jadi guru tadika?Senang tak jadi guru tadika?" angah ketawa selepas menyudahkan soalannya yang berdas-das itu. Soalan angah itu turut disambut oleh ketawa mak teh dan Kak Ju iaitu anak sulung mak teh.
   
     "Banyak betul soalan yang along kena jawab."Ujar aku yang membahasakan diri sebagai along. Aku menjeling tanda tidak puas hati dengan soalan yang diberi oleh angah.


     "Sudah, jangan nak gaduh-gaduh lagi. Along pergi masuk tidur. Esok bukan ke tadika ada buat sukaneka?" Mak teh yang sudah faham dengan perangai aku dan anak-anaknya mula meleraikan dan mengubah topik perbualan kami.


     "Ye, esok ada sukaneka. Malasnya nak pergi. Rasa malas betul nak duduk bawah tengahari terik dengan nk cover budak-budak lagi. Aduhai..." Aku mengeluh. Kak Ju mula bangun dan masuk kebilik kerana mendengar anaknya, mira yang berusia 2 tahun menangis.


     "Dah, jangan nak banyak komen. Pergi masuk tidur. Esok mulalah liat nak bangun. Kalau kau tu jenis yang senang bangun tak apalah juga. Karang heboh lah lambat nk ke tadika nanti." Mak teh dah start membebel. Aku pun apa lagi, angkat punggung sebelum telinga aku berasap dek kerana bebelan mak teh yang kemungkinan tidak akan berhenti. Aku masuk kebilik yang memang khas untuk aku di tingkat dua. Rumah yang besar ini memiliki 5 buah bilik. Dua bilik ada di tingkat bawah dan tiga bilik berada di tingkat atas. Mak teh dan bibik memilih untuk tidur dibawah manakala aku dan anak bongsu mak teh yang bernama Zahira berkongsi bilik di tingkat atas. Begitu juga Kak ju dan juga Angah. Masing-masing memilih bilik di tingkat atas.


     Aku menghempas tubuh ku di atas katil empuk itu. Katil yang bersaiz queen itu amat muat untuk dua orang tubuh. Untuk sementara waktu ini, aku yang menguasai katil ini kerana Zahira masih lagi study  di Universiti Institut Teknologi Mara dan menngambil jurusan Sarjana muda. 


     "Memang itu kereta Encik Haikal." kata aku sendirian. Bukan aku tidak pernah perasan kereta Proton Inspira berwarna merah itu selalu berada dihadapan rumah mak teh pada waktu malam. Kadangkala mencuit kerisauan aku andai mak teh sedar dengan kehadiran kereta itu setiap malam. Entah apa yang dia nak aku pun tidak pasti. Banyak kali aku menolak pelawaan untuk makan malam bersama Haikal dan anak-anaknya. Bukan apa, aku tidak mahu mendatangkan fitnah nanti andai guru tadika lain dapat tahu sedangkan aku adalah guru baru  di sekolah tadika swasta itu. Memang aku sendiri tidak faham tentang perancangan Haikal dan anak-anaknya itu. Anak-anaknya itu memang manja sangat dengan aku.Haikal yang memiliki anak kembar perempuan itu, selalu datang dan mengadu kepada aku andai ada yang tidak kena. Masalah dirumah seperti papanya mungkir janji untuk bawa mereka keluar pada hujung minggu pun diceritakan kepadaku juga. Sebagai guru aku sentiasa mendengar apa yang mereka katakan untuk memuaskan hati mereka. Teringat gelagat mereka petang tadi. Aku tersenyum mengenangkan mereka.


"Cikgu tahu tak, ayah sayakan tak bawa saya dengan kakak keluar pun semalam. Dia dah janji dengan kami nak keluar tapi dia mungkir janji." Adu Dayana sambil membuat mimik muka yang sedih. Rasa nak tergelak pun ada.


"Kenapa tak jadi pula?"tanya aku cuba memancing hati Dayana dan Diana.


"Dia kata ada meeting dengan client la. Sedih kami tau. Dah lama kami tunggu papa nak bawa kami jalan-jalan. Alih-alih tak jadi pula."Adu Diana pula. Mulut itu terjuih-juih apabila menceritakan kepada aku. Mereka ini memang petah berkata-kata. Aku tersenyum mendengarnya.


"Betul betul betul." Dayana anggukkan kepala meniru gaya Upin dan Ipin. Budak-budak sekarang. Itulah, selalu tiru apa yang dilihatnya.


"Sabarlah, tak baik tau marah papa macam tu. Dia kan cari duit nak bagi adik dan kakak hidup senang. Kesian kat papa kerja kuat. Adik dengan kakak kena sayang papa dan janganlah marah papa. Adik dengan kakak kan anak yang baik. Anak yang baik disayangi Allah, kan?" aku cuba memujuk sambil memeluk bahu kakak. Mereka anggukkan kepala dan diam. Mungkin  masih lagi fikir apa yang aku katakan pada mereka. Harap mereka faham.

Friday, December 2, 2011

lihat kamu bahagia

selamat malam wahai teman2 yang sdi membaca coretan hatiku di malam yang sunyi ini,
coretan ini bkn la dr apa yang berlaku dalam hidup ku
cukup dengan apa yang aku dah baca dalam novel2 ytang aku beli
ini lah dia setelah membaca beberapa novel :




melihat kamu bahagia sudah membuat aku bahagia
bkn sekadar disisi aku tp sekelilingmu membuatkan kamu bahagia
sungguh aku gembira if kamu gembira
aku bkn insan yang ada disaat kamu gembira
tp aku turut akn ada disamping kamu if kecewa dan sedih
aku tahu aku bkn lah yang terbaik tp aku leh wt yang terbaik semata2 kerana kamu
mencintai kamu mmg paling menyeronokkan dalam hidup aku...
mengisihi kamu adalah benda yang paling bahagia dalam hidup aku
merindui kamu adalah satu perkara yang paling sakit dalam hidup aku


sedar ke semua itu wahai kasih ku?
tidakkan?
kenapa, adakah kerana aku bkn untuk kamu atau kamu rasa aku mmg tidak pantas untuk kamu?
lantas siapa yang lebih elok untuk kamu?
adakah insan lain yang lebih sesuai dengan kamu?
kalu benar, katakanlah pada ku
agar aku segera mengundurkan diri demi melihat kamu bhagia..
percayalah aku 
aku akan lakukan andai itu yang terbaik untuk kita berdua...


the end

aku mmg sedar kamu

assalammualaikum
*bkn cerita sebenar, sekadar luahan rasa dan hati..*
jangan kamu memarahi aku, kamu mmg untukku, tiada insan lain lg untukku, bak kata orang kamu adalah 'adam' aku..
jangan kau khuatirkan diriku, aku mmg sentiasa bersamamu kemana sja kamu mahu, kerana aku mmg untukmu smpy ble2..
semuanya tanpa aku sedari, semuanya berlalu begitu pantas sehingga kehadiran kamu disisiku lambat aku sedari..
mmg selama ini aku masih lg di igauan yang lepas, mencari seseorang seperti dye yg slalu bersama aku dalam susah dan senang dan aku tahu mmg sukar mencari sperti dye.
kini aku dalam kesedihan selepas pemergian dye kerana itu kamu aku jadikan spt dye..
maafkan aku, tidak patut aku hadirkan perasaan itu sedangkan aku tahu dye dah lama pergi meninggalkan aku bersendirian menjalani hidup di dunia ini..
maafkan aku andai kamu tidak selesa, maafkan aku andai kau terasa, 
kini aku sedar yang aku perlukan adalah kamu bkn dye kerana kamu yang 'ganaz' dan 'jahat' itu selalu menghiburkan ku..
aku tidak peduli dengan apa orang kata mengenai kamu
kerana bagi aku kamu adalah yang terbaik untuk ku..
terima kasih kerana terima diri yang serba kekurangan..


the end

kursus di PD

assalammualaikum u all's!!
hikhikhik
uhuk uhuk uhuk
berhabuk aku punye blogger
smpy terbatuk2 aku di wtnye
dah lama aku tak meng online fb dan blog ni
busy dan x ada kesempatan nk ke cc..
broadbnd kt umah mak dah di ambil oleh apit
adik aku yang sorang tu..
ish geram aku diwatnya
nk g thu yang aku bakal g kursus kt pd next week
lapor diri ari ahad ni..
erkk...
tercekik ble terdengar tawaran yang mak cik aku bgi ni
nk dpt kan sijil mengajr tu aku kena amek exam.
yes my dear
exam!!
aku fening ke kefala laaaa
otak aku ni masih lg berfungsi atau tdak
i mean lah
dah berkarat ke tdk
mahunya tdak dah lama tak masuk kelas dan jwb exam
ecececee
geli ktiak korang dgr an??
bkn pe?
otak aku myb x secerdas dlu lg..
jd nk tak nk aku kena lahh berusaha lebih sdikit
n for ur information
yg g kemungkinan dah ada experience dalam berkerja dan aku ni??
masih lg experience mjdi penganggur terhormat..
uhuk uhuk
cover jp..
ada keje gak tp kt kfc tu jek..
hihihihi
leh di kira experience ker??
aduhai....
sabo jelah..
byk prob aku sbnrnya...hihi


the end