perihal excident bukan sebarang excident. Kiranya semalam menjadi sejarah dalam hidup aku dimana ada kereta dengan beraninya melanggar aku tanpa rasa segan dan silu. Apa kejadahnya beliau buat begitu? Adakah beliau tidak sedar bahawasanya ada seorang gadis yang sangat comel sedang membawa motor dengan muka skema sambil penuh berhati-hati.(skema ker??) Sakit bukan kepalang abang akak oi. Berbisa kan main lagi. Nak bangun tu, bukan main lagi suara aku dok menahan sakit punye pasal. (Aduh duh duh duh duh!!!) Sekarang menaip ni pun hanya tuhan saja yang tahu sakit... Bapak tiri aku kata luka jauh dari mulut. Memang lah jauh. Tak ada aku kata luka aku dekat dengan mulut. Cuma sakit tu tak kira, dekat ke jauh ke dari mulut tetap sakit. Macam dia tak faham pulak sakit jatuh motor macam mana. Atau dia tak pernah rasa sakit jatuh motor? Bukan anak jantanlah kiranya dia. Hebat aku lagi berbanding dia. hehehehe. Nak dikatakan, jatuh motor adalah pengalaman kedua selepas aku jatuh basikal. Masa jatuh basikal pun aku punyelah trauma tak boleh bawak basikal. Sampai sekarang tahu tak kengkawan?? Ya, asmpai sekarang!!! Dah jangan nak gelakkan aku ok? Motor ini aku tak tahu lah sama ada aku boleh bawak lagi ke tidak cuma apa yang berlaku pada aku semalam memberi impak yang sangat besar pada aku. Setiap kali aku pejam mata, mesti kejadian stunt aku yang hebat tu terbayang kat bijik mata aku. Dan dengan tidak sengajanya aku menjerit sendiri. Aku memang rasa tidak percaya yang aku kemalangan semalam. Tetapi aku bersyukur sesangat kemalangan aku tidaklah seteruk orang lain. Yelah, patah mana - mata tempat kan, tapi aku tak ada cume luka - luka kecil serta bengkak di pinggang dan juga leher. Cuma aku anggap semua itu sebagai positif. Bak kata orang muhasabah diri lah.
Alhamdulilah, nasib baik ada mama aku yang banyak menolong serta memahami aku. Aku rasa excident ini balasan di atas kebiadaban aku terhadap mama aku. Tidak mendengar katanya lah dan membiarkan dia melayan perasaan marahnya tanpa aku meminta maaf. HERMMM... Memang salah aku pun cume aku malu nak mintak maaf. Tapi aku tahu dia tak lah marah sangat pada aku. Masa dia tahu aku excident dia menjerit dalah handphone. Bila sampai ke rumah terus dia peluk aku. Cium aku. Mungkin dia menyesal kot marah aku. Tapi aku tak marah andai dia memang marah sangat atas apa yang aku lakukan. Aku akui memang salah aku dan itulah hukumna yang harus aku terima. So Sorry Mama!!!! Along janji along tak wat lagi dah. Kata -kata mu akan aku dengar. LOVE U MORE MAMA!!!
Mengenai bapak tiri aku pulak, aku tahulah aku bukan anak kandung dia tapi agak- agaklah jugak. Dah tahu aku excident, tak boleh ke dia berusaha untuk balik cepat. Semalam dia balik, perkara pertama dia tengok adalah motor dia dan bukan aku. Nampak tak tu?? Sayang motor berbanding aku..Rasa macam nak
Sekarang lewat jam pukul 12.40 am. Jari masih lagi aktif dengan keyboard, telinga masih lagi asyik mendengar radio GEGAR FM yang mengeluarkan lagu jiwang - jiwang. Bila lagu pun jiwang, semuanya akan memainkan peranan iaituA HATI!!!~ Mula lah aku nak bermadah tp sakit aku lagi kuat berbanding dengan mengarang puisi untuk dipuitiskan. Mungkin lain kali aku akan mengarangkan puisi untuk dipuitiskan secara beramai-ramai. Cuma disaat ini aku teringin seseorang yang memberi perhatian sepenuhnya kepada aku. Bukan family taw. Tetapi si
~the end~





