Thursday, September 27, 2012

Wanita, Kepuasan & Kesempurnaan~

Assalammualaikum pertama kali diucapkan kepada seluruh umat islam yang sudi berkongsi cerita dan pendapat serta menerima kahadiran blog ini tanpa ragu2 dan was2.

Permulaan yang cukup baik tentang kehidupan yang memuaskan.. Sedar atau tidak, setiap wanita didunia ini memang inginkan KESEMPURNAAN & KEPUASAN dalam diari hidup mereka. Lihat sekeliling, mana ada wanita yang inginkan hidup mereka sekadar cukup2 makan dan dalam serba kekurangan. Tiada istilah 'malaikat' dalam hidup seseorang. Aku bercakap dasar fakta dan kehidupan sebenar, bukan khayalan ataupun titipan dari sesiapa pun.

Wanita lebih gemar katakan OK sekadar untuk memuaskan hati seseorang. Tetapi jarang perempuan sebut Perfect pada insan lain. Kenapa? Setiap wanita dilahirkan dengan rasa ketidakpuasan yang menebal. Dengan hadirnya KETIDAKSEMPURNAAN itu maka lahirlah sifat2 negatif seperti iri hati, hasat dengki dan sebagainya. Itu mmg lumrah. Pergilah mana pun, jumpelah siapa pun, asal ia bergelar wanita, istilah KETIDAKSEMPURNAAN itu mesti ada. Kadang2 wanita banyak mengalah untuk memuaskan hati pasangan mereka tanpa memikir kehendak diri. Itu lah peliknya wanita. Pasangan pula, kebanyakan bila wanita kata 'ok' itu bermakna wanita itu suka dan setuju 100%. Wanita memang pelik. Aku sebagai wanita mengaku diri aku pelik. 

WHAT WOMEN WANT, banyak mengajar aku tentang realiti kehidupan. Kadang2 tanpa sedar, apa yang kita lalui itu sebenarnya kelakar bagi orang lain sekiranya kita ceritakan pada mereka. Rasa malu, Ego yang menebal itu semua sangat2 kelakar mengenai kehidupan. Kita yang melalui ini punyelah merasai seribu satu debaran, seribu satu amukan, seribu satu misteri dan sebagainya. Sifat itu semua tidak boleh lari dari hidup kita. Tanpa kita sedar, kadangkala kita bersikap HIPOKRIT. Yes, mak cik kakak..HIPOKRIT~


THE END

Thursday, September 20, 2012

Kisah Entah Apa-apa~

Assalammualaikum sebagai mukadimah aku yang utama. Bermula kisah meluahkan rasa yang terbuku di jiwa. 

Pelbagai kisah aku baca dan aku lihat mengenai alam perkahwinan. Sume bukan indah yang disangkakan. Tak sume perkara itu indah belaka. Itu yang aku tanamkan dalam jiwa aku. Ramai orang jawab bila soalan Kenapa Kawin Awal dipersoalkan kepada remaja2 sekarang. Ini jawapan yang slalu kita dengar.

"Nak elakkan maksiat."

Dan sangat benci dengan soalan itu. Mereka ingat perkahwinan itu berlandaskan nafsu semata2. Iye, kengkadang memang itu lah yang manusia selalu fikirkan. Meng 'halal' kan apa yang 'haram' dengan ikatan perkahwinan. Aku tak elak benda tu semua. Tapi mereka harus ingat, mereka terikat dengan pasangan masing2. Dimana mereka akan tempuhi ujian dan dugaan dari Allah S.W.T untuk umatnya dan apa yang pasti semua insan pasti merasai badai kehidupan selepas berumah tangga. 

Bila diceritakan mengenai saudara2 yang mula dah gatai mulut dan bertanyakan soalan cepumas seperti ini.

"Bila nak kawin along?"

Dan sangat lah benci soalan itu. Kengkadang aku sangat takot andai aku jadi andartu. Alahai la nasib. Tak mahu la, nanti menjadi buah mulut orang. Lidah tak bertulang kengkawan. Ketajaman kata2 itu umpama setajamnya sebilah pisau. 

Sejenak berfikir bersama kit kat

the end

Friday, September 14, 2012

Beza Khayalan & Reliti Hidup

Assalammualaikum kengkawan yang dirahmati Allah,
*tajuk entri yang selalu ada di benak fikiran, selalu melanda jiwa.

#Bestnya andai HIDUP sesenang khayalan. Tapi itu sume MUSTAHIL.

Kenapa dan mengapa permulaan aku seperti itu? Mesti menganggu fikiran korang sume dengan persoalan2 yang agak sukar untuk dirungkaikan. Oke, aku tolong korang bukak mind korang dan menjawap seribu satu persoalan di benak fikiran korang sekarang.

Buku ini membuatkan aku terawang2 memikirkan masa depan dimana memilih masa depan dengan kesempitan kehidupan.  

#Nak tahu, sila beli dan baca sendiri kisahnya.

Sebenarnya banyak lagi novel yang aku dah aku bacakan. Dan kadangkala semua itu tinggal kesan dalam hidup aku. Dalam benak aku yang terutama sekali. Nak tahu kenapa? Aku tak melalui semua benda dalam hidup ini. Tuhan tetapkan aku lalui jalan yang telah takdirkan untuk aku. Dengan membaca novel, aku rasa aku sendiri dapat lalui kehidupan orang lain. Walupun semua itu hanyalah khayalan dari penulisnya sendiri dan pengakhiran adalah pemilihan penulis sama ada happy ending or sad ending. Tapi semua itu berdasarkan kisah benar yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Cuma diolah dan digubah mengikut peminat pembaca. Seperti kisah2 dalam drama dan filem. Semua itu kalau nak diikotkan, semua itu ada benarnya. Bukan kita yang lalui tapi ada sorang insan terpilih dan bertuah untuk melaluinya. 

Bukan niat dihati nak berbelit2 cerita. Sebenarnya aku memikirkan kisah hidup aku. Kadang2 aku rasakan kehidupan yang aku lalui ini dibiarkan bgitu saja. Maksud aku tak ada yang bermakna. Hidup aku hanya tiada cabaran kehidupan. Aku mencari juga, tapi cabaran kehidupan aku kebanyakan berlandaskan nak mencari pekerjaan. Aku akui mmg agak sukar nak mencari pekerjaan dalam dunia sekarang. Seperti cerita gadis2 cuci movie, dimana dorang nak teruskan hidup dorang dalam dunia metropolitan dengan berkerja sebagai gadis cuci kereta. Tapi kadangkala sampai bila nak mencuci kereta? Sampai dah tinggal gigi satu?? Tentulah tidakkan? Setiap orang nak hidup dorang umpama puteri. Tapi tak sume yang dapat. Kalu nak diikotkan impian masing2 sume nak jadi bos tp mereka lupa sape nak jadi kuli kan??? Allah bagi setiap orang kelebihan masing2.. Dimana kehidupan mereka susah dengan kewangan tapi mereka bahagia bersama keluarga mereka. Dimana dikelilingi dengan kasih sayang. Tapi manusia pula mana pernah puas dengan diri mereka masing2.. Mcam aku jugak. Aku cume nak yang terbaik dalam hidp aku.

Aku mula memikirkan masa depan aku. Macam mana agaknya ye?? Senang ke aku?? Susah ke aku?? Aku pening, keliru dengan diri aku sendiri.  Aku msih lagi mencari jalan dan hala tuju aku. Tak tahu lagi apa aku akan jadi. Kadangkala aku menyerah kepada takdir tapi aku tahu, andai aku tak berusaha bila lagi kan? Entah, nak buat tapi aku tak ada sokongan untuk lakukan apa2. Hanya nasihat dan kata2 saja tapi tak ada sokongan fizikal. Kalu nak difikirkan balik, hidup dalam keadaan mencabar pun kadangkala best juga. Ada kenangan, ada cabaran, ada style dan sebgainya. Susahkan nak puaskan kehidupan kita? Aku cuma nak jalan jek. Jalan dimana harus aku lalui. Ke kiri ke, ke kanan ke atau pun terus jek.

Aku manusia biasa, nak juga diperlakukan seperti gadis2 lain. Merasai apa itu cinta. Tapi orang kata itu sume belum untuk aku lagi. Mungkin Allah sayang kan aku dan tak bagi aku merasai sakitnya di permainkan. MUNGKIN KAN?? Sape tahu kuasa Allah? Kalu Allah kata KUN FA YA KUN!! Jadi maka jadilah. Tak ada siapa dapat menghalang. Tak ada siapa dapat menepis. Itu kuasa Allah. Dan tiada siapa boleh menidakkan. Aku percaya suatu hari nanti ada insan untuk aku. Insyaallah.. Semoga Allah sentiasa bersama aku. Hidup mati aku kerana Dia. 

the end

Thursday, September 13, 2012

Kena Marah & Change Dekstop Picture

Salam pagi yang terindah~

Hari ini mencatat sejarah dimana kesabaran mak aku dipenghujungnya. Kenapa dan mengapa, itu menjadi persoalan kepada mereka yang membaca. Oke, aku kasi tahu dengan kau orang.

Aku seorang yang pemalas dan aku akui itu. Sejauh mana aku pergi, aku pasti akan kembali ke pangkuan mak aku. Tahu kenapa? Kerana aku seorang gadis yang pemalas. Argghhhhh~ Entah kenapa, aku ini selalu diserang penyakit PEMALAS. Memang orang akan bencilah dengan aku kalau setiap hari penyakit ini melanda aku. Siapa boleh tahan. Bak kata mak aku, nak tak nak  aku ni anaknya. Nak benci pun tak bleh. Nak meluat pun tak boleh.. Tapi orang lain tak fikir kita ni sape. Tak sedap mata memandang, terus kick out jek dari life dorang. LOL..

Change dekstop picture pada pagi2 ari.. Memang cool oke. Orang tetap sama. Cume gambar ni lebih cute dipandangan mata aku. Banyak2 gambar ini lah paling smart aku tengok. ecececehhhh...malu akak mengaku tanpa selindung ni..~

Itu jek, mata dah mengantuk , ingat nak wat madah2 bagai tp tak leh tahan kowt mata ni. Nak tido sambil bukk lagu kat lappy kesayanganku yang sudah usang ni. Gerak dulu la kawan.. can cin cau~

the end

Adik Mahu Kawin

Assalammualaikum.

Sperti tajuk entri pda malam ini, Tiada lagi mukadimah, tiada lagi Salam pengenalan dan sebgainya. Ye, Adik lelaki saya mahu kawin dengan gadis pilihan saya. Bayangkan umur saya 21 tahun dan dia berumur 20 tahun. Bukan terlalu muda ker untuk mendapat gelaran 'suami'?
Tetapi mak ikotkan je kerana adik saya sudah mengalami sindrom seperti gatal2 dibahagian TUT tut tut.. Sangat menjengkelkan apabila dia membuat keputusan secara mendadak untuk menikahi gadis pilihan.. Bukan apa, bagi saya perjalanan kita msih lagi jauh untuk mengenal apa itu kehidupan. Kadang2 sebelum berkahwin pun kita dah banyak mengalami masalah kewangan dan kita sendiri meminta bantuan daripada keluarga. Bayangkan, Sewaktu kita bujang pun masih lagi menggagau mencari sesuap nasi, Apa lagi apabila sudah ada tanggungjawab yang abadi di mana kita wajib memberi sesuap nasi untuk orang lain??? Kita sendiri pun tak lepas apa tah lagi nak bagi nasi kat mulut orang lain. Buat naya kat anak orang jek..

Mungkin dia fikir hidup selepas berkahwin ni senang sehingga dia lupa mengenai realiti kehidupan sebenar. Kami dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba pincang. Mak ayah bercerai. Dicaci famili sebelah ayah tetapi saya sabar menghadapi kerana saya fikir semua ini akan berhenti dengan sendiri seiring dengan masa. Tidakkah adik saya berfikir dan jadikan diri dia sebagai satu tauladan seandainya dia membuat keputusan drastik yang melibatkan maruah keluarga. Saya tak kata, keputusan dia itu tidak baik. Memang baik daripada dia buat semua kerja2 haram bersama gadis tu. Tapi kena fikir sama tentang apa yang akan jadi pada masa akan datang. Itu semua melibatkan kesukaran kehidupan. Tentang ekonomi, tentang perbelanjaan dan sebagainya.

Saya lebih setuju mengatakan perkahwinan ibarat satu percaturan. Di mana kita memperjudikan seluruh hidup bersama pasangan kita. Memang setiap insan akan merasa semua itu tapi tidak adil rasanya diperhujung hidup kita memikirkan kebahagiaan kita sendrii tanpa memikirkan orang sekeliling yang sayang dan sentiasa support kita.. Mungkin setiap orang hanya memikirkan jalan penyelesaian terbaik tapi tak fikir apa akan jadi selepas kata sepakat diambil?? Bukan senang nak menjalani hidup kita yang serba sukar ini. Dengan benda yang banyak nak di fikirkan. 

Semua orang ingin yang terbaik dalam hidup mereka. Begitu juga orang sekeliling saya. Tetapi saya takut andai kebahagiaan pada permulaan. kita tak boleh fikirkan pada permulaan. Tetapi kita kena fikir pertengahan, klimaks dan pengakhiran. Jalan cerita kehidupan bukan seperti membuat novel, dengan segalanya dirancang dan PASTI terjadi., Itu semua sangat mustahil. Kengkadang, kita merancang tetapi tuhan yang tentukan, Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Fikirkan orang lain juga. Kesengsaraan bukan nak dirasakan untuk selamanya.. kebahagiaan bukan singkat untuk dirasakan..  Perjudian hidup kadang2 melelahkan hati. Meresahkan jiwa. Kadang2 kita hampir jatuh untuk mengenangkannya.  Jatuh dan tersungkur hingga rasa tiada tangan untuk membantu. Itulah balasan diatas keputusan yang diambil dan dipanggil RISIKO.

Thursday, September 6, 2012

Aku Semakin Gila

Assalammualaikum~

Kata orang jangan tido lepas asar, nanti cepat dapat penyakit gila . Tapi aku dah dapat dah walupun tidaklah terlalu mengamalkan tidur petang. Aku tengah gila dalam erti kata lain aku sedang ANGAU~

Seperti entri semalam, aku menceritakan bagaimana aku boleh terfikir nak minta gambar pada teman baik aku. Hari ini aku cari sendiri gambar2 lain untuk tatapan mata aku. Aku dapatlah download dua keping gambar. Sangat kacak oke?

Masa tengah godek2 dia punye FB tadi, terserempak dengan aku satu comment dari someone yang aku memang tak kenal dan tidak berkenan di mata. Ceh panggil abang2 pulak tu. Mana tak mendidih hati ini. Tapi aku stay cool lah..  Ber 'adik' 'abang' bagai. Okelah, dia umur pun lanjut, jadi tak hairan la orang panggil di abang. (Bersikap Positif)

Aku terjumpa satu gambar dia dengan kanak2 cina tau. Cam aku ragu2 jek. Yelah, mek ada cerita yang abang anip ada menjalinkan hubungan dengan sorang wanita cina dengan tempat dia kerja jadi aku mula berfikir seribu satu kemungkinan. Adakah itu anak kepada wanita itu? Never mind la kawan~

Kadang2 sakitkan hati kita bila dapat tahu hal yang sebenar mengenai seseorang. Tetapi sedar atau tidak kita kena menghadapi kenyataan yang sebenar. Siapa nak terima berita atau cerita berkenaan dengan orang yang kita sayang bersama dengan seseorang. Dekat sini aku nyatakan aku sudah bersedia dengan cabaran yang tuhan bagi. Bukan apa, aku dah biasa dengan cinta yang dipendam dan terpendam. Aku jadi itu perkara biasa dalam hidup untuk menghadapi.

Rindu pada kenangan. Rindu pada detik dan saat waktu belajar dahulu. Dimana tak fikir banyak benda tapi cuma fikir assignment saja. Stress pun sebab belajar atau pun sebab lecturer. Itu perkara biasalah. Rasa tak bersedialah nak menghadapi alam pekerjaan lagi.Hati ini memang tak boleh pergi dengan alam pekerjaan... Harap peluang untuk belajar msih ada untuk aku. hopefully~

the end

Wednesday, September 5, 2012

Aku Tidak Malu

Assalammualaikum~

Salam penghormatan pada pagi yang hening ini. Permulaan hari yang baru tetapi aku masih lagi terasa seperti semalam. Seperti tajuk di entry aku hari ini. "Aku Tidak Malu". 

Bukan tak malu sehingga nak tanggal baju di khalayak ramai. Itu dah kira tiada akal dan kurang waras gamaknya. Aku tidak malu adalah simbol dimana aku dengan tidak malunya meminta gambar abang beliau dari teman baik aku sendiri. Sangat gila dan aku sendiri mengaku aku ni dah kira mengigau tahap gaban.

Nak dimulakan kisah, pada suatu hari terbetik dihati aku nak minta gambar 'abang anip' dari teman karib aku iaitu Nur Amira Ramlee atau lebih dikenali sebagai MEK. Yes, aku sangat malu rasanya sewaktu minta sendiri dengannya tapi entah kenapa aku naik gila malam tu sampai semua malu aku itu hilang. Tapi Alhamdulilah la kawan aku tu bagi jek gambar abang dia sebab dia memang sedia maklum yang aku memang gilakan abang dia semenjak sekolah lagi. 'Sporting' kan teman baik aku tu? Ini gambar penuh beliau.

Kini gambar dia menjadi teman dekstop aku supaya ia sentiasa di mata aku walaupun jasad kami jauh. Kalian tahu apa yang dipanggil se emangnya orang seperti aku?? Angau women. Aku tak kisah. Nak kata apa pun dan aku terima. Sampai suatu hari nanti hati ini milik insan lain barulah aku berenti mengintai dia. 

Aku tak arap pun untuk dia membalas cinta kepada ku tp cukup untuk lihat dia bahagial. Cukupu untuk itu. Andai dia kata tak ada perempuan tak nak dengan dia disebabkan penyakit dia itu, aku lah insan yang akan menghadirkan diri, keluar dari kelompok dan berithu dia, aku lah insan ingin bersama dia walupun susah payah untuk menghadapi. Walupun sementara saja hubungan kami nanti. Aku tak kisah. Asalkan aku akan buat dia bahagia dengan kehadiran aku. Itu janji aku.

the end