Benda dah berlaku seminggu yang lalu. Dimana aku membuat mogok suara dengan Meor. Geram aku. Mulut umpama gadis2/ janda2 yang sibuk mengumpat aka bergosip sana sini. Semuanya bermula dengan gurauan. Aku tengah bersemangat cerita so aku stori dari mula.
Dila : Sy nk topup la awak. Awak rasa John ada tak?
Aq : Ada la.. Memang ada kat belakang tu. (sambil tu aku buat kerja tak pandang belakang langsung sambil bercakp. Yes aku lupa dak2 operation ada kat belakang aku sambil lepak2 menghilangkan penat.)
KK : Mana ada, member tu dah keluar dah. Kan nak rehat dah ni. Dia keluar awal.
Aq : Mana ada, ada kat belakang. Percayalah cakap aku. (sambil tersengih koz bagi itu juz gurauan saja )
Meor : Mana kau tahu?
Aq : Aku selalu perhatikan dia. (aku ketawa sambil terkeluar ayat tu)
Meor : Perhatikan dia ye? (aku dengar nada dia masa tu seperti sinis, tak pun mengejek)
Aku kemain risau kalau si Meor ni buat cerita sampai ke telinga John koz niat aku gurau jek. Lagi pun aku berani cakap John ada kat belakang koz ada suatu hari tu Dilla tanya John macam ini tau .
"Kau dapat beli phone2 mahal siap tab bagai ni dari duit kau jual topup ke?"
John jawab :
"bukan lah, dari hasil aku bawa bekal setiap hari." John jawab selamba jek..
So, aku fikir mmg dia ada kat belakang la. tak terfikir pun yang dia makan kat luar atau erti kata lain dia membongak aku dengan dila. Ceh, mati2 aku ingat memang di bawa bekal.
Selepas aku dengar meor macam nak mengejek aku so aku warning dia awal2..jangan nak buat cerita sampai ke telinga John pula. Malu aku nanti. Bukan apa, aku dengan John baik2 gitu jek. Nanti dia fikir lain pulak kat aku.
tup2 nak dijadikan cerita tertiber esok pulak dak2 ni lepak kat bilik transport tempat aku wat keje..aku tengah melepak koz dila guna komputer nak buat keje. so aku masa tu memang tak ada keje la. Masa diorang borak2 tetiber aku dengar dorang petik nama John. Mula2 aku tak kisah la. aku dengar cerita yang John dah ada makwe skrg sbb tu makan kat luar bila lunch. tak lepak dalam dah. So aku diam jek la dengar gosip2 liar cm ni.
Lepas tu dorang membahan Meor, aku ketawa la sbb kelakar sangat dorang membahan. mereka memg kuat membahan orang. Tiba-tiba meor tukar topik pasal John. Aku terdiam. Tak habis2 cakap John dah dapat makwe baru. So apa masalahnya?? tak ada kena mengena dgn aku kot.. aku diam lagi. Bukan sekali tau tapi banyak kali. Bila aku ketawa si meor mula start petik nama John .. aku rasa lain macam la si Meor ni. Mesti ada stori kuar ni pasal aku dengan John. Si KK pulak sahut cerita pasal John. Lepas tu dorang diam n tengok aku.. Nak tengok aku nangis ke , marah ke apa ke. Woi, muka aku tak ada reaksi langsung. Tak kena jiwa kot si John tu.
Hati tengah hot gila dah ni. Aku diam dulu. Bila dorang kuar tinggal meor jek lagi. Aku rasa mcam nak hempuk kepala dia. aku terus serang dia. Macam2 aku maki n terus aku cakap ayat ni.
"Sampai aku dengar cerita pasal aku dengan John mati kau aku kerjakan. Jangan panggil nama aku kalau aku tak belasah kau."
Sampai cm tu skali aku kuar ayat kat dia. Tp ikot akal logik, aku tak leh nak wt pe2 pun sbnrnya. gertak jek lebih. nak bagi member kecot dengan aku. Si meor kuar pulak ayat touching dia dengan aku.
"yelah, aku yang salah. Semua silap aku padahal aku tak bagi tahu ape2 pun.." Meor kuar dengan muka touching. Aku peduli hape. geram punya pasal. Patut la si John terserempak dengan aku pagi tadi terus dia patah balik pergi belakang. Mungkin ada cerita dah dia dengar. Aku bengang betol rasanya.
Esok aku mogok suara. satu hari tak bercakap dengan dia. Dia yang faham aku mogok suara terus tak masuk bilik transport. terus lepak bilik inventori..entah dia buat ayat sedih apa entah terus Mira panggil nama aku. Saja nak takot2kan dia agaknya. Bila aku tanya nape panggil aku, mira jawab tak ada apa2 sambil tersengih. SEDIH!!!
Bila dah rumit, dorang lepak lagi kat bilik aku tu..memang port tu tempat port lepak dak operation pun.. Mula nak bahan aku tapi aku dengar dorang bahan tak habis pasal john. Bila aku pandang, dorang tengah tengok Meor buat isyarat something kat belakang aku. Mungkin kata jangan keluarkan nama John depan aku. Nanti aku mengamuk. terus dorang tukar topik n aku tak jadi bahan dorang membahan lagi. Until now. Aku dah baik2 dgn meor tp tak mcm dulu. Biar la, aku pun tak terfikir nak rapat dengan siapa2 buat masa sekarang ni.
the end.