Tuesday, October 28, 2014

angan angan

Assalammualaikum.

Sesaje nak story kat u all apa angan2 aku.

Angan2 aku nak bercuti dan berehat sendirian. But aku tahu aku tak lah berani sangat nak gerak sorang2. tapi kalau setakat PD tu no hal la.. hehehhee

Seterusnya, aku nak bukak perniagaan. Kalau orang yang selalu tengok blog aku confirm korang dah sangat arif yang aku ni gileeee sangat nak bukak kedai sendiri. Berkerja sendiri sebab nak ada masa lebih dengan family. Ada apa apa kecemasan dalam family aku, aku nak sentiasa ada. Aku taknak jadi seperti dulu. Takada duit nak membantu, tak ada masa untuk bersama. Akhirnya aku menyesal sendiri. Sekarang aku ada emak dan yang lain2. Aku tak nak ada penyesalan buat kali kedua dalam hidup aku. I hope i hope..

selebihnya, hanyalah biasa2 aku sebut. kurus. aku kalau sebut kurus ni macam nak gelak pun ada. Mana tak nya, tengah menaip pasal kurus tapi kat sebelah aku bekas minuman dari subway. hahahaha.. see..malas nak story. kalau ada keajaiban maka adalahhh.. huhuhu


the end

Monday, October 27, 2014

Keajaiban Allah.

Assalammualaikum.

Baru sekejap tadi aku lihat satu pic ni. Aku renung betul2.. Aku lihat dan kaji dengan sedalamnya,.. Wow, so Amazing... Korang nak tahu apa pic yang aku tengok?? wait n see..








Oke, mungkin korang akan kata, "aik, tak sabar ke si dah fari ni?" huhuhu... Mungkin soalan lainnya, " Ate, gamoknye fari ni kene la kawin,." 

Suka sangat bila tengok proses baby membesar di dalam perut. sangat comel. Rasa macam tak sabar nak ada dalam baby ni. But bila dah kawin nantilaa.. 

oke, c u later...

bubye

the end

Sunday, October 26, 2014

muhasabah diri

Assalammualaikum semua,,

Baru sebentar tadi aku ada terbaca pasal blog milik ibu aku. Well kenangan beliau dengan arwah terlalu banyak kerana beliau mengenali arwah sewaktu kecil walaupun mereka tidak terlalu rapat. Sungguh orang kata, kalau bukan jodoh maka buat macam mana pun tetap bukan jodoh kita. Permulaan kisah beliau dengan arwah bukan permulaan kisah cinta seperti romeo n juliet. Sekurang-kurangnya mereka ada kisah cinta mereka sendiri. Beliau sendiri membesar, menziarah di rumah uwan tapi tak sangka dia akan menjadi salah sebuah keluarga besar kami. See, jodoh itu rahsia Allah. Bila Dia kata Kun Fa Ya Kun, siapa berani menidakkan? Siapa berani bersuara? Dia Maha Besar. Allahu.

Sepanjang mengenali beliau, beliau tidak mempunyai masalah dengan ku dari permulaan mereka berkahwin sehingga sekarang. Beliau banyak menabur jasa dalam keluargaku. Banyak tapi orang tak pernah nampak. Bila aku melihat beliau membuat semua perkara untuk arwah ayah aku, aku dapat melihat kasih sayang yang beliau tumpahkan untuk arwah ayah. Tak terhingga. Dan aku tak pernah menyangkal sehebat itu cinta beliau kepada arwah ayah. Aku bersyukur sebab arwah ayah di beri jodoh buat kali kedua adalah seorang wanita yang kasar dipermukaan tapi lembut di dalam. Seorang wanita yang berdikari walaupun rapuh di dalaman. Dia penguat dan tunggak dalam keluarga. Selepas pemergiaan arwah ayah, aku dah janji yang aku tak akan lupakan dia. Walau macam mana pun, dia tetap ibu aku dunia akhirat. Tak akan putus silaraturrahim yang dibina oleh arwah ayah untuk kami.

Bila kita rapuh dengan ujian Allah, aku harap aku di beri hidayah oleh Allah untuk menguatkan segala bentuk walaupun fizikal dan mental. Sebagai manusia kita terlalu mengikut perasaan sehingga kita lupa yang Allah sayangkan kita sebab itu di beri ujian yang hebat ini. Aku dan ibu, masing2 ada rasa terkilan tak terhingga. Mungkin banyak benda yang pernah kami lakukan dulu dan tak boleh kami tarik balik. Ibu banyak beri pesan kat kami, bila kat dunia ni kita boleh tolong arwah ayah bila dia sakit, dengan cara kita hantar pergi hospital dan berubat dimana-mana walaupun tak mengira kos yang tinggi. Tapi bila kat sana, apa yang kita tolong kalau dia sakit?  Amal jariah yang kita lakukan tu je yang boleh tolong arwah ayah. Dengan cara itu kau boleh buktikan kasih sayang kau. #aku tak akan pernah lupa. #

Bila di beri ujian kita sering tanya, apa salah aku bila dihukum begini? apa yang dah aku buat sampai aku kena lalui kesusahan begini?kenapa aku bukan mereka? Ya allah, Cepat sungguh manusia melatah. Tahukah itu semua ujian yang Allah berikan kepada kita untuk peringatan bahawa kita sudah lupa siapa pencipta kita? Tahukah semua itu berlaku di sebabkan kita terlalu alpa dengan duniawi? Tahukan semua itu berlaku kerana Allah cukup yakin yang kita cukup kuat untuk melaluinya? Tahukah?? Allah uji iman kita. Allah uji semua tentang kita. Sekurang-kurangnya kita perlu rasa bersyukur sebab Allah masih memberikan peringatan pada kita sebab Dia sayangkan kita. Kalau tak , Dia beri kita kesenangan dan biarkan kita dalam kealpaan. Allahu. Insyaallah. Aku boleh berubah kearah kebaikan.

Entry ini sebenar untuk aku muhasabah diri di pagi hari. Insyaallah aku kongsikan pada kalian mungkin kita dapat muhasabah diri bersama-sama.  Niat aku baik, harap korang mendapat faedahnya juga. 

#salahsilategur
#untukmuhasabahdiri
#samasamamanusia
#buatkesilapan

the end

Saturday, October 25, 2014

yuyu

Assalammualaikumm..

Ya Allah, Ya Rabbi..

Baru lepas membaca entry dari Yuyu Zulaikha. Tahniah kepada beliau kerana mendapat cahaya mata lelaki.  Allahu, cara dia cerita dekat blog membuatkan aku turut merasai kehadiran cahaya mata itu. Sangat harmoni rasanya. Itu belum aku yang dapat. Aduhai, kalau aku yang dapat mungkin banjir hospital tu dek airmata aku kerana bersyukur. Lengkap sudah menjadi seorang wanita di atas muka bumi ini. Memiliki suami serta anak. 

Tak sangkakan yang kita lalui liku2 kehidupan ini sangat pantas. Dek masa yang tak pernah lupa untuk berhenti walau sesaat. Rasanya baru semalam aku kenal dia melalui blogger. Rasanya baru semalam dia gthu kat entry  yang dia nak nikah. Rasanya baru semalam dia gthu yang dia pregnant. Sekarang dia dah ada anak.  Allahu, Bila kita terleka walau sesaat, kita tak dapat balik masa yang dah berlalu.  

Aku agak tersentuh apabila beliau memberitahu selepas ini dia tak seperti dulu. Tak tahu apa makna sebenarnya bagi beliau. Tapi pada pandangan aku mungkin dia nak kata, tubuh dia tak seperti zaman remaja / gadis lagi sebab beliau buat operation untuk lahirkan putera tercintanya itu. So korang sendiri bayangkan bagaimana rupa lepas ibu bersalin kan?? But bagi aku, rupa seperti kak yuyu kita tu tak lah merisaukan sangat sebab beliau memang cantik malah aku rasa dia punye gen awet muda. huhuhu.. Aku ni memang kalah la dengan dia. isk isk isk ...  #sedeyhhh#

So banyak sebenarnya maksud tak seperti dulu.  Bila dah jadi ibu, komitmen pada keluarga sangat besar. Bukan calang2 orang untuk pegang tittle tu. haaa.   aku tak bersedia kawan nak menanggung komitmen yang tinggi tu.... kena cekal kowt....kena kuat dari segi mental dan fizikal. Kalau mana2 akak kat luar sana yang tak bersedia better tak payah la nk terburu2 nk kawin. Nak halal la, nak zuriat awal la. nak itu la nak ini la.. takut tak sempat zuriat ko dah minta cerai. Jangan main2 kakak. Dunia ni bukan berputar mengikut kehendak kita. Jangan percaya cerita2 princess yang selalunya happy ending. Percayalah.. 

Bukan aku nak kata yang kawin ni ko terseksa ataupun ko akan merana ke apa. Kawin ni bagus. kawin boleh kumpul harta. Tapi yang penting kita kenalah bersedia. Kita hidup lepas kawin ni bukan kena pikir untuk diri kita saja tapi kena pikir untuk berdua. sok sok kalau dah beranak kena pk pasal bertiga dan berempat. Stabilkan kerjaya, insyaallah.. Bukan aku nak kata kalau dah bersedia, ataupun dah berkerjaya itu menjamin rumahtangga bahagia tetapi itu adalah salah satunya selain seperfahaman dan sebagainya. 

Aku ni dah melalut sangat. By the way, aku gembira sangat bila baca entry yuyu zulaikha. Semoga dia bahagia dengan suami serta anak tercinta.  

Friday, October 24, 2014

proses.

Assalammualaikum,

Selamat pagi, Salam Maal Hijrah untuk kengkawan semua. Sebentar tadi saya menyaksikan gambar2 milik kawan dari kecil. Kami terpisah setelah mak dan ayah berpisah kerana ikut ayah duduk kat umah mak cik di bangsar. Banyak kenangan yang kami bina sepanjang menjadi sahabat dari kecil. Banyak.. Melihat gambar di facebook membuahkan kenangan yang dah lama tersemat di minda dan hati. 

Dikirakan dia sangat beruntung memiliki keluarga yang hebat juga. Boleh dikatakan hidupnya tak la susah sangat sebab mampu membeli barang yang dia suka, yang menjadi hobinya. Bukan itu yang aku nak ceritakan sekarang tetapi melihat kegembiraan orang tu. Seronok. 

Setiap manusia di atas muka bumi ini ada satu sikap yang wajib iaitu perbandingan. yess.  Kita lihat kawan kita bahagia,kalau ada doraemon dah lama kita minta seperti mereka yang bahagia kat luar sana. Tapi pernah tak kita fikir sebenarnya mereka lalui saat - saat yang gentir untuk merasa sekelumit kebahagiaan?? Pernah tak terfikir saat gentir yang kamu lalui SEKARANG  adalah saat2 untuk menempuh kebahagiaan?? Apa saja kat atas muka bumi ini, untuk dapatkan sesuatu perlu usaha yang gigih serta hati yang cekal even sekelumit kebahagiaan...

Kita melalui beberapa frasa kehidupan ini.  Mengenal, memilih, menempuh, risiko dan nikmat. Semua itu frasa ke arah kebahagiaan.  Bila kita tengok sesuatu perhubungan yang baik malah erat dan kita tak rasa apa yang mereka rasa, bukan dengki yang kita lekatkan dalam hati. Sepatutnya azam. Yes azam.. Bila azam ada dalam hati pasti kita inginkan yang terbaik dalam hati.  contoh situasi :

"Ali bertemu Fatimah,Mereka berdua sering bergaduh dan bertengkar. Ali dan Fatimah berjalan- jalan di area KLCC dan terserempak pasangan yang bahagia sambil berpimpin tangan. Fatimah pun bersuara, ' Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Berjumpa dan bercinta, tiada persengketaan.'  

Tidakkah kamu tahu sebenarnya mereka turut melalui proses perkenalan, memilih serta menempuh seperti kamu jua. Sekarang mereka rasa nikmatnya setelah melalui semua proses kehidupan itu. Nah... jangan kamu bandingkan diri kamu dengan mereka yang sudah diatas malah jadikan ia satu azam. Insyaallah, niat kita sentiasa beriringan dengan doa akan mendapat ganjanrannya..

the end

Thursday, October 23, 2014

Dunt Keluh Kesah.

Assalammualaikum kengkawan ku sekalian..

Semalam adalah hari yang happy giler koz keluar dengan kawan The Arc plus bawak mkwe sekali... keh keh keh.. Bukan senang nak ada first impression yang baik pada orang but bagi aku dia oke, boleh di buat kawan n kami havoc semalam.  alhamdulilah.. kami happy giler semalam..

Bila aku lepak sengsorang pagi ni baru aku tahu, kadangkala kita perlukan masa untuk diri kita sendiri. aku nk diri aku sibuk dan membuahkan hasil. Ya Allah, aku tengah menunggu satu rezeki untuk aku. Bila dapat aku memang takkan persiakan. wait n see. Kali ini aku push diri aku untuk belajar bisnes, buat bisnes dan sebagainya. Allahu. Aku nak. Insyaallah. Dengan izin Allah. aku dapat..

the end

Wednesday, October 22, 2014

again

Assalammualaikum kengkawan,

keje pagi hari ini ahkak ahbang sume..

Oke, First of all, aku ingin memanjatkan kesyukuran kerana persengketaan diantara kami sudah berakhir. Hari ini sudah masuk hari kedua selepas persengketaan itu. Well, untuk permulaan bukan satu yang mudah. Kami seperti baru mula-mula kenal dulu. Masih aku rasa seperti dia ada perasaan kecil hati. But aku faham bila ada di situasi dia. Kami semua dah buang semua benda yang negatif tentang diri dia. cuma gurau kasar tak boleh nak elak sebab dah biasa. Nampak muka dia je, terus nk bergurau kasar. Yang enjoy dia boleh terima. Aku sekadar tak suka bila orang tak selesa dengan aku. tak rasa gembira dengan aku. sebab aku nak gembira dan selesa dengan semua orang. Alhamdulilah kami semua bersatu seperti family balik.

Semalam hari deepavali, kami melawat kawan kami yang bercuti menyambut deepavali. Kiru, bos kepada maintenance.  Seronok sebab kami like family 'again'. Bila kata again, ia membuatkan kami rasa sangat bodoh. marah tak tentu hala, maki sesuka rasa, dan yang penting melenting sesedap hati.  Kalau boleh diundurkan masa......  Betul pesan Rasulullah S.A.W. Bila kita marah, lebih baik tutup mulut dan tak bercakap apa apa koz ia membuatkan orang lain berkecil hati malah pergaduhan yang kecil menjadi besar. Bila dah tak tahan, sepatutnya kami amek wudhuk n solat. Bru hati sejuk. Insyaallah berkat pertolongan dari Yang Maha Esa.  

Erm, Masih tak nampak bila harus aku merubah masa depan. ya allah, berilah jalan kepadaku malah cerahkanlah masa depan ku.

Roadtax esok last. tapi tak buat lagi. amacam??? nk hangout gimana ini?? sedeyhhhhhhh!!!!

the end #####

Monday, October 20, 2014

persahabatan palsu

Assalammualaikum,

Kali ini aku tampilkan stori the mori berkenaan aku dengan nada sedih. *siap ada side effect sedeyh lg..* lalalalla ~

Sekali lagi aku ditimpa musibah tapi tak la berat sangat nak dipikul. Boleh lagi ditanggung dek badan kerana sampai sekarang aku masih makan sampai menjilat siku. masih lagi minum air 4 gelas sambil menunggu kawan aku menonton bola sepak (JDT vs FELDA). Haaa. Sejak dua menjak ni aku memang dah tahu cara nak tengok bola sebenarnya. Dan kadangkala sampai aku rasa nk masuk padang bola dan sekeh pemain2 bola yang lembab dan tak boleh main dan menyebabkan kekalahan yang maha berat.  Tapi kalau aku kena p main dalam bola tu aku rela menjadi panjaga gol tiang tak pun bendera kat tepi padang tu. sedih tak.. hihi. Yela daripada aku berlari mengejar bola yang satu. tak sio teman di buatnyee. 

Oke dah melalut sangat ni. Berita sedih itu ialah aku sedang bergaduh dengan rakan baik aku di ofis. Sedih tak berita aku? Sedih kannnn?? Ye lah, manakan tidak sedih. Dah tiga bulan kowt aku berkawan dengan dia. Biarpun banyak suka duka kami lalui, banyak perkara terpaksa kami pendam dengan mulut yang masing2 macam puaka. But pls honestly, kalau ada benda yang tak suka cakap saja la. tak perlu ko havoc bagai nak rak. Apakata, ko cakap dengan kami, aku ada benda yang tak puas hati, kita duduk bincang sambil makan twitis. Duduk pulak tepi kolam . Masing - masing menadah telinga dan bincang togeher. serius dan gelak bersama. Itu baru dinamakan perhubungan yang matang. Kita kena pandai handle masalah persahabatan, baru kita boleh handle masalah perhubungan yang lain. because semua perhubungan datang dari perkenalan persahabatan.

Kalau aku ada salah, bagi tahu.. aku akan terima dengan hati yang baik lagi murni. wakakkaa.  Jujur, aku ingat dia memahami aku. tapi rupa2nya tidak. Betul kata orang. jangan anggap semua kenalan kita faham perangai kita macam mana. kadangkala mereka bukan tahu dan faham semua perkara. 

Kau hadir saat kami dalam kesenangan. Bila kau susah kau datang, bila kau senang kau lupakan kami. Kau rasa kami tempat perlindungan sementara. Jangan cakap "tak dak ampa, aku boleh hidup laa".. Sebelum kami, kami tak tahu pun siapa yang kau susahkan. Mungkin si cleaner yang baik hati tu. Jangan cakap berlagak,. Bukan kami tak kenal siapa kamu sebenarnya wahai kawan. 

Aku kalau bab berkawan memang amek serius kalau setakat mengata aku belakang2 aku tak ada hal. nobody is perfect. but kalau smpy tak puas hati, bile dah gaduh baru aku tahu satu per satu perangai dan apa perasaan kau selama ini dekat kami. kan ke ko tak puas hati. Mesti sakitkan hati dan perasaan ko selama ini sebab pendam perasaan?kenapa lah kau sanggup seksakan diri kau dengan memendam perasan sendiri?Aku simpati. Aku tak kejam kawan. Aku boleh mendengar, aku boleh memahami. aku boleh semua itu. selama ini ko tak nampak ke selama ini aku berpotensi menjadi guru kaunseling??? Aduhai kawan, Jujur aku sayangkan persahabatan kita. Jujur aku kata aku ikhlas dalam persahabatan kita. Jujur kawan. Aku jujur sangat... mungkin kau tak faham, mungkin kau tak tahu, dan mungkin aku tak tunjukkan. 

#mengeluh
#notakaki

the end.

Thursday, October 16, 2014

PAGI

Good Morning Semua !!

See, pepagi lagi ahkak dah ceria sakan. Untuk makluman kengkawan, hari ini adalah hari pertama aku berkerja pada pukul 8 pagi setelah nk msuk tiga bulan berkerja. grrrr.. Eh, kita tak marah laa, kita memang suka bangun pepagi ni nak berkerja.  Orang dulu2 kata, kalau nak cari rezeki mestilah bangun awal2 pagi. baru rezeki cpt masuk.  Lagi pun mungkin tak lama lagi aku akan membuka bisnes. So tak salah aku mempraktikalkan sebelum membuka bisnes. Remember, benda yang paling penting dalam berbisnes ini adalah MASA. Yes my dear, TIME very important. huhuhuhuhu........

Oke, aku mmg blur sekarang. tak tahu jalan hidup aku sebenar. Actually aku kena ada perancangan. Next year aku dah masuk 24 tahun n aku tak ada simpanan. Bak kata orang cukup2 makan saja. Tak bagus. Sebagai wanita berkerjaya yang mempunyai ramai saudara mara yang AKAN MEMBANTU DALAM SUSAH DAN SENANG, kenalah berusaha sedikit untuk memastikan keselesaan aku dan sekeluarga. Kalau fikirkan balik semua ni memang jadi gila sekejap.

Setiap kali aku post blog confirm aku ada kaitkan tentang bisnes. Bisnes sana bisnes sini. Tapi buat pun tidak macam mana tu. Sebenarnya memang ada masalah duit dan masa. Kerja aku menyekatkan aku untuk bergerak. But kali ni kalau aku dapat saja duit memang aku nak ignore kan keje aku n mulakan impian aku yang aku bina bersama arwah ayah aku. Wait ayah, Along usahakan untuk ayah. 

the end

aku dan aku...

Assalammualaikum...

Sedar tak sedar rupa2nya dah masuk bulan ke tiga aku kerja kat sini. macam2  kerenah yang aku jumpa. macam perkara yang aku tempuh. Suka dan duka tapi tak la nak kata tragis sangat.
Biasa saje, kadangkala ada ketawa bersama, kadangkala mengumpat bersama, kadangkala emosi digabungkan bersama. kelakarkan??

Walaupun ada diantara kami yang berperangai 'setan', 'gedik' dan 'otai' like me. eh, terpuji pulak. but mereka still leh accept antara satu sama lain. Bukan senang nak masuk n jdikan satu kepala. We like family. Bila terfikir untuk berhenti aku kena pulak memikirkan keserasian yang kami bina selama tiga bulan. walaupun tak lama tapi hakikatnya siang malam dengan mereka membuatkan ia terasa lama dibina. Alhamdulilah, tuhan permudahkan aku dalam segi berkawan.

Ayah, Sudah sebulan arwah meninggalkan kami. Seperti baru semalam aku balik ke kampung arwah menyambut aku di depan rumah ibu. Terasa arwah memberi nasihat yang berbakul - bakul dan kadangkala sengaja aku main-mainkan. Sampai keluar ayat 'x pe, ko mainkan apa ayah cakap, nanti bila ko dah ada anak ko rasalah apa yang ayah rasa.' oke masa tu reaksi aku hanya beku. diam tak terkutik. gila ko. terus menusuk kat jantung aku. Taknaklah anak aku berperangai seperti aku. dan aku ulang balik ayat ayah aku bagi pada anak aku. no no no., Tapi aku kena ingat, apa yang jadi hari ini adalah berpunca pada masa silam aku. so what goes around comes around. see..  speaking semenjak dua menjak. padahal kalau jumpe orang puteh terkebil2 mata aku nak menjawabnya.  Dah melalut ni.  Oke start balik. So sepanjang arwah tak ada dengan kami, banyak yang terasa. Biarpun orang sekeliling berkata sehingga tak menjaga perasaan kita langsung. sedihkan?? tapi aku kena sedar, kuatkan diri. biarkan mereka. percaya pada takdir.. apa yang terjadi pada kita ini semua orang melaluinya. tunggu masa dan ketika sahaja. Allah beri aku dugaan sebab Allah tahu aku kuat saat ini. Aku mampu menempuhi dugaan yang Allah beri. Aku tahu.  Alhamdulilah, Semoga tiada rungutan lagi selepas ini. 

Bisnes, fuhh... oke mengeluh. Ya Allah, mula pun tak tapi dah mengeluh. macam mana nak jadi kenyataan?  erm, Tak tahu, buat masa sekarang ini aku tak nampak mana2 bisnes pun lagi koz aku tak mulakan walaupun 0.001 persen pun. hehehe, Kadangkala aku tertanya pada diri ini, adakah ia sekadar semangat yang tak pernah menjadi...sedihnya..