Monday, December 17, 2012

PERLI KER???

OoKE, baru lepas memerli someone kat fb.. orang kata kalau kamu bijak kamu takkan memerli orang lagi2 dalam fb or laman sosial.. So, Do I care??

Lantak apa orang nak kata aku bijak ke apa ke. itu sume kepuasan diri kita untuk meluahkan sesuatu.. Kalau tak suka just click 'unfriend' ke atau 'blocked' ke..  Do I Care???

Sekarang ni saya dalam dilema kerana someone ask me bout my blogger. then im in dilemma to introduce my blogger to him. aku luahkan everything at here. So takkan la aku nak kasi tahu mengenai blogger aku kan?? But, maybe he want to know more bout me.. ye lah setakat ni dye je bestfrens aku yang ada pun..kan???ermmmm....

I miss them very much, yes really really much... Sometimes i always thinking about them.. crying coz thinking my mistake. Did them care bout me?? or miss me like before?? 

Ini luahan ati aku. Ini tempat aku meluahkan segala2nya.. Sumenya disini.. Apa yang ada di ati ini aku luahkan disini.. tiada lain lagi untuk aku luahkan..

the end~

Fake and fact

salam untuk kalian,
seriesly aku tengah tengok cerita mengenai seorang lelaki tergamak membunuh isterinya kerana dendam terhadap perempuan lain.  Entah bagaimana, dan macam mana, semua berlaku tersangat la pantas..

Lelaki ni paksa perempuan tu mengaku mengenai kecurangannya. Perempuan tu menangis dan akhirnya mengaku yang dia telah tidur dengan other guy. cerita sangat tragis. Sangat sedih n ada makna tersirat.

DEADLINE

Itu tajuk cerita itu. Kisah lelaki itu sebenarnya tersangat sayangkan perempuan itu. Dia sanggup bunuh perempuan itu koz tak sanggup dengar kecurangan perempuan itu.

Entah, andai aku di tempat perempuan itu confirm aku tersangat rasa bersalah n tak kan aku lepaskan suami aku sesenangnya.  Cinta bagi aku bukan satu mainan. Tapi tak thu lah kalau bagi orang lain kan???

Actually kisah ini adalah kisah seram... Macammana penulis itu merungkaikan kisah pembunuhan yang berlaku di dalam rumah usang itu. Really scary cerita ini. tapi aku yang duduk sorang kat ruang tamu agak meganggu fikiran sebentar.. Ada adegan aku tak tengok langsung..Takot punye pasal. kuang kuang kuang...

the end

Monday, December 10, 2012

Tidak Puas Hati

Hai u alls!!

Mood dalam keadaan yang tidak berapa stabil, marah yang tidak dapat diluahkan telah terbuku di hati ini.. Sangat geram oke dengan orang yang suka sngat bajet dia power n bajet dia tu handal berbanding orang lain..
Oke, sekarang aku tak diberi lagi untuk menjaga report. Aku di tukarkan pun kerana kerelaan aku.. Stress yang teramat sangat dengan menjaga report maka aku ditukarkan kepada report.. kali ini aku nak tukar kepada nak menjaga DO. kan?? Aku tak peduli, aku akan cakap juga dengan kak yoges nanti.. 
Masa mesyuarat hari itu, aku tengok yang mana senior workers akan diberi kepada 10 vendor. Kiranya masing2 dapat 10 vendors.. Semua setuju.. aku tengok bukan main lagi dorang terima semua vendor tu, ada yang senyum ada yang happy kecadak bagai.. so aku tak budget dorang tak suka pada hal aku sedia maklum msti akan ada yang tidak puas hati dengan keputusan tu.. So, cakap waktu meeting tu. Sekurang-kurangnya aku leh decide untuk menjaga vendor yang biasa2 je..kan??
Bila dah dapat n kena jaga macam vendor, pagi ni baru nak menyumpah aku.. baru nak maki aku.. Masalahnya, depan aku tak bercakap, bila belakang aku dorang wt muka tak tahu.. macam tak mengutuk aku pulak..sangat kejam oke.. 
Mengaku jek la yang korang memang tidak puas hati dengan keputusan orang atasan bagi. so, aku leh bawa berbincang untuk menjaga vendor lain..kan???aku tak akan susah kan korang juga..
Bila diam macam tu ingat aku boleh tahu ke korang tu suka ke tidak ke.. bila dah dapat report aku yang korang panggil padahal aku punye kerja tertangguh.. sangat geram betul..


the end~

Sunday, December 9, 2012

aku dan PC

salam u olls..

oke, tajuk ini mmmg kena mengena dengan diri ini sekarang.. Aku nak di PC yang berada di transport department..oke senang kata cm ni la, nak duduk di tempat kak hajar duduk. weyh, aku nak my privasi.. oke aku ulang balik, my own privacy..sangat kechewa bile dpt thu aku kena duduk tmpt yuga. Aku taknak.. aku nak tukar tempat duduk. tp ye lah , if aku buat permintaan lagi, over la pulak an..

Dah la disebabkan aku, semua dapat vendor lebih dr 7.. Karang aku nak demand aku duduk kat tempat ni mahu kena tonyoh dengan mereka.. baru masuk tp dah wt perangai.. siap ada protes lg.. memang tak boleh nak terima la.. if aku jadi spt dorang pun aku akan mengamuk kan????

oke, petang ni wt job baru.. tak ada kena mengena dengan  report yang berselirat di kepala hotak...

oke out dulu, keje satu pun tak wat lagi.. chill babe..

miss u olls...

the end

Sunday, December 2, 2012

Aku n Aku~

Salam ukhwah untuk kalian,

Aku sedang meneliti setiap liku - liku perjalanan yang telah aku lalui.
Seribu satu kisah, seribu kenangan..
Ada dalam diri ini,
Ada dalam jiwa ini..

Kulakarkan kisah hidup ini dalam memori,
Biar ku pendam untuk kenangan ini,
Disaat besendirian dapat ulang tayang
seperti DVD original bersama Dvd Player nya.

Ku ingin kan seribu satu perubahan dalam diri,
Tapi apa yang ku inginkan semua itu sukar untuk dimiliki,
kadangkala susah di jangkau dengan akal fikiran yang logik,
inginkan itu, inginkan ini,
mampu ke?
soalan yang sering menerpa benak.

Hujung tahun akan menjelma,
tahun baru mula menunggu,
kini masih lagi memikirkan apa yang ingin di capai,
perlu ke aku fikir?
sedangkan azam thun lepas pun tak tercapai..

the end....

Thursday, November 29, 2012

Lakaran Demi Lakaran

Hening malam ini, 
tidak sehening hati aku,
Dingin malam ini,
tidak sedingin hati ku,
lakaran demi lakaran
terpampang dalam luaran hidup ini..

Tubuhku melonglai tatkala pagi menyinsing,
Cuba melangkah untuk mendapat sedikit kekuatan,
Setiap langkah ku sentiasa iringi dengan doa dan tawakal
agar diselimuti rahmat Mu Ya Allah..

Mereka menyapa ku,
mereka memandang aku,
mereka lihat aku ramah,
mereka lihat aku tersenyum dan ketawa,
tapi...
mereka tidak lihat hatiku..

Jari masih lagi menaip data2 kerja,
minda dikerah untuk berjalan,
tubuh dipaksa untuk melakukan bnda yang tak rela.
sungguh, memang tidak rela..

Dengan berkat yang ada
mereka gigih membimbing aku 
dengan kata2 nista,
kata2 hina
kata sindiran..
tp aku relakan apa yang berlaku..
kerana untuk mendapat sedikit rezeki
Lalu ku tahankan jua.

Untuk menghilangkan kebosanan yang melanda,
hati mula bermain2 dengan semua,
ada cuba untuk mengetuk pintu hati,
ada pula yang memang sudah untuk diketuk hatinya..
Bukan kerana menggatal,
tetapi kerana ingin menjadikan ia sebagai lakaran.

Lakaran demi lakaran,
aku sekatkan dalam minda,
lakaran demi lakaran,
aku pendamkan dalam jiwa..
biar mereka lihat aku ketawa,
biar mereka lihat aku tersenyum
tp cukuplah sekali mereka lihat aku menangis..
kerana hati ini mudah rapuh..

keraskan hatimu
untuk KLB....

the end....

Wednesday, November 28, 2012

aku seorang diari

Aku seorang diari,
Panggilan diari dari dulu mmg manja.
Bukan sume layak untuk mendapat panggilan seperti itu.
Kenapa?
Kerana setiap satu kisah yang diceritakan,
aku semat dalam jiwa..
Aku semat dalam hati..
Biarkan ia menjadi melodi
Biarkan ia menjadi lagu dalam minda ku..

Aku seorang diari,
Aku cuba lakarkan sebuah kisah dalam sang buku,
Tapi aku tak mampu,
kerana layaran kenangan hanya bermain diminda
terusik di hati..

Aku seorang diari,
ingin menceritakan seribu satu kisah mengenai mereka,
ingin meluahkan pada mereka yang ingin mengetahui,
tapi aku????
Biar diari menjadi diri aku sendiri,
biar gelaran itu terus pada aku,
biar diri terus menjadi diari kepada sesiapa yang mempercayai,
kerana aku tak sanggup suatu hari nanti disalahkan,
dalam erti lain, mereka mencaci aku mengherdik aku
kerana sikap ingin meluahkan ini..

Thursday, November 8, 2012

Bila pasangan bertukar menjadi binatang~

Salam untuk semua yang membaca dan menilai blogger aku.. Oke first skali aku nak bagi thu yang aku sangat2 terkejut dengan apa yang terjadi dihadapan mata aku. Nak tahu??? Sungguh korang nak tahu apa yang aku nampak?? Pasti korang akan menilai apa yang korang nampak dengan akal yang diberi oleh Allah.

Kebahagiaan seseorang tu bukan terletak di tangan orang lain. Begitu juga dengan aku... Bila melihat kebahagiaan orang tu, kita berasa sperti: "Oh, sweet!!" Tapi bila melihat kekecewaan orang lain pasti ayat ini keluar : "kesian dia". Memang aku akui, itu ayat yang sering keluar bila berhadapan dengan orang  yang sedang kecewa atau menderita. Kini, aku dengan bangga nya bagi thu yang aku juga dikalangan orang seperti itu.

Memang kesian, Sungguh tak asing lagi.  Bila pasangan kita berubah menjadi BINATANG!! Sebelum berkahwin, kita tak mengharapkan seperti itu. Kebahagiaan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin tu berbeza..Bila dah berkahwin kita akan bersama dia..Tidur disebelah, mkan disebelah. Dialah teman berborak kita bila berada dirumah nanti. Tapi entah kenapa, mengapa, semua tu berubah. Sekelip mata berubah.. Kenapa? Kenapa tak sebelum ini dia tunjukkan perangai dia? Bila dah sah menjadi pasangan hidup kita, kenapa sekarang dia tunjukkan perangai kebinatangan dia? 

Bila isteri kata tak nak, perlu ke dipaksa. Aku orang luar, aku tak boleh menilai dengan apa yang aku boleh lihat hari ini. Mungkin sebelum ini ada yang berlaku tapi diluar akal fikiran kita. tapi tolong lah, jangan jadikan pasangan kita sebagai lawan. Dia tercipta untuk kita. Dia dijadikan oleh tuhan untuk menjadi pelindung kita. Tapi kenapa dia tegar mengasari kita? Andai dia sendiri tidak melindungi, jadi siapa lagi yang akan melindungi kita. ??

Seribu satu sebab dan kisah yang tak boleh diungkaikan dalam kehidupan seharian kita. Aku faham. Aku sudah terlebih faham..Malah aku dah menjadikan itu sebagai satu perkara yang agak rumit untuk di ungkaikan. Siapa aku untuk menjatuhkan hukuman? Aku bukan DIKTATOR yang dengan senang hati untuk menjatuhkan hukuman tanpa menilai kebaikan seseorang atau keburukan seseorang.. Tapi bila situasi hangat seperti ini, jadi layakkah aku untuk menilai BINATANG itu???

Luahan demi luahan aku luahkan dalam blog ni. untuk menceritakan pendapat aku, Aku tak hirau apa orang kisah dengan luahan hati orang..itu aku..ini aku..biar aku.. Sungguh bila jadi seperti ini, aku rasa tak perlu ada pasangan andai untuk menyakitkan...tak perlu ada cinta andai itu menderitakan..Tak perlu rasa sayang andai itu mengecewakan..

Wahai adam, kamulah pelindung kami. Kamu tercipta untuk melindungi kaum wanita dari segala pancaroba kehidupan.  Usah biarkan diri kamu menjadi seperti binatang dengan menganiayai kaum wanita seperti kami. 

#jangan biarkan aku serik melalui kehidupan berpasangan~

the end

Sunday, November 4, 2012

Airmata Teman~

Aku lihat blogger2 teman2 lain, spupu sepapat punye blogger..oke, macam2 yang dicoretkan. Pelbagai berita dikongsikan. Ada sedih, ada bahagia.. 

Aku??

Ada sesiapa tanye aku??

#sunyi#

oke, korang tak tanya aku still nak kongsi cerita jugak..tak heran korang memang dah menguap dengan cerita dongeng atau khayalan aku. 

#merekamemakiaku#

X apalah kengkawan..terima n hadap juga..

Bila lihat kengkawan sedih dengan kehidupan yang dorang lalui, diorang lupa satu perkara. Dorang sepatutnya bersyukur kerana melalui. Tak seperti aku, tak pernah merasa sehingga diri ini tertanya-tanya dapatkah aku merasakan kekecewaan dalam percintaan..

#ayak nak syahdu jek#

Aku biarkan mereka rasa apa yang mereka rasa malah aku turut sudi untuk mendengar setiap luahan hati si penyedih itu.. Bukan apa, ingin turut menyelami apa yang dirasai oleh mereka..Agar turut boleh memaki hamun si pesalah itu . *wlupun sbnrnya aku mmg tak layak untuk memaki orang*...

Aku mmg tak nak rasa kecewa tp aku nak rasa cinta..tak kisah, aku sudi menerima seorang insan itu andai insan tersebut mampu menerima aku seadanya aku.. aku tak kisah.. aku otai la dikatakan..heheheheh

#rela aku rela#

luahan hati aku kali ini tak mampu aku luahkan kepada semua..biar aku tanggung sendiri.. jiwa kamu sensitip, jiwa kamu kacau, biar aku jadi pengubatnya... biar aku jadi penasihatnya..biarkanlahh..

the end

Tuesday, October 23, 2012

Rindu aku rindu~


Salam peluk cium tangan dan pipi kepada semua pembaca blogger yang tegar..

Firstly aku nak stori sikit mengenai report yang aku anta kat Auto V.. Sungguh terharu kerana dalam tempoh empat hari aku belajar, hari ini baru betul aku punye report..kak, boleh bayangkan aku masih lagi baru. 'n' kengkadang aku rasa diorang macam tak bagi aku handle some trip untuk vendor aku. but nevermind koz bagi aku kurang sikit kerja aku. Itu sume pilihan anda jadi jangan salah kan aku andai aku memang tak tahu nak buat suatu perkara itu.. Setakat handal buat report jelah aku ni.. Elok jugakan.. hehhehe

Oke, berkenaan dengan Auto V juga. Bila report betul maka aku tak jumpa muka lelaki itu..(masih mencari2 status sebenar mamat tu, single or kahwin)hehehehe.. Test aku terhadap someone tu memang  teruk sangat kowt.. Mesti meminati sorang lelaki yang memang ADA kekurangannya.. Oke, aku ulangi.. ADA KEKURANGANNYA... Sangat lah sakit hati.. Sangatlah menci..

Contoh ea?? Oke orang yang aku minat tu adalah Abang anip.. Dia ada sakit.. Sakit buah pinggan.. memang tahap kronik la penyakit dia tu but aku rasa aku boleh terima dia andai dia memilih aku untuk jadi teman hidup dia..aku sangat2 la happy for that..

Insan kedua yang aku suka ialah  budak Auto V tu. n actually dia ada penyakit GAUT.. Weyh , aku nak pakai lama bukan nak pakai untuk sehari dua oke..

Kekurangan mereka boleh dirawat. Boleh di ubati tapi untuk mencari someone yang terima kita seadanya bukan senang..bukan mudah.. So aku tak kisah segala kekurangan itu but yang penting dia terima aku, mencintai aku dan menyanyangi aku sepenuh hati aku..n one more thing, tak malu untuk bersama aku..mampu menjaga aku dunia dan akhirat...tq dear...


The end~
Mentafsir pada diri sendiri

Salam untuk semua, oke firstly nak bagitahu pasal diri yang sering saja letih bila berkerja. Oke, bila start aku berkerja ini, masa itu aku rasakan seperti laju. selaju angin. selaju kilat. Yes, kengkadang aku rasa seperti perlukan lebih masa untuk berkerja. Overtime tu memang sering kali ada lah..hahaha. kaya wak kaya cek kali ni..

Sering terasa diri ini kerdil bila berada disekeliling orang2 yang agak power dan tegas bila berkerja..aku ni masih lagi terkedek2..Oke aku akui, kena marah itu adalah perkara biasa bila berkerja disini..sangatlah normal..dan tidak normal rasanya bila dia tidak kena marah sepanjang dia berkerja disini.

Berkerja dengan orang bukan senang. Bila kena komunikasi dengan seseorang, untuk memuaskan orang bukan satu perkara yang senang. Yes aku rasa betul la apa yang aku tafsirkan ini...

oke, its coming..cau cin cau..orang ramai coming already..daaa

the end..

Saturday, October 20, 2012

Assalammualaikum semua,

kini aku sudah lucutkan gelaran sebagai penganggur yang berjaya..hehee..bukan senang nak lucutkan jawatan tersebut..penuh cabaran dan dugaan. syukur alhamdulilah Allah s.w.t berikan rezeki kepada aku.  Semangat untuk berkerja tu ada. semangat untuk berkerja tu sentiasa berkobar-kobar. 

Kali ini, kerja yang sangat agak sukar dan sangat sukar untuk difahamkan..alhamdulilah, aku boleh belajar sedikit demi sedikit dan orang kata lama2 jadi bukit..wlupun tak ada kena mengena perumpamaan aku, tp itu je peribahasa yang aku ingat sekarang ni..

perkara utama yang aku nak ceritakan ialah satu perkara yang paling aku agak sukar.. Ditempat itu sumenya pekerja garang2 i mean workers yang berkerja sebagai store.aku sangat takot andai terbuat salah n ditengking oleh mereka..macam mana nanti aku nak teruskan idup..heehehe

semata2 kena marah jek pun, terus pk cm ne nak teruskan idup..kuang kuang kuang..
actually i have no idea nak tulis benda2 ni sume...ape2 pun aku  minta diri dulu aku ni nak kena kemas umah bubye..

Tuesday, October 16, 2012

KeHeNtUt PUNYER mimpi

Selamat petang la kengkawan..

Aku stori mori mengenai apa yang aku mimpi.. Ehem2, masih lg menjadi rahsia di ati mengenai mimpi ini..nak tahu sesuatu tak? i be a killer.. Byangkan aku mimpi tadi mimpi aku menjadi seorang pembunuh. Allahhuakhbar.. disebabkan mimpi itu aku bangun pukul 2 petang.. pagi tadi aku dah bangun dah, aku dah makan n selsema jadi aku amek ubat selsema, kahak n batuk. nak di jadikan cerita, effectn aku makan ubat tu aku sangat la ngantuk..Jadi untuk tidak menunggu lebih banyak masa aku pun amek bantal n sleep for a while..tp dek kerana mimpi yang agak ganas tu aku terbangun pukul dua..weyh, sangat2 la gile waktu tu.. aku terjaga then aku fikir2 balik. if aku dalam keadaan terdesak dimana aku terpaksa membunuh seseorang demi keselamatan aku adakah aku dikira bersalah? Sangat2 takut. 

Orang yang siasat kita pun bukan betul sangat pun. ada yang kengkadang siasat pun sambil lewa jek n ada kengkadang dirasuahkan dengan duit.. Jadi nyawa seseorang tidak difikirkan lagi. Bayangkan kalau aku dalam keadaan tersebut? membunuh tapi kerana terpaksa.. Tak sanggup rasanya dan apakah kudrat aku sebagai wanita cukup untuk melawan kudrat seorang lelaki?

~the end~

Thursday, September 27, 2012

Wanita, Kepuasan & Kesempurnaan~

Assalammualaikum pertama kali diucapkan kepada seluruh umat islam yang sudi berkongsi cerita dan pendapat serta menerima kahadiran blog ini tanpa ragu2 dan was2.

Permulaan yang cukup baik tentang kehidupan yang memuaskan.. Sedar atau tidak, setiap wanita didunia ini memang inginkan KESEMPURNAAN & KEPUASAN dalam diari hidup mereka. Lihat sekeliling, mana ada wanita yang inginkan hidup mereka sekadar cukup2 makan dan dalam serba kekurangan. Tiada istilah 'malaikat' dalam hidup seseorang. Aku bercakap dasar fakta dan kehidupan sebenar, bukan khayalan ataupun titipan dari sesiapa pun.

Wanita lebih gemar katakan OK sekadar untuk memuaskan hati seseorang. Tetapi jarang perempuan sebut Perfect pada insan lain. Kenapa? Setiap wanita dilahirkan dengan rasa ketidakpuasan yang menebal. Dengan hadirnya KETIDAKSEMPURNAAN itu maka lahirlah sifat2 negatif seperti iri hati, hasat dengki dan sebagainya. Itu mmg lumrah. Pergilah mana pun, jumpelah siapa pun, asal ia bergelar wanita, istilah KETIDAKSEMPURNAAN itu mesti ada. Kadang2 wanita banyak mengalah untuk memuaskan hati pasangan mereka tanpa memikir kehendak diri. Itu lah peliknya wanita. Pasangan pula, kebanyakan bila wanita kata 'ok' itu bermakna wanita itu suka dan setuju 100%. Wanita memang pelik. Aku sebagai wanita mengaku diri aku pelik. 

WHAT WOMEN WANT, banyak mengajar aku tentang realiti kehidupan. Kadang2 tanpa sedar, apa yang kita lalui itu sebenarnya kelakar bagi orang lain sekiranya kita ceritakan pada mereka. Rasa malu, Ego yang menebal itu semua sangat2 kelakar mengenai kehidupan. Kita yang melalui ini punyelah merasai seribu satu debaran, seribu satu amukan, seribu satu misteri dan sebagainya. Sifat itu semua tidak boleh lari dari hidup kita. Tanpa kita sedar, kadangkala kita bersikap HIPOKRIT. Yes, mak cik kakak..HIPOKRIT~


THE END

Thursday, September 20, 2012

Kisah Entah Apa-apa~

Assalammualaikum sebagai mukadimah aku yang utama. Bermula kisah meluahkan rasa yang terbuku di jiwa. 

Pelbagai kisah aku baca dan aku lihat mengenai alam perkahwinan. Sume bukan indah yang disangkakan. Tak sume perkara itu indah belaka. Itu yang aku tanamkan dalam jiwa aku. Ramai orang jawab bila soalan Kenapa Kawin Awal dipersoalkan kepada remaja2 sekarang. Ini jawapan yang slalu kita dengar.

"Nak elakkan maksiat."

Dan sangat benci dengan soalan itu. Mereka ingat perkahwinan itu berlandaskan nafsu semata2. Iye, kengkadang memang itu lah yang manusia selalu fikirkan. Meng 'halal' kan apa yang 'haram' dengan ikatan perkahwinan. Aku tak elak benda tu semua. Tapi mereka harus ingat, mereka terikat dengan pasangan masing2. Dimana mereka akan tempuhi ujian dan dugaan dari Allah S.W.T untuk umatnya dan apa yang pasti semua insan pasti merasai badai kehidupan selepas berumah tangga. 

Bila diceritakan mengenai saudara2 yang mula dah gatai mulut dan bertanyakan soalan cepumas seperti ini.

"Bila nak kawin along?"

Dan sangat lah benci soalan itu. Kengkadang aku sangat takot andai aku jadi andartu. Alahai la nasib. Tak mahu la, nanti menjadi buah mulut orang. Lidah tak bertulang kengkawan. Ketajaman kata2 itu umpama setajamnya sebilah pisau. 

Sejenak berfikir bersama kit kat

the end

Friday, September 14, 2012

Beza Khayalan & Reliti Hidup

Assalammualaikum kengkawan yang dirahmati Allah,
*tajuk entri yang selalu ada di benak fikiran, selalu melanda jiwa.

#Bestnya andai HIDUP sesenang khayalan. Tapi itu sume MUSTAHIL.

Kenapa dan mengapa permulaan aku seperti itu? Mesti menganggu fikiran korang sume dengan persoalan2 yang agak sukar untuk dirungkaikan. Oke, aku tolong korang bukak mind korang dan menjawap seribu satu persoalan di benak fikiran korang sekarang.

Buku ini membuatkan aku terawang2 memikirkan masa depan dimana memilih masa depan dengan kesempitan kehidupan.  

#Nak tahu, sila beli dan baca sendiri kisahnya.

Sebenarnya banyak lagi novel yang aku dah aku bacakan. Dan kadangkala semua itu tinggal kesan dalam hidup aku. Dalam benak aku yang terutama sekali. Nak tahu kenapa? Aku tak melalui semua benda dalam hidup ini. Tuhan tetapkan aku lalui jalan yang telah takdirkan untuk aku. Dengan membaca novel, aku rasa aku sendiri dapat lalui kehidupan orang lain. Walupun semua itu hanyalah khayalan dari penulisnya sendiri dan pengakhiran adalah pemilihan penulis sama ada happy ending or sad ending. Tapi semua itu berdasarkan kisah benar yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Cuma diolah dan digubah mengikut peminat pembaca. Seperti kisah2 dalam drama dan filem. Semua itu kalau nak diikotkan, semua itu ada benarnya. Bukan kita yang lalui tapi ada sorang insan terpilih dan bertuah untuk melaluinya. 

Bukan niat dihati nak berbelit2 cerita. Sebenarnya aku memikirkan kisah hidup aku. Kadang2 aku rasakan kehidupan yang aku lalui ini dibiarkan bgitu saja. Maksud aku tak ada yang bermakna. Hidup aku hanya tiada cabaran kehidupan. Aku mencari juga, tapi cabaran kehidupan aku kebanyakan berlandaskan nak mencari pekerjaan. Aku akui mmg agak sukar nak mencari pekerjaan dalam dunia sekarang. Seperti cerita gadis2 cuci movie, dimana dorang nak teruskan hidup dorang dalam dunia metropolitan dengan berkerja sebagai gadis cuci kereta. Tapi kadangkala sampai bila nak mencuci kereta? Sampai dah tinggal gigi satu?? Tentulah tidakkan? Setiap orang nak hidup dorang umpama puteri. Tapi tak sume yang dapat. Kalu nak diikotkan impian masing2 sume nak jadi bos tp mereka lupa sape nak jadi kuli kan??? Allah bagi setiap orang kelebihan masing2.. Dimana kehidupan mereka susah dengan kewangan tapi mereka bahagia bersama keluarga mereka. Dimana dikelilingi dengan kasih sayang. Tapi manusia pula mana pernah puas dengan diri mereka masing2.. Mcam aku jugak. Aku cume nak yang terbaik dalam hidp aku.

Aku mula memikirkan masa depan aku. Macam mana agaknya ye?? Senang ke aku?? Susah ke aku?? Aku pening, keliru dengan diri aku sendiri.  Aku msih lagi mencari jalan dan hala tuju aku. Tak tahu lagi apa aku akan jadi. Kadangkala aku menyerah kepada takdir tapi aku tahu, andai aku tak berusaha bila lagi kan? Entah, nak buat tapi aku tak ada sokongan untuk lakukan apa2. Hanya nasihat dan kata2 saja tapi tak ada sokongan fizikal. Kalu nak difikirkan balik, hidup dalam keadaan mencabar pun kadangkala best juga. Ada kenangan, ada cabaran, ada style dan sebgainya. Susahkan nak puaskan kehidupan kita? Aku cuma nak jalan jek. Jalan dimana harus aku lalui. Ke kiri ke, ke kanan ke atau pun terus jek.

Aku manusia biasa, nak juga diperlakukan seperti gadis2 lain. Merasai apa itu cinta. Tapi orang kata itu sume belum untuk aku lagi. Mungkin Allah sayang kan aku dan tak bagi aku merasai sakitnya di permainkan. MUNGKIN KAN?? Sape tahu kuasa Allah? Kalu Allah kata KUN FA YA KUN!! Jadi maka jadilah. Tak ada siapa dapat menghalang. Tak ada siapa dapat menepis. Itu kuasa Allah. Dan tiada siapa boleh menidakkan. Aku percaya suatu hari nanti ada insan untuk aku. Insyaallah.. Semoga Allah sentiasa bersama aku. Hidup mati aku kerana Dia. 

the end

Thursday, September 13, 2012

Kena Marah & Change Dekstop Picture

Salam pagi yang terindah~

Hari ini mencatat sejarah dimana kesabaran mak aku dipenghujungnya. Kenapa dan mengapa, itu menjadi persoalan kepada mereka yang membaca. Oke, aku kasi tahu dengan kau orang.

Aku seorang yang pemalas dan aku akui itu. Sejauh mana aku pergi, aku pasti akan kembali ke pangkuan mak aku. Tahu kenapa? Kerana aku seorang gadis yang pemalas. Argghhhhh~ Entah kenapa, aku ini selalu diserang penyakit PEMALAS. Memang orang akan bencilah dengan aku kalau setiap hari penyakit ini melanda aku. Siapa boleh tahan. Bak kata mak aku, nak tak nak  aku ni anaknya. Nak benci pun tak bleh. Nak meluat pun tak boleh.. Tapi orang lain tak fikir kita ni sape. Tak sedap mata memandang, terus kick out jek dari life dorang. LOL..

Change dekstop picture pada pagi2 ari.. Memang cool oke. Orang tetap sama. Cume gambar ni lebih cute dipandangan mata aku. Banyak2 gambar ini lah paling smart aku tengok. ecececehhhh...malu akak mengaku tanpa selindung ni..~

Itu jek, mata dah mengantuk , ingat nak wat madah2 bagai tp tak leh tahan kowt mata ni. Nak tido sambil bukk lagu kat lappy kesayanganku yang sudah usang ni. Gerak dulu la kawan.. can cin cau~

the end

Adik Mahu Kawin

Assalammualaikum.

Sperti tajuk entri pda malam ini, Tiada lagi mukadimah, tiada lagi Salam pengenalan dan sebgainya. Ye, Adik lelaki saya mahu kawin dengan gadis pilihan saya. Bayangkan umur saya 21 tahun dan dia berumur 20 tahun. Bukan terlalu muda ker untuk mendapat gelaran 'suami'?
Tetapi mak ikotkan je kerana adik saya sudah mengalami sindrom seperti gatal2 dibahagian TUT tut tut.. Sangat menjengkelkan apabila dia membuat keputusan secara mendadak untuk menikahi gadis pilihan.. Bukan apa, bagi saya perjalanan kita msih lagi jauh untuk mengenal apa itu kehidupan. Kadang2 sebelum berkahwin pun kita dah banyak mengalami masalah kewangan dan kita sendiri meminta bantuan daripada keluarga. Bayangkan, Sewaktu kita bujang pun masih lagi menggagau mencari sesuap nasi, Apa lagi apabila sudah ada tanggungjawab yang abadi di mana kita wajib memberi sesuap nasi untuk orang lain??? Kita sendiri pun tak lepas apa tah lagi nak bagi nasi kat mulut orang lain. Buat naya kat anak orang jek..

Mungkin dia fikir hidup selepas berkahwin ni senang sehingga dia lupa mengenai realiti kehidupan sebenar. Kami dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba pincang. Mak ayah bercerai. Dicaci famili sebelah ayah tetapi saya sabar menghadapi kerana saya fikir semua ini akan berhenti dengan sendiri seiring dengan masa. Tidakkah adik saya berfikir dan jadikan diri dia sebagai satu tauladan seandainya dia membuat keputusan drastik yang melibatkan maruah keluarga. Saya tak kata, keputusan dia itu tidak baik. Memang baik daripada dia buat semua kerja2 haram bersama gadis tu. Tapi kena fikir sama tentang apa yang akan jadi pada masa akan datang. Itu semua melibatkan kesukaran kehidupan. Tentang ekonomi, tentang perbelanjaan dan sebagainya.

Saya lebih setuju mengatakan perkahwinan ibarat satu percaturan. Di mana kita memperjudikan seluruh hidup bersama pasangan kita. Memang setiap insan akan merasa semua itu tapi tidak adil rasanya diperhujung hidup kita memikirkan kebahagiaan kita sendrii tanpa memikirkan orang sekeliling yang sayang dan sentiasa support kita.. Mungkin setiap orang hanya memikirkan jalan penyelesaian terbaik tapi tak fikir apa akan jadi selepas kata sepakat diambil?? Bukan senang nak menjalani hidup kita yang serba sukar ini. Dengan benda yang banyak nak di fikirkan. 

Semua orang ingin yang terbaik dalam hidup mereka. Begitu juga orang sekeliling saya. Tetapi saya takut andai kebahagiaan pada permulaan. kita tak boleh fikirkan pada permulaan. Tetapi kita kena fikir pertengahan, klimaks dan pengakhiran. Jalan cerita kehidupan bukan seperti membuat novel, dengan segalanya dirancang dan PASTI terjadi., Itu semua sangat mustahil. Kengkadang, kita merancang tetapi tuhan yang tentukan, Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Fikirkan orang lain juga. Kesengsaraan bukan nak dirasakan untuk selamanya.. kebahagiaan bukan singkat untuk dirasakan..  Perjudian hidup kadang2 melelahkan hati. Meresahkan jiwa. Kadang2 kita hampir jatuh untuk mengenangkannya.  Jatuh dan tersungkur hingga rasa tiada tangan untuk membantu. Itulah balasan diatas keputusan yang diambil dan dipanggil RISIKO.

Thursday, September 6, 2012

Aku Semakin Gila

Assalammualaikum~

Kata orang jangan tido lepas asar, nanti cepat dapat penyakit gila . Tapi aku dah dapat dah walupun tidaklah terlalu mengamalkan tidur petang. Aku tengah gila dalam erti kata lain aku sedang ANGAU~

Seperti entri semalam, aku menceritakan bagaimana aku boleh terfikir nak minta gambar pada teman baik aku. Hari ini aku cari sendiri gambar2 lain untuk tatapan mata aku. Aku dapatlah download dua keping gambar. Sangat kacak oke?

Masa tengah godek2 dia punye FB tadi, terserempak dengan aku satu comment dari someone yang aku memang tak kenal dan tidak berkenan di mata. Ceh panggil abang2 pulak tu. Mana tak mendidih hati ini. Tapi aku stay cool lah..  Ber 'adik' 'abang' bagai. Okelah, dia umur pun lanjut, jadi tak hairan la orang panggil di abang. (Bersikap Positif)

Aku terjumpa satu gambar dia dengan kanak2 cina tau. Cam aku ragu2 jek. Yelah, mek ada cerita yang abang anip ada menjalinkan hubungan dengan sorang wanita cina dengan tempat dia kerja jadi aku mula berfikir seribu satu kemungkinan. Adakah itu anak kepada wanita itu? Never mind la kawan~

Kadang2 sakitkan hati kita bila dapat tahu hal yang sebenar mengenai seseorang. Tetapi sedar atau tidak kita kena menghadapi kenyataan yang sebenar. Siapa nak terima berita atau cerita berkenaan dengan orang yang kita sayang bersama dengan seseorang. Dekat sini aku nyatakan aku sudah bersedia dengan cabaran yang tuhan bagi. Bukan apa, aku dah biasa dengan cinta yang dipendam dan terpendam. Aku jadi itu perkara biasa dalam hidup untuk menghadapi.

Rindu pada kenangan. Rindu pada detik dan saat waktu belajar dahulu. Dimana tak fikir banyak benda tapi cuma fikir assignment saja. Stress pun sebab belajar atau pun sebab lecturer. Itu perkara biasalah. Rasa tak bersedialah nak menghadapi alam pekerjaan lagi.Hati ini memang tak boleh pergi dengan alam pekerjaan... Harap peluang untuk belajar msih ada untuk aku. hopefully~

the end

Wednesday, September 5, 2012

Aku Tidak Malu

Assalammualaikum~

Salam penghormatan pada pagi yang hening ini. Permulaan hari yang baru tetapi aku masih lagi terasa seperti semalam. Seperti tajuk di entry aku hari ini. "Aku Tidak Malu". 

Bukan tak malu sehingga nak tanggal baju di khalayak ramai. Itu dah kira tiada akal dan kurang waras gamaknya. Aku tidak malu adalah simbol dimana aku dengan tidak malunya meminta gambar abang beliau dari teman baik aku sendiri. Sangat gila dan aku sendiri mengaku aku ni dah kira mengigau tahap gaban.

Nak dimulakan kisah, pada suatu hari terbetik dihati aku nak minta gambar 'abang anip' dari teman karib aku iaitu Nur Amira Ramlee atau lebih dikenali sebagai MEK. Yes, aku sangat malu rasanya sewaktu minta sendiri dengannya tapi entah kenapa aku naik gila malam tu sampai semua malu aku itu hilang. Tapi Alhamdulilah la kawan aku tu bagi jek gambar abang dia sebab dia memang sedia maklum yang aku memang gilakan abang dia semenjak sekolah lagi. 'Sporting' kan teman baik aku tu? Ini gambar penuh beliau.

Kini gambar dia menjadi teman dekstop aku supaya ia sentiasa di mata aku walaupun jasad kami jauh. Kalian tahu apa yang dipanggil se emangnya orang seperti aku?? Angau women. Aku tak kisah. Nak kata apa pun dan aku terima. Sampai suatu hari nanti hati ini milik insan lain barulah aku berenti mengintai dia. 

Aku tak arap pun untuk dia membalas cinta kepada ku tp cukup untuk lihat dia bahagial. Cukupu untuk itu. Andai dia kata tak ada perempuan tak nak dengan dia disebabkan penyakit dia itu, aku lah insan yang akan menghadirkan diri, keluar dari kelompok dan berithu dia, aku lah insan ingin bersama dia walupun susah payah untuk menghadapi. Walupun sementara saja hubungan kami nanti. Aku tak kisah. Asalkan aku akan buat dia bahagia dengan kehadiran aku. Itu janji aku.

the end

Friday, August 24, 2012

Abang Anip

Assalammualaikum..
Kisah ini mengenai salah seorang insan yang aku minat dari sejak tingkatan 4 lagi.
Nak tahu siapa ker?
Ini dia pic dia..

Ini dia insan yang dah lama mencuit hati dan perasaan aku. keh keh keh.. ( cuit ker?)
Ini aku kenal kan:
Nama dia HANIF RAMLEE. Abang kepada BFF aku iaitu AMIRA RAMLEE..(MEK)
Aku mintak gmbo ni dari mek lah..
Untuk tatapan mata ni..
Rindu mmg rindu.
sentiasa memerhati dia kalau abang dia datang n antakan bekalan untuk dia dahulu..
kini hanya gambar dan khabar dari adik dia. (selaku reporter aku)
Aku selalu berkirim salam dengan dia.
Aku jelah yang kirim salam dia tidak lah kawan...
Dia tak kata apa2 pun...heheheh
Rindu ati rindu
mengenang kau yang jauh di  mata
walupun khabar ko tak seindah yang aku hrapkan..
tp aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau.
keh keh keh

the end

Sunday, August 19, 2012

cerita di hari raya

Assalammualaikum~

                         =>Selamat Hari Raya Kengkawan <=

Pinggan jatuh pecah terberai, Bawal terlentang sambil terangguk,
Ramadhan sudah melabuhkan tirai, Syawal pula datang menjenguk.

Manikam datang membawa Irfan, Dadu dibaling senyum berseri,
Marilah kita saling bermaafan, Duit raya jangan lupa diberi.

Mula2 saje dah keluar pantun, Menunjukkan kreativiti pulak tuh. Sebenarnya aku beraya sendirian. Walaupun aku berada di rumah emak aku, tapi aku sorang2 jek. Tapi aku tak salahkan sesiapa, sebab ini mmg keputusan aku untuk bersendirian di hari raya. Entah kenapa aku rasa seperti macam rasa kosong lagi. Mungkin apa yang aku idamkan dan aku inginkan untuk capai dalam tahun ini masih lagi manjadi tanda tanya.

Sekarang tengah menaip sambil menonton cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Sekejap lagi keluar babak kelakar mengenai johan..hehehehe.

Hari itu ada juga aku berkenalan dengan seorang budak lelaki yang bernama 'khairul'. Tetapi perkenalan kami hanya untuk sementara saja. Jangan tanya kenapa sebab semuanya terlalu pantas berlaku. Mungkin juga dia bukan yang terbaik untuk aku. Kengkadang aku berkawan dengan dia seperti hipokrit. Tidak menjadi diri aku sendiri. Aku tak boleh lah. Memang payah nak cari orang yang sesuai dengan aku. MUNGKIN~

Aku ada minat seorang budak lelaki yang bernama AMIR. Manager aku kat UG. Test kena tinggi kawan. Keh keh keh.. Tapi mungkin sekadar minat je kot..malas nak lebih2. Biar lah minat itu sekadar minat dan aku tak bermimpi untuk menjadi lebih dari itu..

the end

Sunday, August 12, 2012

menunggu detik di bebaskan

Assalammualaikum, Damai adalah perkataan pertama untuk kali ini. Pandang kiri ,  pandang kanan...jangan pening!! Bukan nak buat iklan melintas jalan raya. Iyelah, kan ke nak raya. Tak kuasa akak nak wat iklan..

Seperti yang saya coretkan sebagai TAJUK UTAMA pada entry saya kali ini, penantian itu satu seksaan. Muka kena sedih.. Jangan fikir saya tengah sedeyh. Yusuf haslam cari saya sekarang kerana pandai berlakon, keh keh keh~

Sedar atau tidak, saya ada dalam lebih kurang 10 hari untuk tinggalkan tempat kerja yang terchenta ini. Memang tidak sabar tapi lebih tidak sabar adalah dimana saya nak tinggalkan 'rumah ku neraka ku'.Tak peliklah kawan, memang itu niat saya. Jadi saya dah list kan beberapa perkara yang perlu saya buat sepanjang waktu saya digelar penganggur terhormat nanti...


  • CUBA  UNTUK KURUSKAN BADAN DENGAN SENAMAN SEPERTI JOGGING DAN MAKANAN SEIMBANG. (rasa cam tak bape pasti tapi nak nekadkan dalam hati ini)
  • AMBIL LESEN MOTOR (L)
  • MASUK PART TIME PUNYE INTERNET JOB. (macam dak enjek masuk)
Jadi itu beberapa planning sepanjang saya berada di rumah emakku yang terchenta.

the end

Tuesday, July 31, 2012

SS vs AA

Assalammualaikum di ucapkan pemulaan bicara. Ditemani GEGAR F.M  sambil melayari hati dan perasaan selepas mendengar cerita dari teman baik aku mengenai seorang kawan aku yang lain tapi satu geng.


Memikirkan perjalanan dilalui bersama teman2 PD, bibir mula mengukir senyuman. Rupanya banyak sudah kenangan yang kami lalui. Kadang2 kami lalui dengan sambil lewa dan tidak menghayati bila hidup suasana belajar. Dan kini mula lah terkenang kembali dan ingin saat itu kembali untuk tempuhi buat kedua kalinya. Memang itu mustahillah. Kalau ada doraemon pun belum tentu member tu nak tolong. Dia tolong pun NOBITA jek..


Terimbas kembali seorang teman. Cukuplah aku kenalkan dia sebagai SS. Dia seorang yang baik sepanjang perkenalan kami. Kami sering bertengkar dan sering selisih faham. Apabila kita bersama without teman2 lain, dia akan selalu mengalah. Bila berjauhan dari kami, dia mula tunjuk tembelang. Sebenarnya dari dulu lagi perangai dia macam tu tapi tak pernah aku nak ungkit atau fikirkan. Adat berkawan, lain orang lain lah ragamnya. Kita sebagai teman haruslah memahami.


Nak di jadikan cerita, Seorang teman aku yang selesa dipanggil AA. Dia seorang yang tidak mengambil pusing dengan apa orang yang nak kata. DIa budak yang tak akan mulakan pergaduhan andai tak ada orang yang mulakan. Aku kenal dia. Perangai dia, apa dan bagaimana dia semua ada dalam poket aku. Begitu rapat sekali kami sewaktu dahulu. Dan sekarang kami hanya membalas mesej melalu phone dan jarang sekali Calling2. Kalau ada pun aku lah yang selalu telefon dye untuk tanyakan khabar. AA suka bertukar2 teman hatinya tapi itu perkara biasalah selagi kita tiada ikatan sah yang dipanggil 'perkahwinan'. Cara orang muda nak mencari pasangan yang sesuai untuk diri mereka. AA always post kat FB, sometime dia just change dia relationship with someone kat profile dia. Si SS pula dah terbaca. Dia menjalankan IDEA JAHAT dia dengan mengeluarkan post2 yang tidak sepatutnya dia keluarkan untuk menyakiti si AA. Aku mmg kenal sangat si SS ni. Walaupun dia kata TIDAK tapi aku tetap menyatakan dia MEMANG LAKUKAN. Tidak kisahlah kalau dia tak nak mengaku sekali pun. Aku tak kisah tapi tolong jangan nak merosakkan hubungan silaraturrahim yang ada. Tak salah nak menegur tapi ada caranya. Aku selalu tegur si AA ni. Tapi dengan cara berhemah. Bukan dengan mengeluarkan post2 KOTOR dan niat untuk MEMALUKAN  teman tu.


Ramai yang tahu tapi ramai yang tak ambil pusing. Ada sebab yang bengang dengan si AA dari dulu kerana AA ni memang kalau tegur memang makan dalam. Tapi kalau orang lain tegur dia sendiri tak boleh nak terima. Mungkin juga ada yang tahu perangai si SS tu dan malas nak ambil pusing dengan sikap BENGONG lebih kurang lah....
----------------------------------------------------------------------------------------------


Bercerita mengenai adik aku.MOHD SHAFFIQ ni memang seorang yang suka sangat ikot kepala and rentak mak we dia. geram pun ada juga. Aku ini dah tak larat dah membebel kerana menyakiti hati mak aku. Nak aku cekik dah besar panjang. Sampai nak menikah sangat. Emak aku pula memang dari awal lagi dah kata yang dia tak akan merestui hubungan adik aku dengan muncung itik itu...


Ini dengar kata nak raya ni, boleh pulak nak balik kelantan nak pergi mengantar si mulut itik tu. Aduhai la budak tu. Keluarga nak beraya di Tanjung malim dia pulak nak beraya kat KELANTAN. Apa kejadahnya buat macam tu? Tolong lah.. Banyak lagi perkara yang boleh buat. Dengan jauh, kereta tak servis.Mak aku dah warning  awal2. 


"Emak tak izinkan kau hantar si dot dot dot tu ke kelantan.Emak TAK IZINKAN. Terserahlah kalau kau nak pergi balik senyap2 ker apa. Tapi yang penting EMAK TAK IZINKAN."


kata2 emak bukan boleh di buat main.kalau dia nak pergi juga aku tak tahulah nak kata apa..


the end

Monday, July 30, 2012

Ketidak Puasan Hidup

Assalammualaikum, semalam ada update blogger. Saya beritahu yang saya sengaja menyembunyikan kewujudan blogger saya. Hari ini saya nak ceritakan mengenai tentang blog kazen saya..


Dia ada kesempurnaan. Malah saya rasa dia hampir memiliki kesemuanya.Sehingga saya rasa bila berdampingan dengan dia, saya rasa sangat kerdil..Dia memiliki semua anugerah yang telah di beri oleh Yang Maha Esa.


............................................................................................................


Adakah manusia tidak pernah rasa puas dengan hidup mereka? Seperti aku, Ada mama yang memahami dan teman2 yang memberi semangat. Tetapi aku rasa masih lagi benda2 yang  x ada pada aku.Aku sedar, bila menempuhi alam perkerjaan, aku inginkan seribu satu kesenangan dan kemewahan. Pelbagai harta yang ingin di banggakan. Tetapi kenapa aku seperti sukar untuk memiliki??


Kalau ditengok2an karya2 yang tidak rasmi yang aku keluarkan pada hari2 sebelumnya, semua mengenai ketidakpuasan hidup. Ye, aku ada keinginan. aku nak ini, Aku nak itu.. Tapi aku tak dapat memiliki. Adakah usaha aku kurang atau aku sebenarnya gopoh untuk memiliki dalam waktu yang singkat? 


Mungkin, memang itu lah jawapan pada soalan aku.. 


Haruskah aku menilai sejauh mana usaha aku?? Apalagi yang kurang pada aku sehingga aku tak di beri kesempatan untuk memiliki sedikit kesenangan hidup? Bukan aku tak reti bersyukur. Aku sangat bersyukur apa yang ada pada aku sekarang tetapi aku ingin yang lebih terbaik untuk keluarga aku , untuk orang sekeliling aku.


Apa yang aku kaji, aku tengok. Kebanyakan kita bergaduh mengenai duit. Keluarga dan sahabat boleh berantakan gara - gara duit. Sedarkan? Malah ayah aku ada kata pada aku serta adik, 


"Hanya kerana duit seringgit along dengan apit bercakaran, inikan pula bila dah besar nanti. Bila along dah kenal apa itu duit dan memiliki duit. Kita tak akan ingat apa itu kenangan manis hanya gara2 DUIT..."


Petikan pertama yang aku taip tadi pun mengenai ketidakpuasan hidup di mana aku memperbandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan aku. Kadang2 aku cuba positifkan diri. Itu dan Ini tapi pada hakikatnya aku tak boleh tipu diri aku sendiri apabila melihat teman2 lain sudah memiliki sedikit harta untuk dibanggakan.


"Jangan suatu hari nanti kau terpaksa bergantung pada orang lain."


Itulah yang selalu aku pikirkan. SUMPAH, aku akui, aku ini sangatlah manja.sangat manja untuk disakiti..Mungkin orang tengok aku ini KUAT. Ye, pandangan seseorang dari luaran. Orang seperti aku yang GEMUK, dan GARANG.. Tapi mereka lupa apa ada pada kudrat seorang perempuan.


Ye, mereka lupa aku seorang PEREMPUAN...


Pelbagai kata2 semangat yang diberikan untuk aku. Itu dan Ini lagi... Hah, mereka boleh kata ' kau kena'..'kau patut'... Bukan aku tak pernah mencuba. Tapi kemampuan aku tak boleh lebih dari keinginan aku. Untuk memenuhi keinginan aku, aku terpaksa bergantung pada seseorang. Patut ker?


the end

Saturday, July 28, 2012

Assalammualaikum... Fuh dah lama saya tidak membuka blogger saya.. Alhamdulilah saya dah rahsiakan sume kehadiran atau kewujudan blogger saya dari santapan mata orang lain. Saya mula rasa ingin menutup karya tidak rasmi saya dari pandangan orang lain. saya tidak ingin lagi berkongsi cerita bersama orang lain..Biar saya tanggung sendiri..

Bercerita mengenai hidup saya, bukan senang untuk di karyakan di atas kertas putih dan mengizinkan orang lain tahu. Setengah orang kata, ada benda boleh dikongsikan. begitu juga aku...aku sudah malas dengan dunia yang mementingkan diri. tidak memikirkan langsung pemahaman orang lain.. Apa yang mereka ada dan apa yang mereka ada bukan lah satu kebanggaan. Tapi cara bagaimana kamu memiliki dan bagaimana kamu ingin memiliki..Usaha!!!Ya, usaha... Memang itu lah keyword  sebenar yang ada pada semua orang. 

Kamu bercerita lagi mengenai hidup.. Bila kamu hidup susah kamu katakan semua orang tidak ingin bersama kamu. Fikir kembali..Bukan tahun ini jek kamu susah malah dah lama malah dah lebih dari 3 tahun tp saya masih lagi bersama kamu tp kamu fikir saya ini ingin kan kekayaan kamu baru saya ada untuk kamu.. Kaya sangat ke kamu sebelum ini?? Kesenangan kamu adalah sementara dan bukanlah keinginan saya..

Biar saya tangguhkan dahulu cerita saya... saya sambung kembali...

the end

Sunday, July 1, 2012

salam untuk semua...
Firstly aku nak wish hppy bufday to aina..dye makin tua la kengkawan..hehehe
She is my truly frenz yang mmg aku sayangi..rindu kat dye but bukan dia sorang ..senang kata all my frenz la yang aku rindu...

mood aku mood jiwang tak bpe nak jiwang lahhh....oke mula story pasal feel aku sekarang. ya, aku miss someone..pernah tak korang rasa cm miss someone tp someone tu korang tak kenal pun..ko just miss that 'love feeling'. Rasa mcm teringin je nk disayangi dan dicintai..Pernah tak??mesti macam pernah kan?korang akan rasa bile korang sebenarnya mmg tak ada sesape untuk korang cintai..

now, itu yang aku rasa..rindu sangat untuk dicintai oleh someone..weyh, aku tengok pic kawan aku kawin taw. giler lah...tak sangka, cepat betul masa berlalu.Tengok, masing2 terlalu sebok dengan aktiviti masing2 smpy lupa masa yang berlalu dengan pantas. Sekarang ada kengkawan aku yang dah kawin..Weyh, cepat betul masa berlalu. Cuma aku nak korang thu masa itu takkan tunggu kite walupun sesaat. Life aku sekarang pergi kerja n balik tido. Cuti tak menentu.Jadi aku sendiri pk smpy bile life aku nak jadi cm ni.Masih lagi duduk rumah maksu aku n tak duduk tetap..Tuhan, tolong tunjukkan aku apa sebenarnya pada masa akan datang.

Dalam dilema dengan perangai maksu aku sorang ni..tak pernah nak berubah dan tak terfikir perasaan orang lain cume aku tak ada jalan macam mana aku nak jauh dr hidup aku sekrang ni..orang takkan paham apa yang aku nak...orang takkan thu kecuali diri aku jek... jadi pe2 pun aku kena berusaha sendiri..

the end

Saturday, June 2, 2012

cinta hakiki n cinta nafsu

Assalammualaikum kepada mereka yang membaca.. Permulaan untuk mereka yang sudi membaca kisah hidup aku..kisah seribu duka dan suka untuk tatapan kalian dan boleh menjadikannya sbg tauladan dan pengajaran dalam hidup mereka...


Kita bercerita mengenai cinta hakiki dan cinta nafsu.. Percaya atau tidak, sekali kita melangkah itu adalah pengalaman kita. Itu adalah langkah dimana kita kena membuat keputusan yang mungkin keputusan itu boleh mengubah hidup kita slama2nya. Kejadian yang berlaku dihadapan mata aku dan aku sendiri terlibat didalam kisah hidup mereka yang dikatakan cinta hakiki.


"Cinta hakiki ini, dimana ko dan dia menempuhi pelbagai dugaan bersama2 dan menerima kau seadanya." (petikan dari seseorang yang rapat dengan aku)


Ya, aku tahu itu. Memang itu cinta hakiki tapi persoalannya adalah dimana kau meletakkan itu sebagai cinta hakiki. Adakah kerana kau bercium2 dengan alasan ko sekadar untuk menghilangkan rasa rindu yang lama dah terpendam dalam hati? Orang ada mata dan boleh membezakan apa itu cinta hakiki dan cinta nafsu..


Ye sebelum ini aku ada katakan, lain orang lain rasa dan pendapat cinta itu. Tapi terletak pada perbuatan yang kau buat. Andai cinta kau berdasarkan cium dan pegang-pegang ( ringan-ringan) adakah itu dinamakan sebagai cinta hakiki? Jadi apa pulak bezanya cinta hakiki dengan cinta nafsu?? Fikir sendiri perbezaan diantara dua itu. Bila aku kasi nasihat ko kata :


"Tunggulah bile ko pulak bercinta, kau tahu lah apa rasanya dan apa akan kau buat."


oke, oke, oke!!! Aku mungkin faham sebab aku pernah macam itu dulu. Tapi aku ini mmg padan lah sebab usia aku. Tapi ko tak boleh buat macam itu, kau ada suami, ada anak2. Kau lebih pentingkan 'cinta hakiki" yang kau agungkan tp kau lupa hakikat yang sebenarnya kau patut hadapi. Bak kata pepatah :


"Untuk apa kau menganyam impian yang tinggi andai permata kat bawah tidak kau cari?"


Aku ada rasa aku sendiri, aku ada mata aku sendiri dimana aku melihat, mendengar dan aku mentafsirkan.. Aku bukan buta, bodoh sampai aku tak tahu bezakan mana yang baik dan yang buruk. Sperti apa yang aku katakan, aku tak mampu nak membetulkan keadaan dan aku hanya mampu berdoa agar kau mampu berubah dan tidak lagi seperti ini. Tak salah kau nak enjoy. Jangan kau gunakan kebebasan yang diberi oleh mereka sesuke hati. Takot memakan diri. 


The end

Tuesday, May 22, 2012

T2 - Ceraikanlah Saja (Official Video Clip)



bertahun-tahun kau telah pergi
bertahun-tahun kau tak kembali
jika memang cinta tak berarti
ya ceraikanlah saja cintaku

aku menangis merasa bersedih
bersedih saat kau tinggal pergi
jika memang cinta tak berarti
ya ceraikanlah saja cintaku

*
sayangmu hilang, aku menunggumu
sakit hati ini, perih batin ini
tuk selama-lamanya

reff:
tak pernah engkau hargai aku
aku memang tak sepantas dulu
kejujuranmu tak ada lagi
melebur selama-lamanya

tak pernah engkau hargai aku
aku memang tak secantik dulu
kasih sayangmu tak ada lagi
musnahlah selama-lamanya
ooo, ya ceraikanlah saja cintaku

repeat *

tak pernah engkau hargai aku
aku memang tak sepantas dulu
kejujuranmu tak ada lagi
melebur selama-lamanya

tak pernah engkau hargai aku
aku memang tak secantik dulu
kasih sayangmu tak ada lagi
melebur selama-lamanya

tak pernah engkau hargai aku
aku memang tak sepantas dulu
kejujuranmu tak ada lagi
melebur selama-lamanya
oow oow, ya ceraikanlah saja cintaku

Friday, May 18, 2012

dilema aku sekarang

Assalammualaikum,
fuh fuh...gler berhabuk aku punye diary.. dah lama tak update, yes memang dah lama..macam itulah ble dah mula jejakkan kaki ke alam pekerjaan. sometime terpaksa mengabaikan something yang always kter buat..sangat ketara ble terpaksa memikirkan jalan hidup yang penuh liku2..ye aku akui yang aku ini mmg tidak kuat untuk menghadapi pelbagai seribu satu masalah dan cabaran dalam hidup aku..kadang2 aku terpaksa meminta kekuatan dari orang sekeliling aku.


bila kita cerita mengenai cabaran kehidupan , masing2 ada pengalaman tentang cabaran yang berbezanya ialah cara untuk kita selesaikannya. Aku ada baca dalam fb, apa dugaan kte lalui dan kite selesaikannya mengikut kehendak kita, itulah satu pengalaman untuk baru untuk kita. ye, selepas itu kte tak perlu khuatir untuk kehidupan kte. andai kedua kalinya kte menemui cabaran itu, kita tak melatah dan tabah menghadapinya. malah disebabkan pengalaman itu kte boleh memberi nasihat kepada orang yang memerlukannya.percaya atau tidak kita cube renungkannya...


Bicara mengenaik tentang pilihan dan dilema.. Ye aku kini dalam dilema..dalam hati ingin sangat seseorang insan yang aku boleh katakan , boleh menerima aku seadanya..yes aku ada jumpa tp orang tu bukan islam tp india. really, kalu sayang dah bertakhta kat hati ini, mungkin aku boleh mengubah tabiat dye..tp ye, aku takot untuk mencube..bkn senang untuk kita mencari seseorang yang boleh menerima kita seadanya...tp itulah cabaran, dan cabaran... yang kedua adalah seorang budak 'bawah umur'...sukar untuk aku ceritakan mengenai dia...terlalu sukar nak ditafsirkan mengenai perasaan anak muda itu.. kami saling mereka-reka cerita untuk sakitkan hati masing2...ye...memang menyakitkan hati tp yang lebih penting aku gunakan insan 'yang boleh terima aku seadanya' ini untuk menyakitkan hati dia..memang ada nampk perubahan tu yunk..dia mula akan tak nak layan sume orang, wt muka dan langsung tak sahut panggilan aku if aku ada panggil dye...heheheh...kamu memang kejam...


aku teringin melihat apa akan jadi pada aku, tp Allah maha mengetahui.. sifat kait mengait dan sebab menyebab itu memang patut ada pada diri kita...andai aku boleh melihat masa depan aku, tentu aku tak nak berusaha mulai sekarang..kan???itu lah kelebihan ble kte muhasabah diri....hehehe...


Doaku: Ya Allah, andai ketentuanmu untuk aku tempuhi jalan ini, aku redha Ya Allah, ..Tapi aku mohon Ya Allah, permudahkan lah dan persenangkanlah perjalanan hidup aku Ya allah..Sungguh, aku terpaksa memilih sesuatu diluar jangkaan aku dan aku harap aku sentiasa di dalam keredhaan mu... AMIN...

Thursday, March 29, 2012

semua perihal EXCIDENT

Assalammualaikum semua!!!


perihal excident bukan sebarang excident. Kiranya semalam menjadi sejarah dalam hidup aku dimana ada kereta dengan beraninya melanggar aku tanpa rasa segan dan silu. Apa kejadahnya beliau buat begitu? Adakah beliau tidak sedar bahawasanya ada seorang gadis yang sangat comel sedang membawa motor dengan muka skema sambil penuh berhati-hati.(skema ker??) Sakit bukan kepalang abang akak oi. Berbisa kan main lagi. Nak bangun tu, bukan main lagi suara aku dok menahan sakit punye pasal. (Aduh duh duh duh duh!!!) Sekarang menaip ni pun hanya tuhan saja yang tahu sakit... Bapak tiri aku kata luka jauh dari mulut. Memang lah jauh. Tak ada aku kata luka aku dekat dengan mulut. Cuma sakit tu tak kira, dekat ke jauh ke dari mulut tetap sakit. Macam dia tak faham pulak sakit jatuh motor macam mana. Atau dia tak pernah rasa sakit jatuh motor? Bukan anak jantanlah kiranya dia. Hebat aku lagi berbanding dia. hehehehe. Nak dikatakan, jatuh motor adalah pengalaman kedua selepas aku jatuh basikal. Masa jatuh basikal pun aku punyelah trauma tak boleh bawak basikal. Sampai sekarang tahu tak kengkawan?? Ya, asmpai sekarang!!! Dah jangan nak gelakkan aku ok? Motor ini aku tak tahu lah sama ada aku boleh bawak lagi ke tidak cuma apa yang berlaku pada aku semalam memberi impak yang sangat besar pada aku. Setiap kali aku pejam mata, mesti kejadian stunt aku yang hebat tu terbayang kat bijik mata aku. Dan dengan tidak sengajanya aku menjerit sendiri. Aku memang rasa tidak percaya yang aku kemalangan semalam. Tetapi aku bersyukur sesangat kemalangan aku tidaklah seteruk orang lain. Yelah, patah mana - mata tempat kan, tapi aku tak ada cume luka - luka kecil serta bengkak di pinggang dan juga leher. Cuma aku anggap semua itu sebagai positif. Bak kata orang muhasabah diri lah.


Alhamdulilah, nasib baik ada mama aku yang banyak menolong serta memahami aku. Aku rasa excident ini balasan di atas kebiadaban aku terhadap mama aku. Tidak mendengar katanya lah dan membiarkan dia melayan perasaan marahnya tanpa aku meminta maaf. HERMMM... Memang salah aku pun cume aku malu nak mintak maaf. Tapi aku tahu dia tak lah marah sangat pada aku. Masa dia tahu aku excident dia menjerit dalah handphone. Bila sampai ke rumah terus dia peluk aku. Cium aku. Mungkin dia menyesal kot marah aku. Tapi aku tak marah andai dia memang marah sangat atas apa yang aku lakukan. Aku akui memang salah aku dan itulah hukumna yang harus aku terima.  So Sorry Mama!!!! Along janji along tak wat lagi dah. Kata -kata mu akan aku dengar. LOVE U MORE MAMA!!!


Mengenai bapak tiri aku pulak, aku tahulah aku bukan anak kandung dia tapi agak- agaklah jugak. Dah tahu aku excident, tak boleh ke dia berusaha untuk balik cepat. Semalam dia balik, perkara pertama dia tengok adalah motor dia dan bukan aku. Nampak tak tu?? Sayang motor berbanding aku..Rasa macam nak lempang -lempang muka dia. Dah tahu aku sakitkan, dia wat dont know jek nak g klinik.nak g ke tak.. Macam tu jek. Tak ada macam yang dia concern akan aku. Aduhai, tahulah aku tak excident dengan anak kau sekali. BETEK aku diwatnya.


Sekarang lewat jam pukul 12.40 am. Jari masih lagi aktif dengan keyboard, telinga masih lagi asyik mendengar radio GEGAR FM yang mengeluarkan lagu jiwang - jiwang. Bila lagu pun jiwang, semuanya akan memainkan peranan iaituA HATI!!!~ Mula lah aku nak bermadah tp sakit aku lagi kuat berbanding dengan mengarang puisi untuk dipuitiskan. Mungkin lain kali aku akan mengarangkan puisi untuk dipuitiskan secara beramai-ramai. Cuma disaat ini aku teringin seseorang yang memberi perhatian sepenuhnya kepada aku. Bukan family taw. Tetapi si GULA HATI..  Itu lah orang FB selalu kata. Tetapi sayang, mungkin tahun ini aku akan beraya berseorangan lagi without someone yang digelar pacar. Kemungkinan bukan beraya saja, birthday pun mungkin sambut dengan family. NAK PAKWE!!!! gatal lak aku ni.. hehehe


~the end~

Tuesday, March 27, 2012

SESAJA NAK POST...

Assalammualaikum.


Blog telah diperbaharui. Nak mencuba blog yang baru la katakan. Tapi bukan itu yang nak diberitahu sekarang. Sekarang aku ada banyak jalan. Ada seorang kawan tu bagithu yang ada satu tempat perlukan kerja. Jadi aku ingat nak g la interview kat Masjid Jamek. Tapi masalah betul lah sebab aku ni banyak nak wat. MUET, nak mohon U jadi dah bercelaru. Naluri hati aku nak kerja jek. Tapi masalahnya itulah, aku jadi berdebar. Tanya mak aku, mak aku kata g lah. Tapi cam tak nak bagi jek. yelah banyak sangat nanti nak keluarkan duit kan??hehehe...


~the end~

Saturday, March 24, 2012

keluarga sebelah mama





~the end~

mengenai hati & cinta

Assalammualaikum kepada penggemar blogger. Terima kasih kerana sudi membuka ruangan ini, (walupun tertekan / nk tengok2 sesaje) kerana anda semua di alu2kan untuk membacanya..


Mengenai hati yang ingin saya katakan dan jelaskan disini ialah perasaan yang dulu sudah tenggelam tetapi kini timbul kembali tanpa disengajakan. Betul kata orang, hati dan perasaan usah dipermainkan kerana semua itu sangat sensitif. Betul juga kata orang - orang yang lebih dahulu makan garam before saya, hati dan perasaan memang tak boleh nak dipaksa. Kalau cinta maka cintalah ia. Tetapi kalau benci maka benci lah ia. Susah nak dipersoalkan bila mengenai cinta. Kadang - kadang tidak masuk dek akal. Kalau orang yang tidak kenal erti cinta, memang akan kata 'benda bodoh', 'nothing about love' dan sebagainya.


Dahulu kita suka dengan dia tetapi kini tidak. Dahulu kita benci pada dia tetapi kini?? Jangan dipersoalkan kerana memang kita tidak tahu dan tidak akan pernah faham tentang cinta. Samalah dengan perempuan. Kadang - kadang ada lelaki kata, "Dah setahun bersama tetapi masih lagi tak dapat kenal perangai pasangan saya."Ada pulak tu, "Dah lama saya cuba faham perasaan dia tetapi dia lain daripada yang lain. Orang lain mudah nak ungkap cinta tapi dia??" Tak perlu nak khuatir or risau. Memang itu lumrah. Tak perlu nak sakit kepala atau nak hantukkan kepala kamu dekat dinding. Itulah dikatakan asam garam bercinta. Anda memang tidak akan faham apa itu cinta.


Bagi saya, makna cinta itu tiada pada orang yang tidak merasai keikhlasan cinta. Sesetengah orang merasakan cinta itu terletak pada satu objek atau benda yang mudah untuk kita lihat. Tetapi sesetengah orang pula, cinta itu terlalu sensitif dan terlalu berat untuk diungkapkan. Pada mereka yang merasakan perkataan "I LOVE YOU" itu adalah satu perkataan keramat di mana apabila dia merasakan betul - betul jatuh cinta barulah dia dapat menyebutnya. Jadi perkataan itu memang terlalu keramat untuk pasangan mereka.. Perkataan itu juga boleh mengubah hidup seseorang contohnya, dulu dia rasa cinta itu palsu tetapi kini dia bahagia dengan cinta yang dia miliki. Jadi cinta itu terlalu luas. 


~the end~

Friday, March 23, 2012

Seribu Kehendak Terhad Memiliki

Assalammualaikum ku ucapkan kepada mereka yang sudi meluangkan masa membaca kisah hidup serta pendapat dalam ruanganku ini......


Permulaan kisah mungkin semuanya normal bagi mereka yang memiliki impian dan kehendak.. Sungguh, aku meingingkan seribu kemahu serta kehendak tetapi terhad untuk memiliki. Mungkin boleh dikatakan, semua kehendak diturunkan satu persatu. Ye lah bak kata orang, rezeki tak datang bergolek. Tidak semua kehendak boleh ditunaikan begitu saja kan? Tetapi kengkadang aku merasakan tidak semua akan bertuah untuk memiliki apa yang mereka kehendaki. Begitulah lumrah hidup. Kadang2 hidup kita diperjudikan dengan seribu satu masalah dan akhirnya itu lah menjadi satu penyelesaian dalam sebuah kehidupan. Faham tak apa yang ingin aku cuba sampaikan. Nak kata aku berpuitis, itu tidak lah kan? 


Bermula sebuah kisah dalam hidup kita tetapi kita tidak tahu pengakhiran menjadi satu konflik dan bagi aku itu lah sebuah kenyataan yang harus diterima oleh setiap insan di atas muka bumi ini. Kalau tak ada konflik, maka tak meriahlah hidup kita ini, betul tak? Ada orang kata, sesebuah konflik yang dapat kita selesaikan akan menjadi satu pengalaman bagi seseorang untuk menempuh kehidupan mereka pada masa akan datang. 


Mengenai seribu kehendak yang ingin aku kupaskan, dimana kehendak yang berluak dalam hati tetapi terhad untuk menjadi kenyataan. Ada orang yang perkenalkan dirinya dan mengatakan boleh membaca sikap dan perangai seseorang. Aku mencuba dan apa yang dikatakan oleh dia memang betul. Sikap yang dia katakan pasal aku memang tepat. Bukan nak kata dia hebat, tapi mungkin dia boleh baca dengan cara aku bercakap, atau perilaku aku yang lain. Bukan itu yang menjadi persoalan. Dibawah adalah senarai yang dikatakan mengenai aku:



  • Aku seorang yang bercita - cita tinggi (Actually, semua orang memang bercita- cita tinggi tapi yang membezakan ialah mereka memiliki cita - cita tersebut atau hanya tinggal cita - cita)
  • Aku seorang patriotik (Aku masih lagi tertanya - tanya bagaimana aku nak tahu yang aku ini sikap patriotik?)
  • Aku seorang yang kelakar dan mudah ketawa (Mungkin kot. Sebab aku tak tahu yang aku ini kelakar ke apa.
  • Aku seorang yang mudah marah dan mudah 'slow down' (Itu memang betul, bila aku marah aku tak pedulikan perasaan orang lain dan yang paling penting aku luahkan apa yang terbuku kat hati aku. Tapi lepas tu aku boleh di ajak bergurau. Cuma masalahnya ialah, orang yang aku maki itu akan mengambil masa yang lama untuk memaafkan aku.)
  • Aku seorang EGO  yang tinggi tetapi tak menjadikan ia sebagai satu sebab UTAMA untuk tidak bertoleransi.( Maksudnya, aku masih lagi boleh dibawa berbincang. Cuma ada benda yang aku tidak boleh dibawa berbincang. Tetapi aku sendiri tidak tahu apakah itu.)
  • Aku jenis mementingkan KEKELUARGAAN berbanding benda - benda lain. ( ITU MEMANG TEPAT LAGI BETUL )


Actually banyak lagi yang aku kena perkatakan di atas, tetapi kepenatan jari mencoteng di keyboard ini serta otak yang memeras setiap patah perkataan yang berbentuk ayat skema tidak mengizinkan. Jadi lebih baik aku teruskan dengan MOTIF UTAMA aku mencoretkan lakaran  seribu satu perkataan ini. Mengenakan Kehendak yang aku inginkan. Mungkin kadang - kadang keinginan itu tidak mungkin terjadi. Maka ia akan tinggal dalam sebuah angan - angan atau lebih mudah disebutkan mimpi yang akan tinggal mimpi. Menginginkan kehidupan senang serta tidak ingin menyusahkan ke dua ibu bapa mungkin tidak akan menjadi kenyataan. YA!! Itu yang aku inginkan. Aku perlukan kesenangan untuk tidak meminta bantuan dari ibu bapa lagi. Sebenarnya mereka tidak pernah merungut tetapi aku yang tidak sampai hati untuk menyusahkan mereka. Pernah tak anda fikir bahawa dengan kesenangan hampir 70 % masalah akan hilang dengan serta merta. Sungguh, semuanya kerana kesenangan.

the end~